Tuesday, February 2, 2010
Terpaku mataku pada seraut wajah asing dijendela Kala kau terus mara Wahai lelaki asing Kenapa aku berterima kasih Wahai lelaki asing yang tidak kutahu gelarannya Wahai insan yang tak ku undang… Wahai Tuhan yang menciptakan aku dan dirimu… penajannah...takkan berhenti menari!!!
ku tahu kau juga begitu
terpaku memandang renunganku
wanita ajnabi yang tidak kau kenali
“Siapa kau? Apa kau nak? Jangan apa-apakan aku…”
aku harap kau mampu mendengar
namun…kelu lidahku…hanya Dia yang tahu
hanya Dia yang mendengar tiap dengup jantungku
“Ya Allah…beri aku kekuatan…”
menghampiri aku yang kian lemah
mujur kaki ini masih mampu melangkah
“Pergi!! Ini bukan tempatmu!!!”
Ingin saja aku laungkan padamu wahai lelaki asing
Namun tak terluah dek kata-kata
mulut ku kian terkunci
tatkala kau hunuskan senjatamu
cuba mengancamku dengan mata tajam mu
sungguh aku terpaku
aku jua buntu
namun entah kuasa apa yang merasuk
ku gagahkan jua langkahku menjauhimu
tangan ku hayun menghempap ke pintu
membangun insan yang enak di ulit mimpi
aku tidak mengenali siapa dirimu
mengapa kau ke tempatku?
apa yang kau cari?
apa masalahmu?
namun terima kasih kerana pergi
terima kasih kerana tidak menjadikan malam itu
malam terakhir untukku
terima kasih kerana kasihan padaku
meski aku hanya insan asing bagi dirimu
bukankah aku seharusnya membenci?
kerana pada seraut wajahmu
aku tahu kau tak rela
aku tahu kau juga manusia yang punya rasa belas
pada renungan matamu
aku tahu kau juga takut
aku tahu kau juga hambaNya yang lemah
Mungkin kau ditimpa malang
entah apa malang yang menimpamu lelaki asing
hingga kau bertindak melulu…
pantai mana yang tak ditimpa ombak?
laut mana yang tidak bergelora?
ujianNya tidak akan bernoktah selagi badan masih bernyawa
lihat disekelilingmu wahai lelaki asing…
masih ada yang lebih malang darimu
lihatlah dengan iman dan mata hatimu
kau akan sedar engkau insan bertuah
kau dilahirkan sempurna
dan dengan kesempurnaanmu
kau cukup kuat untuk menongkah arus
kau cukup kuat untuk merubah malang kepada bertuah
andai kau terasa lemah
mohonlah pada Dia yang maha pemurah
percayalah pada Dia yang menciptakanMu dengan segala sifat…
moga Dia bukakan pintu hatimu untuk bertaubat
sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani…
terima kasih kerana menjadi satu lagi ujian dalam hidupku
terima kasih kerana menjadikan aku lebih tabah
terima kasih kerana mengingatkan aku yang sering lupa
terima kasih kerana mengujiku
terima kasih kerana melindungiku
hanya padaMu tempat aku bergantung segala sakit dan perit…
0 comments:
Post a Comment