Perlukah by forheart

Thursday, December 30, 2010

 Menitis air mataku
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi

setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni

perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu



p/s: first time dengar kumpulan forheart...hurmmm...pernah hilang sahabat sejati ker?

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Entry express

Tuesday, December 28, 2010

Assalammualaikum semua=) Selamat petang...


Entry Express...laju, pendek dan entah apa2...hihi..
Tiba-tiba saya seorang diri di lab, dan tiba-tiba semua orang balik awal. Kalau masa ni(5.34petang) ada lagi rakan selab. Semua tensen agaknya.huhu...


Baru tadi baca blog kawan. Macam best pulak tulis entry express dan pendek...dan ayat tunggang langgang...dan bahasa jangan cerita la....huhu...andaikata seorang penulis membaca entry ini, pasti beliau menggelengkan kepala berkali-kali hingga letih...


Turun naik turun dan naik lagi..kemudian turun semula...itulah semangatku dikala ini. How to put it in word??? Sasau kot....


Minggu depan semester baru akan bermula...uwaaaaa...cepatnya!!!
apa tandanya???
- Masa tak tunggu kita sayang, intan, payung, nyawa...dan masa yang sudah berlalu takkan kembali lagi... nak nyesal pun apa gunanya...so look forward...jannah...gambate!!!!


Actually, ada baiknya semester baru akan mula, dapat jumpa kanak-kanak ribena yang sengal tuh...saper??? ex-student la...hohoho (kalo bc entry nih..kamoo la tuh..hehe) really miss u ols....seriously...


Apa lagi...ha...lately, rasa bersalah pada seseorang. Apakah diriku telah melakukan kesalahan? Atau terlanjur perkataan??? Bukan selalu berhubung pun untuk terlanjur perkataan tu...atau adakah kerana diriku jarang menghubungi kamu?? takkan la... kita memang jarang berhubung kan? Jadi apa yer??? Mungkin perasaan je.mungkin... Tapi ku harap tak menyusahkan dia itu... semoga Allah memudahkan semua urusan kamu, dunia akhirat...






ok...nak balik dah....


penaJannah
...takkan berhenti menari!!!


p/s: best jugak mengarut macam nih...tapi tak boleh selalu...hehe

Istana Lego

Monday, December 27, 2010

L.E.G.O

Lego adalah permainan kegemaranku semasa kecil dahulu. Ia menguji kreativiti ku. Membina kapal terbang, binatang dan bangunan. Aku paling gemar membina bangunan tinggi, setinggi yang mungkin. Imaginasi gadis kecil, sering mengimpikan sebuah istana. Di lembaran kali ini, akan ku ukirkan empat percubaan ku membina istana impian. Coretanku untuk insan yang mahu berfikir.

Binaan Pertama
Aku begitu teruja,pertama kali bapak ku pulang bersama bungkusan lego, meskipun tidak semahal PS3 kalian, tetapi cukup membuat si kecil ini tersenyum girang. Tanpa berlengah, aku terus membina istana impianku. Satu persatu bingkisan lego ku satukan menjadi bangunan tinggi. Aku gembira malah bahagia melihat bangunan itu makin tinggi. Entah mengapa, bangunan itu tidak lagi menggembirakan hatiku. Lantas tanpa berfikir sedalamnya, binaan itu ku runtuhkan dengan satu tolakan sahaja. Melihat binaan itu tidak lagi menjadi binaan, ada sekelumit penyesalan hadir di jiwa. Aku cuba membinanya sekali lagi, namun ia tidak lagi seperti binaan asal. Itulah aku, insan yang gagal menghargai permata di depan mata, gagal menggunakan akal untuk berfikir sebelum bertindak. Aku terima kegagalan itu dan aku jadikan ia sebuah iktibar dalam hidup. Maaf, mata dan hati si kecil ini gagal menilai...

Percubaan Kedua
Masa kian berharga untukku. Langkah kaki ku kian jauh. Ilmu dicari tanpa jemu. Ada tekad dihati untuk mencari impian yang masih kabur. Tanpa dirancang, mata ku tertancap pada bingkisan lego. Aku ingin mencuba kali kedua, cuba membina istana idaman. Bingkisan lego ku semakin banyak, tentu binaan ku lebih kukuh kali ini, bisik hatiku. Tanganku ligat membina istana idaman. Semakin tinggi, semakin indah, semakin cantik, berwarna-warni... Aku gembira, aku bahagia... Namun, kusangka panas mentari hingga ke petang, rupanya hujan menyimbah di tengah hari. Binaan yang kukuh pada zahirnya, rupanya goyah di dalamnya.
Ia runtuh tanpa kuduga. Aku kecewa. Aku hampa. Air mata mengalir tanpa rela. Namun, aku redha. Mungkin binaan itu buruk untukku. Ku tekad meleraikan pelan binaan semalam. Aku percaya ada hikmah disebalik kejadian...

Gelora Ketiga

Ternyata aku tidak mengenal erti putus asa. Degil mungkin. Aku mencari lego yang lebih baik, lebih banyak, lebih kukuh. Aku ingin membina istana yang lebih baik, kukuh, cantik... Dengan kemahiran yang ada, aku mula membina, tanpa sedar binaan itu mengambil masa yang lama. Banyak kali binaan itu hampir runtuh, namun aku tekad membina semula. Ada cacat celanya, aku cuba menampungnya. Setiap kali dilanda badai, runtuhlah ia, aku tetap membina semula. Sangka ku binaan itu semakin kukuh. Sampai satu ketika, ribut datang melanda. Binaan itu cuba bertahan semampunya. Runtuh jua akhirnya. Rupanya kubina ia pada tapak yang lemah, pada tanah yang goyah. Aku pasrah. Sesuatu yang bukan milik ku, selamanya takkan aku miliki. Terus terang aku lelah dan aku rebah. Namun, hidup tak pernah berhenti hanya kerana aku merasa resah.

Langkah Keempat
Dengan harapan yang masih bersisa, entah sebanyak mana, aku cuba membina binaan keempat. Aku tidak lagi mengimpikan istana yang tinggi dan indah. Cukuplah sekadar ia kukuh dan tidak runtuh lagi. Tiba-tiba aku tersedar dari lamunan. Hati ini bertanya pada dinginnya malam, apakah ini yang kuimpikan? Membina istana dari lego? Akan kukuhkah istana itu? Aku tersedar bahawa biar sekukuh mana binaan lego itu, takkan mampu melindungi aku dari panasnya mentari dan dinginnya malam. Binaan keempat kupandang sayu. Lantas kuruntuhkan ia sebelum masa kian menganjak leka. Maaf andai tekadku mengecewakan. Kekecewaan itu tidak mampu menggugah tekadku.

Tiada lagi lego dalam hidupku. Aku sudah lelah bermain lego. Membina binaan yang nampak kukuh pada zahirnya, tetapi goyah di dalamnya. Aku tidak lagi mengimpikan istana tersergam indah kerana itu bukan kunci kebahagiaan dan ketenangan ku. Aku tidak lagi bermain lego kerana yang kuimpikan adalah binaan nyata yang kukuh, dibina di atas tapak keimanan, dibina dengan kayu kayan keikhlasan, di paku dengan kejujuran dan dilindungi oleh bumbung kasih sayang.  Pondok impian itu, meski kusam pada zahir, tetapi teguh di dalamnya. Semoga impian nyataku ini menjadi kenyataan. Bimbing aku Ya Tuhan...
Sekian.

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

L.E.G.O (Bahagian 1: Warkah Pertama)

Tuesday, December 21, 2010

Bahagian 1: Warkah Pertama

Assalammualaikum wbt.
Kehadapan saudari Nursajidah Humairah, semoga sentiasa tenang disamping keluarga tercinta. Diharap warkah bisu ini tidak mengganggu ketenteraman saudari.
Tentu saudari berteka-teki, siapakah saya dan bagaimana saya mendapat alamat saudari. Nama saya Muhamad Sazali bin Muhamad Shahril Anwar, berasal dari Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Salam perkenalan. Saya mendapat nama dan alamat saudari dari majalah Hidayah keluaran terbaru. Saya merasakan ada keserasian untuk kita menjadi sahabat, meskipun dari jauh. Saya harap saudari sudi menerima saya sebagai kenalan…

Mata Nursajidah terpaku pada warkah pertama yang diterimanya sebaik sahaja pulang dari sekolah. Bait kata yang terukir pada helaian kertas A4 itu bagai menggamit mata Nursajidah untuk terus membacanya hingga ke bait terakhir.  5 helai…10 muka surat. Panjangnya surat, desir hati Nursajidah. Ada segaris senyuman terlakar dibibir mungil milik Nursajidah. Baru Nursajidah teringat, dia pernah menghantar biodata dirinya ke majalah Hidayah. Sekadar ingin mencari kenalan pena dari jauh dan dekat.  Muhamad Sazali bin Muhamad Shahril Anwar, tahniah,  anda insan pertama yang mengutus surat kepada Nursajidah Humairah binti Aris. Sazali…17 tahun…2 tahun lebih tua dari Nursajidah.
Nursajidah Humairah, pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Menanti, anak ketiga dari lima beradik ini amat meminati bidang penulisan. Membaca adalah minatnya sejak azali, buku adalah teman karib sejak Nursajidah tahu membaca. Dek kerana minatnya dalam penulisan, Nursajidah ingin mencari kenalan pena. Ingin bertukar pendapat dan pengalaman dengan teman-teman yang jauh di mata. Diikutkan hati, ingin sahaja Nursajidah merantau mencari pengalaman ditempat orang, berada jauh dari keluarga dan kampong halaman. Namun Nursajidah sedar, dirinya masih terlalu mentah untuk hidup berdikari. Nursajidah masih memerlukan asuhan dan didikan kedua orang tuanya. Meskipun ramai teman seusianya menjejakkan kaki ke sekolah berasrama penuh yang jauh dari negeri kelahiran, Nursajidah tidak memiliki cita-cita itu. Untuk Nursajidah, dia belum bersedia, belum kuat untuk hidup sendirian tanpa pantauan dan didikan keluarga. Nursajidah dimanjakan? Tidak sama sekali. Ibunya seorang yang lembut, tetapi tegas dalam mendidik anak-anak. Saban hari, ada saja nasihat dan peringatan berguna dititipkan buat anak-anak tercinta. Sesekali nasihat itu adalah nasihat yang berulang, entah yang keberapa kalinya. Namun Nursajidah tidak jemu mendengarnya. Ibunya, meskipun tidak mendapat pendidikan tinggi, hanya mampu tamat sekolah rendah sahaja, tetapi kata-kata ibunya adalah nasihat yang berguna, bukan leteran atau bebelan tanpa asas.
Sahabat pena. Nursajidah sudah lama memendam keinginan untuk memiliki sahabat pena. Medium bertukar pendapat dan pengalaman. Nursajidah sebagai pelajar tingkatan tiga yang masih mentah, tentu saja Nursajidah kurang pengalaman. Namun Nursajidah gemar memerhatikan sekeliling. Tingkah laku insan disekelilingnya. Lebih tepat lagi, Nursajidah suka belajar dari pengalaman orang lain.  Sazali..sahabat penaku yang pertama, bisik hati Nursajidah.

Wa’alaikummussalam wbt.
Semoga sihat dibawah payungan rahmat yang Maha Berkuasa. Warkah bisu saudara selamat berlabuh dipangkuan saya. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat pena saya. Salam perkenalan dari Pulau Mutiara…

Warkah bisu memula langkah..
Dalam senyuman terbalas sudah…
penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Cinta Terakhir, Aiman

Friday, December 17, 2010

Assalammualaikum semua=) 
semoga tenang di petang jumaat yang berbahagia ini.
Enjoy the song...entah kenapa sejak akhir-akhir ni dok dengar lagu ni. Lirik dia yang paling best "Usah ragu dengan takdir.." ish...kenapa ye dengan lagu ni????


penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

to aina from kedah: Empat Kisah yang akak janjikan tu, akak tengah karang...hehe
sabar ye dik..

Kau pergi jua~

Monday, December 13, 2010

Assalammualaikum semua=)

Semoga kita sentiasa dibawah bimbingan yang maha  kuasa....

'Kau pergi jua???' Siapa??? Soalan yang lebih tepat 'apa'?huhu...sesuatu yang dititip bawah jagaanku telah pergi pagi ini...huhu...terasa bersalah pula mengabaikan dia...ampuni daku...aku memang pelupa orangnya...kamu tahu kan??? Puisi ini untuk kamu yang telah pergi...

Ketika itu kau hadir di celah hidupku yang suram
meski kau tak mampu bersuara
kehadiran mu buat aku tersenyum
hatiku berbisik,'Ada insan mengingatiku..'
Aku akan menjagamu
itu tekadku
namun
maafkan kealpaanku
maafkan kelalaianku
aku lupa kau jua makhluk Tuhan
yang minta belas kasihan
yang memohon kasih dan sayang
ampuni daku...T__T
kala ku menatap kau
kelayuan
tak berseri lagi
kaku nadiku seketika
kau pergi jua
namun 
kau telah mengajar aku sesuatu yang berharga
kau seperti iman dan kasih sayang
perlu dihargai
perlu dijagai
perlu disirami
perlu dibajai
moga aku tidak leka
menjaga pohon iman dan kasih sayang
kerna tak mampu ku berdiri 
tanpa lindungan pepohon itu...



penaJannah
...takkan berhenti menari!!!



Ketawa penawar duka

Monday, December 6, 2010

Assalammualaikum semua=)

Selamat pagi!!!!!!!!!!!!(sebenarnya taip post malam tadi..hehe)
Mulakan harimu dengan senyuman kerna mungkin senyumanmu adalah satu-satunya mentari dalam hidup insan lain. (Siapa???? Tak kisah la...)

Ketawa penawar duka... (^___^)/
Mulai 29 November 2010 hingga 5 Disember 2010, hanya dua hari duniaku terasa sunyi (mana tak sunyi, dok memerap di rumah..)

29 November 2010- Progress Meeting and Proposal presentation. 5 pelajar dan 3 supervisor. Pembentangan inilah yang menyebabkan saya sambut raya sehari sahaja, tidur seawal mungkin kerana terpaksa bangun lebih awal dari orang lain.huhu... Menatap laptop kesayangan selama berjam-jam lamanya sampai lupa ada kenduri kendara di rumah sebelah(satu-satunya rakan sepermainan saya dah kawin...tahniah cikgu piduih. tak dan nak tengok bini ang...kalau terlanggar tepi jalan confirm xkenai..haha) Apa kesimpulan dari meeting ni??? PERJUANGAN BELUM SELESAI...=)

30 November 2010- Hari malas sedunia tetapi kemalasan itu terpaksa ditongsampahkan kerana kakanda saya telah memberi manuskrip baru untuk di edit...'Travelog Patani..' nangis saya baca... Oh lupa...Editor Freelance...itu tugas baru saya sejak beberapa bulan lepas. Saya dengan buku tak boleh dipisahkan..nak buat macam mana..dasar ulat buku!=p

1 Disember 2010- Permulaan bulan Disember!!!! Cepat betul waktu merangkak pergi. Pejam celik dan pejam kemudian celik lagi, dah 6 tahun saya menjadi warga UPM bermula dari zaman degree ye...lama kan. Bosan tahap lampau tinggi dah ni. Tapi entah kenapa ada secangkir semangat dalam diri ini. Putus asa, bukan sifat orang Islam kan... and it's not easy to giving up something u always wanted. So i stick to the fight!
It's Dec...let's get crazy!!!!

2 Disember 2010- Hari dimulakan seperti biasa, dengan mengingati Dia yang Esa. Semoga saya takkan pernah lupakan Dia...=) Yang lainnya hari ni, saya perlu menemani rakan sekerja di rumahnya. Encik suaminya outstation. Tak sampai sebulan kawin dah kena tinggal...kesian dia.huhu... 'Selamat datang ke pondok buruk kami!!' Ayat tu buat saya rasa macam nak pengsan..hehe...yang dimaksudkan pondok tu, rumah yang cukup selesa dan nampak luas sebab belum banyak perabot lagi...hehe... Terdetik pula dihati nurani, 'Nak jugak rumah sendiri...'

3 Disember 2010- Hari ke-2 di rumah orang. Kali ini bertambah lagi seorang. Bila dah bertiga, riuhnya macam ada satu team bola sepak dalam rumah tu. Dari satu topik ke topik yang lain. Memang 'Ladies Night' la malam tu... Makan malam pun lewat, nasib baik gastrik tak menyerang... Kaum hawa memang dijadikan 'banyak mulut' kan. Dari persoalan research iaitu merangkap luahan perasaan tentang supervisor masing-masing, hingga soal peribadi. Bagus juga ada sesi luahan perasaan macam ni. Cara yang berkesan kaum hawa melepaskan tekanan.

4 Disember 2010- Hari yang membosankan tetapi memenatkan kerana mengerjakan rumah..eh membuat kerja rumah..huhu...hidup membujang pun letih...macam mana nak jaga anak orang ni???

5 Disember 2010- Hari ketawa sampai tak boleh tutup mulut.hahaha... Hari ni kena hadiri kenduri rakan sematrik dulu tapi siapa yang kawin tak penting pun...yang penting dapat jumpa geng matrik dulu. Penat la ketawa dengan mereka-mereka ini. Tapi seronok sangat...(^__^)/ Thanks korang..lap u all so much...

Minggu baru akan bermula. Ketawa...ketawa jugak... tapi saya tak lupa perjuangan yang belum selesai. Thanks God, saya masih mampu tersenyum dalam kepayahan. Kekuatan itu hanya milik yang Maha Berkuasa. Kita memang hamba-Nya yang lemah. Jadi jangan sombong dengan Pencipta yang pemurah, maha memberi. Doa...senjata paling ampuh orang Islam...

Sekian coretan untuk kali ini.


penaJannah
...takkan berhenti menari!!!


Lagu tanpa nada

Thursday, December 2, 2010


Di kejauhan ku kirim nota,
yang berlagu di sudut hati,
sejak bila,
bagaimana...
mengapa kamu, bukan mereka,
hatiku kerap bersuara tanpa nada,
realiti atau fantasi,
aku sangsi...
Kamu yang jauh dari mata,
tiada khabar berita,
entah bila kan bersua,
namun
dirimu sering mencelah ingatan,
setiap kali aku mengeluh resah,
serpihan memori padamu 
buat aku tersenyum.
Disepertiga malam ku memohon pada-Nya,
titipkan daku sebuah harapan,
berikan daku kekuatan,
yakinkan hatiku Tuhan,
andai kamu tercipta untukku,
lelaki yang mengimami solatku.
Lantas keyakinan itu datang
memberat rasa
dengan debaran 
nadiku bersuara
dalam bait kata yang tak seberapa
bersulam doa,
moga kamu memahami
dan menerima...
Kudrat Tuhan lebih berkuasa
harapan yang kusulam 
tewas akhirnya
ku pasrah segala
kerna ku mengharap hanya pada-Nya.
Selang waktu beranjak leka
sayu kutinggalkan segaris luka
semoga ada hikmahnya.
Ketahuilah...
cebisan rasa yang hadir tanpa kupinta
perginya...tak mampu ku paksa...

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!


Cantik ke?

Friday, November 26, 2010

Assalammualaikum semua=)
Semoga Allah sentiasa mengiringi langkah kita semua di dunia sementara ini.

Agak lama saya tak mencoretkan sesuatu di sini. Sebenarnya banyak kali cuba mengarang sesuatu di sini, tapi tak sempat habiskan, kemudian terus tutup pc. Dan akhirnya terlupa nak sambung.huhu... Memang dah selalu jadi begini... baru delete beberapa post yang tergantung. jannah2...apa nak jadi dengan kamu nih??? ish3... Moralnya: Sila habiskan pekerjaan yang anda lakukan dengan segera. Jangan tangguh2. Manusia kan selalu lupa... terutama golongan yang kurang ruang memori seperti saya..kuikuikui~

Taip post ni, tanpa meletakkan tajuk.huhu...sebab tak pasti tajuk yang sesuai. Ada banyak yang ingin diluahkan sebenarnya. Mari mulakan sesi luahan perasaan yang perasan...(^___^)/

Kejadian 1:
Lokasi: Terminal bas Bukit Jalil
Watak: Annisa

Untuk kesekian kali, kaki Annisa menapak lagi ke Terminal bas Bukit Jalil, bersendirian. Kali ini Annisa memilih datang dengan teksi sahaja. Baru dia tahu betapa dekatnya Bukit Jalil dari Serdang. Jam menunjukkan pukul 2.00 petang. 'Bas pukul 3. Alhamdulillah, sempat solat dulu.'Bisik nurani Annisa.

Annisa: Dik, tumpang tanya boleh? Surau di mana ye?
Adnan: Oh surau yer... ha..kak nampak tempat tunggu teksi tu? Papan tanda besar tu? Surau di sebelah tu.
Annisa: Oh, nampak-nampak. Terima kasih ye.

Pantas langkah Annisa berlalu dari situ, ingin melintas jalan menuju ke surau yang dimaksudkan tadi. Annisa berpaling ke sebelah kanan. Rupa-rupanya dia tidak keseorangan. Seorang gadis, mungkin lebih muda 2,3 tahun darinya, juga ingin melintas jalan. 'Cantik orangnya, manis wajahnya. Tak jemu mata memandang.' 

Jejaka1: Kak, hendak ke mana kak?
Jejaka2: Balik kampung ke kak?
Jejaka3: Cuba senyum sikit...

Tiba-tiba ada suara mengusik dari kejauhan. Annisa kehairanan.
'Kenapa aku yang dikacau mereka? Kenapa bukan gadis disebelah ku? Bukankah dia lebih cantik?'

Lantas Annisa meneliti dirinya, pakaiannya. Dia membandingkan dirinya dengan gadis tadi. Annisa tersenyum kerana dia kini tahu jawapan kepada soalannya tadi. Gadis itu terlalu CANTIK untuk diganggu...(^__^)/

Kejadian 2:
Lokasi: Dalam kereta
Watak: Sumayyah, Alia

Alia: Sue, nanti temankan saya  ke salun boleh?
Sumayyah: Ke salun? Untuk apa? Facial lagi?
Alia: Tak. Saya nak potong rambut ni. Kemudian nak buat rebonding.
Sumayyah: Rebonding? Perlu ke?
Alia: Rambut saya ni macam apa je. Nak luruskan, nanti jadi cantik macam rambut awak.
Sumayyah: Suka hati awaklah. Duit awak, rambut awak.

Beberapa hari kemudian...
Sumayyah: Cantik rambut?
Alia: hehe...mahal ni. 
Sumayyah: Tapi tudung mana tudung?
Alia: erm....

'Cantik ke?' bisik Sumayyah.

"Wanita hiasan dunia dan sebaik-baik hiasan adalah WANITA SOLEHAH"
penaJannah
...takkan berhenti menari!!!





Selamat Ulang Tahun

Wednesday, November 24, 2010

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu


penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Hati yang Mencari

Saturday, November 13, 2010

Selama diri cuba lari
dari hakikat yang menyakiti
Selama itu ia kian mendekati
Sempit jiwa, sesak hati
Belum kuatkah diri?
Ataupun sudah mati?
Detik waktu beranjak tanpa henti
Terlihat cahya tanpa jemu menyinari
Menggamit aku terus menghampiri
Kian terang saat kudekati
Tiba-tiba kelam menyelubungi
Ketakutan menghenyak diri
Ada tembok besar menghalangi langkah kaki
Rupa-rupanya ku temui cuma jalan mati
Jiwa mengeluh dalam sepi
Mudahnya mataku dikaburi…
Kutadah pada-Nya pohon simpati
Oh Tuhan yang maha memberi
Ampuni hamba yang melupai
Sesat dalam mencari
Lupa pada cinta hakiki
Asyik mengejar duniawi
Sedarkan aku dari mimpi…
Ku susuri jalan berduri
Kerna Kau pernah berjanji
Jalan ke syurga-Mu takkan pernah sepi
Dari dugaan yang menguji
Dari bilah kata yang mengeji
Namun suara iman berdiam di hati
Mengajar aku meredhai
Segala yang terjadi
Perih getir hidup di bumi
Tanda cinta Ilahi
Anugerah pencinta sejati
Penghubung ke alam abadi
Sabarlah hati…kuatlah diri…
Labuhkan harapan pada Ilahi
Tatkala hati sedang mencari
Hidayah-Nya sedia menyinari.


penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Harumnya Norjannah (kusyi Hirdan )

Thursday, November 11, 2010

Assalammualaikum semua =)
Semoga kita semua diberi kecekalan, ketabahan dan kesabaran dalam merentasi lautan kehidupan yang sentiasa dilambung badai. InsyaAllah...

'Harumnya Norjannah' hasil nukilan Kusyi Hirdan memaparkan kisah sebenar seorang Mualaf berbangsa India.

"Kisah ini diilhamkan apabila saya sebagai wartawan menemubual Norjannah satu ketika dahulu," kata penulis novel Norjannah, Kusyi Hirdan.

Sinopsis:
Karya Khusyi Hirdan ini memaparkan suka duka dan perjuangan wanita India, Puvanes yang terpaksa mematuhi arahan keluarga agar berkahwin dengan lelaki pilihan mereka, Thiagu sebaik tamat alam persekolahan.
Puvanes yang berperang dengan perasaan sendiri terpaksa menerima keputusan keluarganya itu, walaupun sebenarnya berhasrat untuk melanjutkan pengajian pada peringkat lebih tinggi memandangkan dirinya pelajar pintar.
Keputusan keluarganya itu menguburkan impiannya untuk bergelar akauntan dan terpisah daripada teman akrabnya, Norafizah atau Nora, tetapi 11 tahun kemudian Puvanes kembali ke rumah ibunya dengan status janda selepas tidak tahan di dera oleh suaminya yang pemabuk.
Hidupnya dan anak-anak dirundung malang akibat perbuatan suami sendiri dan lebih malang lagi apabila ia memberi kesan yang terlalu mendalam kepada anak sulungnya, Mila yang menjadi fobia dengan bau arak dan orang mabuk.
Kepulangan Puvanes menimbulkan kemarahan saudara mara kerana bagi mereka syurga isteri di sisi suami dan perlu tahan segala penderitaan bagi mendapat darjah suci, malahan turut dikritik serta dimarahi adik-beradiknya kecuali adiknya, Jothi ekoran tindakan beraninya itu.
Ibunya, Shanti bersetuju dengan tindakan Puvanes kerana tidak sampai hati melihat anak dan cucunya terus didera dan terseksa, malahan seawal kehidupannya bergelar janda, Puvanes banyak menyendiri dan mulai tidak percaya kepada Tuhan.
Selepas beberapa ketika mencari kekuatan diri, Puvanes mula memikirkan masa depannya dan anaknya, Mila dan Ramu, lalu menyatakan hasrat kepada ibunya untuk mencari pekerjaan bagi menyara kehidupannya serta meringankan beban ibunya.
Dalam usaha Puvanes bangkit sebagai ibu tunggal dan mencari pekerjaan, dia bertemu kembali sahabat lamanya, Nora yang akhirnya membantunya mendapatkan pekerjaan di sebuah pasar raya di pekan berhampiran tempat tinggalnya.
Pembaca akan tertarik melihat semangat Puvanes selepas mula bekerja, malahan mencari pengertian agama dan mula belajar serta bertanya Nora mengenai Islam, sebelum cahaya keimanan muncul kembali dalam jiwanya selepas berkubur sekian lama.
Pada masa sama, Nora pula dihimpit dengan masalah akidah adiknya, Norli yang murtad kerana terpengaruh dengan teman lelakinya, Edward yang beragama Kristian sehingga akhirnya mereka terlanjur.
Nora yang cergas dalam satu badan bukan kerajaan (NGO) Islam, Perkis cuba meminta bantuan ustaz Alif dan isterinya ustazah Suhana serta rakannya, Ilham untuk membantunya menyelesaikan masalah Norli dengan Edward.
Pembaca turut disogokkan dengan kisah Puvanes memeluk Islam dengan persetujuan kedua-dua anaknya yang ikut berhijrah dan melafazkan kalimah syahadah di pejabat agama dengan disaksikan Ilham dan rakannya serta memilih Norjannah sebagai nama.
Perjalanan hidup wanita anak dua ini yang penuh onak apabila terpaksa merahsiakan pengislamannya menyentuh hati pembaca apalagi sehingga dia terpaksa menunaikan solat secara sembunyi di rumah dengan bantuan Jothi.
Puvanes enggan meninggalkan ibunya meskipun berlainan agama kerana mahu menjadi anak yang solehah kepada Shanti, turut berdepan dengan tekanan daripada saudara mara sehingga dicerca dan diugut sebagai mengetahui sebaik rahsia janda beranak dua itu memeluk Islam terbongkar.
Norjannah semakin tertekan dengan tindakan tiga adik lelakinya yang menganggur dan kembali ke rumah ibunya yang hanya mempunyai dua bilik sehingga dirinya sering dihina serta wanita malang itu bertambah bimbang akan kemungkinan tidak dapat bersama-sama dengan anak-anaknya.
Ilham pula cuba merisik Norjannah melalui ustaz Alif dan ustazah Suhana kerana tertarik dengan pekerti dan kemuliaan wanita itu, walaupun dia jauh lebih muda daripada Norjannah, manakala Nora semakin tertekan dengan tindakan nekad Norli untuk murtad sehingga dia terpaksa mengurung gadis itu.
(Dipetik dari laman web PTS)

Nota peribadi:
Watak yang paling mengagumkan dalam novel ini adalah ibu Puvane, Shanti. Beliau seorang ibu tunggal yang penyayang tetapi tegas. Beliau menjadi berusaha mengeluarkan Puvane dari cengkaman suami yang kejam. Setelah mengetahui keislaman Puvane, Shanti tetap menerima Puvane atau Norjannah sebagai anak dan tetap tinggal serumah dengannya. Shanti menyayangi dan menghormati Norjannah. Semoga semua ibu di atas muka bumi ini seperti itu. Amin...(^__^)/

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

p/s: kesibukan melanda hari-hari ku...

Gadis Merah Jambu part1

Tuesday, November 2, 2010

Assalammualaikum semua...selamat petang!!!
Semoga kita semua tenang dalam kepayahan..aminnn..

'Gadis Merah Jambu'???

Situasi pertama
Lokasi: Sentral Kuala Lumpur
Masa: lebih kurang 3-4 petang

Lelaki asing: Assalammualaikum, kak.
Gadis merah jambu: Wa'alaikummussalam,dik.
Lelaki asing: Saya sebenarnya nak minta tolong akak. Penat dah minta tolong orang ni, sakit tekak saya bercakap dari tadi. Macam ni kak, saya kena musibah. Saya orang Terengganu, pelajar UMT. Saya datang sini jumpa kawan saya di Kajang. Tapi kereta saya rosak. Lepas itu, saya minta tolong kawan saya. Dia minta saya datang ke sini. Tapi dia tipu saya kak. Dia ambil semua duit saya, hp saya... Memang tak ada apa-apa sekarang ni.
Gadis merah jambu: Jadi, adik nak akak tolong apa?
Lelaki asing: Saya nak balik Terengganu kak, sebab saya pun tak kenal sesiapa di sini. Kalau boleh nak pinjam rm30 dari akak. Buat tambang bas balik Terengganu.
Gadis merah jambu: Eh, cukup ke RM30 jer?
Lelaki asing: Tak cukup kak. Tapi saya boleh cuba pujuk driver bus tu nanti.

Monolog dalaman: baca kesimpulan dibawah~
...

Situasi Kedua
Lokasi: Rumah flat
Masa: 8.30 malam

Sms
Teman lama: Salam. Pekabo?
Gadis merah jambu: Salam. Sihat? kenapa tetiba sms ni?
Teman lama: Saya nak minta pinjam RM50. Tu pun kalau tak keberatan la.

Monolog dalaman: baca kesimpulan dibawah~

Situasi Ketiga
Lokasi: Makmal penyelidikan yang membeku
Masa: 10.00 pagi

Sms lagi...
(nak letak nama apa erkk???hurmmm.....)

anis: Salam. Adik, akak nak pinjam rm100 blh?

Monolog dalaman: baca kesimpulan~
...

ok...
kesimpulan~

monolog dalaman yang sama~
1) Nak tolong ke? Duit dalam bank ada la dalam beberapa puluh ringgit. Nak bayar sewa rumah lagi... Nak makan lagi... Diri ini sudah la tidak bergaji bulanan, elaun pun tak ada.Mengharap belas ehsan abang-abang kesayangan.
2) Mereka ni betul-betul susah ke??? Tipu kot...

Agak-agak Gadis Merah Jambu tolong ke tak???

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Suara by Pyanhabib

Saturday, October 23, 2010

Tidur pun tak lena

Thursday, October 21, 2010

Assalammualaikum semua=)...
ehhh dah petang!!! Pantas sungguh masa berlari, kadang-kadang terasa lelah mengejar... Penat, lelah, sakit, kecewa...semua itu takkan menghentikan putaran masa...
Three words that sum up LIFE: It's Goes On
Sejak akhir-akhir ini, ada beban berat menghenyak di jiwa. Kehadirannya tidak pernah dipinta, tidak kuduga. Ujiankah? Hati kecilku berkata:"Bukankah kau sudah sering diuji, sering terjatuh, kecewa, menangis, dan kemudian bangkit semula? Kalau ini ujian-Nya, terimalah, kuatkan hatimu..."
Bisikan itu buat saya yakin, saya cukup kuat mengharunginya, untuk sekian kalinya di anugerahkan ujian yang sama.
Rupa-rupanya, ujian ini bukan sebarangan, bukan mainan. Memiliki kuasa yang kuat untuk menarik saya jatuh. Lama saya menghitung diri, lemahkah diri ini? Atau alpakah diriku? Atau mungkin terlalu meninggi diri? Entah... yang pasti, diri ini penuh dengan kekurangan dan kesilapan. Kekecewaan kali ini adalah alarm mengejutkan saya dari terus lena diulit khayalan sementara.

Saya kembali ke tempat saya bermula. Tempat saya belajar melangkah kali pertama. Luka itu mungkin masih berdarah tetapi Alhamdulillah, melihat wajah bersih ayah dan bonda, hati ini menjadi kuat. 

Dan kini, saya kembali bertapak di medan pertempuran. Perjuangan belum selesai. Saban hari saya mencari sesuatu untuk menenteramkan jiwa yang kadang kala sasau di amuk resah. Apa yang saya temui? Satu folder dalam komputer saya, "MP3 Al-Quran". Tiada kalimah yang mampu menenangkan saya, hanya kalimah dari yang maha kuasa. InsyaAllah kekuatan itu akan menyusur nanti, sedikit demi sedikit. Kerana hidup ini perlu diteruskan...walau apapun ribut yang melanda hati. 

Sekian...=)


penaJannah
...takkan berhenti menari!!!


Jika Aku Jatuh Hati

Monday, October 18, 2010

 Bismillah Hirrahman Nirrahim..
Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta Ya Allah..
cintakanlah aku pada seseorang 

yang melabuhkan cintanya kepada-Mu..
agar bertambah kekuatan ku untuk menyintai-Mu..
Ya Muhaimin...
jika aku jatuh hati...
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya
tertaut pada-Mu...

agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...
Ya Robbana...
jika aku jatuh hati....
jaga lah hati ku padanya...
agar tidak berpaling daripada hati-Mu...
Ya Robbal Izzati..
jika aku rindu...
rindukanlah aku.,..
pada seseorang yg merindui shahid dijalan Mu..
Ya Allah..

Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu ya Allah....
janganlah kenikmatan itu...melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat disepertiga malam terakhir-Mu.....
Ya Allah....
jika aku jatuh hati pada kekasih ku Ya Allah...
jangan.....jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan  panjang menyeru manusia kepada-Mu...
Ya Allah...
jika kau halalkan aku merindui kekasih mu...
jangan biar kan aku melampaui batas..
sehingga melupakan aku...
pada cinta hakiki...
dan rindu abadi..
hanya..
kepadamu Ya Allah..

Amin Yarobbal alamin..



penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Ku katakan dengan indah

Friday, October 15, 2010


Ku katakan dengan indah
Dengan terbuka
Hatiku hampa
Sepertinya luka
Menghampirinya

Kau beri rasa
Yang berbeda
Mungkin ku salah
Mengartikannya
Yang ku rasa cinta
 
Tetapi hatiku
Selalu meninggikanmu
Terlalu meninggikanmu
Selalu meninggikanmu

Kau hancurkan hatiku
Hancurkan lagi
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu
Kau terangi jiwaku
Kau redupkan lagi
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu

Kau buatku terjatuh
Dan terjatuh lagi
Membuatku merasakan yang telah terjadi
Semua yang terbaik dan yang terlewati
Semua yang terhenti tanpa ku akhir.
 
p/s: keyakinan itu datang tanpa kupinta, 
kutemui disebalik keping-keping hati yang selalu terluka.
andai ia akan pergi
perginya bukan kerna terpaksa. 

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!


Lelaki pertama

Sunday, October 10, 2010

Kau lelaki pertama 
kujumpa pada permulaan langkahku
lelaki yang mengajar aku erti cinta
kasih dan sayang sesama manusia
di dunia sementara.

Cinta pertama, kata kau,
pada Sang Pencipta
cinta sepenuh jiwa,
iman namanya,
kau mengajar aku mengenal Dia
aku yang tidak tahu
menjadi mahu terus mengenali Dia
selayaknya seorang hamba
akur pada perintah-Nya.

Cinta kedua,
pada kedua orang tuaku,
bonda yang melahirkan,
ayahanda yang lelah membesarkan,
kau mengajar aku menghormati dan menyayangi
mereka yang berjasa dalam hidupku
sama seperti kasihku padamu.

Kau lelaki pertama mencintaiku
setulus jiwa
seikhlas hatimu
saban waktu
senyummu bak mentari dalam hatiku
ketawamu bagai pelangi
dikala aku dirundung kesedihan
kepayahan dan kekecewaan
kau bersuara,
sabarlah, itu kunci bahagiamu.

Aku juga menyayangimu
meski sesekali amarahmu berapi
garangmu, kalah naga Tasik Chini
buat aku diam kelu
tertunduk kaku
namun limpahan kasihku
tak pernah kurang
walau seinci.

Putaran masa tak pernah berhenti
laju meninggalkan indahnya memori
garis usia pada wajahmu mula terserlah
dan diriku kian jauh melangkah
tanpa rela ku tinggalkan kau disini
impianku melambai dari kejauhan
kuturuti jua kehendak rasa
yang dahaga ilmu Tuhan yang Esa
aku ingat pesananmu,
ilmu itu tinggi nilainya
mencarinya adalah jihad
lama baru kufaham ertinya.

Satu persatu 
nikmat Allah ditarik dari dirimu
kau tak berdaya lagi melangkah gagah
namun kau tetap pahlawan dimata ku
gagah dalam payah
bersyukur dalam resah
redha dengan segala ujian-Nya,
dan saat bumi memisahkan kita
jasadmu kaku tanpa nyawa
maaf aku tiada di sisi
pemergianmu kutangisi.

Mereka bertanya,
bila kau pergi?
aku termenung, lama
kerna dalam hatiku kau sentiasa ada
mataku menyoroti wajah-wajah kesayanganku
terbias iras wajahmu.

Kutitip doa bersulam rindu tiada tara
moga kau lebih bahagia di sana
terima kasih kerana menjadi lelaki pertama
yang mengajar aku erti cinta.

p/s: dia yang dimaksudkan adalah arwah tok wanku.=)
penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

You Light Up My Life~

Wednesday, October 6, 2010

So many nights, I'd sit by my window,
Waiting for someone to sing me his song.
So many dreams, I kept deep inside me,
Alone in the dark, now you've come along.

And you light up my life,
You give me hope, to carry on.
You light up my days
And fill my nights with song.

Rollin' at sea, adrift on the waters
Could it be finally, I'm turning for home
Finally a chance to say, "Hey, I Love You"
Never again to be all alone.

And you light up my life,
You give me hope, to carry on.
You light up my days
And fill my nights with song.

You, You light up my life
You give me hope to carry on
You light up my days
And fill my nights with song
It can't be wrong, when it feels so right

Cause you, you light up my life

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!
p/s: Ops...terlayan lagu westlife...................


Mentari Pagi

Terkenang kamu...

Assalammualaikum semua=)
Mulakan pagi dengan senyuman dan sujud bersyukur pada-Nya. InsyaAllah, sepanjang hari kita akan bersemangat untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara. Semoga hari ini lebih baik dari semalam, esok semakin cemerlang.

Sebenarnya banyak perkara yang ingin disampaikan dalam blog ini. Banyak perkara yang berlegar dalam fikiran ini. Cuma, saya gagal mencari waktu untuk menafsirkannya dalam bentuk kata-kata. Sejak kebelakangan ini, banyak perkara yang bersarang di kepala. Macam-macam ada..hehe Yang paling utama, tentulah pengajian saya yang sudah mengambil masa yang lama. 3 tahun...bukan satu jangka masa yang singkat. Hilang fokus, itulah punca utama pengajian saya belum berjaya ditamatkan. Namun, apa yang berlalu biarkan menjadi sejarah. Sesekali berpaling ke belakang,insyaAllah akan jadi pengajaran yang berharga buat saya. Kesilapan dan kealpaan adalah fitrah manusia biasa seperti saya. Yang penting adalah masa depan. Impian saya masih banyak. Tanggungjawab pada keluarga belum terlaksana. 

Mungkin ada hati yang saya sakiti dalam perjalanan hidup saya. Saya juga sedar ada yang melihat saya dengan pandangan sinis, hanya kerana saya mampu tersenyum dan teruskan kehidupan seperti tiada penyesalan. Pada saya, hidup ini perlu diteruskan walau apapun halangan yang melintang di jalanan. Penyesalan??? Sudah tentu ada. Tetapi sampai bila harus termangu di tempat yang sama, menyesali peristiwa lalu. Penyesalan takkan mampu mengubah apa-apa. Lebih molek sejarah itu dijadikan pengajaran, jangan ulangi kesilapan lampau. 'Kebodohan yang nyata adalah terus menerus melakukan kesilapan yang sama, tanpa penyesalan.' Ini pendapat saya sendiri, bukan ayat sesiapa, mungkin hasil pembacaan dan pengalaman yang tak seberapa. Saya sendiri pernah merasa kebodohan itu. Namun, Alhamdulillah...akhirnya hidayah-Nya sampai ke sudut hati saya. Saya tega meninggalkan kebodohan itu. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Namun, itu bukan alasan untuk terus berada ditakuk lama.

opss, terlebih sudah!!! Masa untuk bekerja...InsyaAllah bila ada waktu terluang, post ini akan disambung...

"Kehidupan di dunia adalah pengembaraan menuju akhirat."

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!


Andai aku di sisi-Mu

Saturday, October 2, 2010

Pada-Mu saja
Aku mengadu
Resah gelora
Yang menghempas kalbu
Terasa berat
Namun apa daya ku luahkan
Walau sarat terasa malu pada-Mu

Akulah insan
Yang berjuta dosa
Tiada mengenang
Erti kesalahan
Berkali-kali
Terus masih terulang segala kesilapan
Meski ku tahu pedihnya..

c/o
Masihku disini terantai nubari
Detik nadi bagaikan terhenti
Andai aku di sisi rahmat-Mu
Berhakkah ku ulang masa lalu
Album : Syukran
Munsyid : Hafiz Hamidun


 

penaJannah
...takkan berhenti menari!!! 

Drama oh Drama

Tuesday, September 28, 2010

Assalammualaikum semua =)
Semoga sihat sejahtera fizikal, mental dan spiritual...hehe...

Drama Oh Drama...

Sebenarnya sudah lama tidak mengikuti drama di kaca tv.(di rumah sewa tak ada tv..huhu) Balik cuti raya hari tu sempat la menatap kaca tv sepuas-puasnya. 'Ular Emas' di siarkan di TV3 dan TV9, salah satu drama yang menarik minat saya. Yang menarik minat saya bukan jalan cerita tetapi watak utama cerita itu, RAUDHAH! Raudhah, wanita berperwatakan lembut dan lurus, taat pada Allah dan setia pada suami. Walaupun menerima banyak dugaan Raudhah tetap sabar dan redha dengan ketentuan Tuhan. Salah satu watak drama yang boleh dijadikan contoh. Teirngat kata-kata seorang teman,"Aku nak jadi macam Raudhah la...lembut je. Marah pun beralas.."

Teringat pula watak Nur Amina dalam Nurkasih. Tentu ramai masih mengingati drama terbaik itu. =) Watak Nur Amina juga memberi kesan yang mendalam pada penonton. Wanita yang taat pada Pencipta, setia pada cinta dan sanggup berkorban demi insan-insan yang disayangi. Ada kaum adam mencari 'Nur Amina' dalam diri gadis idamannya.

Apa yang saya boleh simpulkan dari kedua watak ini?
Drama atau filem mampu membimbing masyarakat melalui watak-watak yang baik. Dan drama yang memaparkan cerita dan watak yang baik lebih diterima umum.

Sekian, coretan waktu petang...
cantik dia bertudung...


penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Sebuah Kehilangan

Saturday, September 25, 2010


Assalammualaikum semua=) 
Moga perjalanan kita yang sementara ini diberkah Allah SWT.

'Sebuah Kehilangan'
Sekali lagi, ini adalah post spontan dari saya, maaf kira banyak kesilapan. Coretan ringkas untuk dikongsi bersama. 
Pernah anda kehilangan sesuatu atau seseorang? Tentu pernah kan... saya tak terkecuali dari menerima kepahitan itu. Pertama kali saya kehilangan seseorang yang tersayang ketika berusia 5tahun(kalau saya tak silap...heee) Ketika itu di bulan Ramadhan. Kami sekeluarga, mak, nenek(saya panggil Tok...) dan jiran sebelah rumah saya pergi membeli keperluan untuk berhari raya di pekan Bukit Mertajam atau nama popularnya BM. Setelah segala keperluan telah dibeli, kami pulang dengan menaiki bas, rangkaian Setia no 12 (sampai sekarang masih memberikan perkhidmatannya.haha) Masih segar dalam ingatan, mak memimpin tangan saya dan adik, dan kami melintas dahulu, meninggalkan tok dibelakang. Saya berpaling kali pertama, saya lihat tok baru melangkah untuk melintas. Bunyi motosikal sangat kuat dari arah belakang membuat saya berpaling untuk kali kedua. Dan saya lihat tok tak mampu lagi 'melangkah'. Kami sekeluarga kehilangan tok. Tok wan kehilangan isteri yang dicintai,mak dan pak kehilangan mak yang dikasihi, dan kami adik beradik kehilangan tok yang disayangi. Kejadian itu masih segar dalam ingatan kerana pemergian arwah tok mengubah sikap ku. Aku menjadi pendiam, tidak aktif seperti biasanya. Semangatku seperti tiada lagi. Tetapi, kejadian itu adalah pengalaman yang amat berharga dalam hidupku. Masa pantas berlalu, dan aku kembali menjadi diriku sendiri. Kehilangan sememangnya pahit untuk ditelan, tetapi ia telah menjadikan aku lebih kuat untuk menghadapi banyak lagi kehilangan dalam perjalanan hidupku yang masih panjang. Ia mengajar ku erti redha, meski ketika aku masih mentah. 

Kini, 20 tahun berlalu. Entah berapa kali aku terpaksa berhadapan dengan kehilangan. Kehilangan yang paling perit adalah kehilangan insan tersayang. Berkali aku menabur harapan pada insan bergelar 'Adam' untuk sehidup semati sehingga ke akhirnya. Dan pernah kepercayaan ku dikhianati. Aku sedih. Aku menangis. Tapi aku redha... Redha menerima segala ketentuanNya, aku percaya ada hikmah disebalik setiap titisan air mataku. Dan aku bangkit semula dengan harapan hanya pada Dia yang Maha Mengetahui. Berdendamkah aku pada insan yang membuat aku menangis? Tidak... bukan kerana dia tak layak untuk dibenci tetapi kerana siapa aku untuk membenci, aku hanya insan biasa yang mungkin tanpa sedar pernah menyakiti insan lain... Dendam ibarat api yang membakar dalam diam, perlahan-lahan merosakkan hati. Dan dendam hanya akan merampas ketenangan yang menjadi kunci kebahagiaan. Sekali lagi redha pada ketentuanNya... Hulurkan kemaafan pada insan yang menyakiti, Dia akan menghadiahkan kita ketenangan yang tiada taranya di dunia ini.

Setiap insan akan merasakan peritnya kehilangan. Setiap kali kita bersedih menghadapi sebuah kehilangan, buka mata seluas-luasnya, celikkan mata hati, lihat sekeliling... Kalau hari ini kita kehilangan insan yang dikasihi, cuba letak dirimu ditempat seorang ibu yang kematian anak, tanya hatimu, Siapa lebih sedih? Siapa lebih merana? Cuba letak dirimu ditempat seorang isteri yang kehilangan suami tercinta, siapa lebih kecewa? Tapi mereka semua mampu bangkit dari kesedihan, redha menerima ketentuanNya. Kenapa tidak kita???

Sekian saja coretan di pagi sabtu.hehe... rajin pula datang fakulti cuti-cuti ni...doakan kerajinan tu berkekalan. Perjalanan ku masih jauh dan berliku. Semoga Allah memberi memantapkan keimanan, memberi kekuatan dan menghadiahkan kesabaran pada kita semua dalam menjalani hidup. Dunia adalah jambatan menuju akhirat...

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!
p/s: mesti banyak kesalahan ejaan ni..huhu tak sempat nak edit...maafkan daku...(^__^)/

Jom Belajar Sejarah!!!

Wednesday, September 22, 2010


Abdul Latip Talib atau lebih dikenali sebagai Pak Latip, nama yang tidak asing lagi dalam arena penulisan novel sejarah di Malaysia, sehingga diiktiraf sebagai Penulis Novel Sejarah No. 1 Malaysia. Umar Abdul Aziz, Bayangan Khalifah al Rasyidin telah diterbitkan sebanyak dua kali pada tahun 2010. Novel sejarah yang mengandungi 28 bab ini menceritakan tentang Umar Abdul Aziz dan mengapa beliau dianggap sebagai bayangan Khalifah al Rasyidin.

Sinopsis Buku:
Semasa hidupnya, Khalifah Umar al Khattab selalu berdoa. “Wahai Tuhanku, kurniakan aku zuriat yang menguatkan Islam.”

Doa Khalifah Umar al Khattab termakbul dengan lahirnya Umar bin Abdul Aziz atau nama sebenarnya Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakan bin Ash bin Umaiyah bin Abdi Syams. Ibunya bernama Laila Ummu Asyim binti Asyim bin Umaral Khattab, khalifah al Rasyidin yang kedua.
Beliau lahir pada tahun 63 hijrah/684 masihi di Kota Madinah ketika tentera Yazid bin Muawiyah dari Damsyik menyerang kota suci tersebut.

Selepas menjadi khalifah, Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangkan menyamai keadilan pada zaman datuknya, Khalifah Umar al Khattab yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim.

Umar Abdul Aziz sebagai khalifah:

•    Beliau seorang yang mentaati perintah Allah SWT dan berusaha keras menjauhi laranganNya. Mendirikan solat merupakan nasihat/perintah beliau kepada semua rakyat terutama kepada pembesar dan tentera Islam. Daripada Zaid bin Aslam menceritakan yang Anas bin Malik berkata, “Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah yang mana solat imam itu menyamai solat Rasullulah, melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah.”
•    Beliau seorang pemerintah yang amanah. Beliau tidak pernah menggunakan harta baitulmal untuk kegunaan peribadi serta menegah sekerasnya ahli keluarga beliau mengambil harta baitulmal hatta sebiji epal sekali pun. Beliau juga telah memulangkan semua tanah yang dirampas oleh pemerintah sebelumnya kepada pemilik asal tanah berkenaan atau kepada baitulmal.
•    Keadilan merupakan keutamaan dalam pemerintahan beliau. Beliau adil dalam pembahagian harta baitulmal, memulangkan tanah atau harta yang dirampas, memecat pegawai yang tidak amanah dan kejam terhadap rakyat. Keadilan beliau tidak terbatas pada rakyat yang beragama Islam sahaja tetapi jua kepada bukan Islam di bawah pentadbiran beliau.
•    Beliau sangat menghormati para ulama. Beliau sering meminta pendapat dan nasihat para ulama tentang pentadbiran negara.
•    Beliau seorang pemerintah yang tegas. Beliau telah memecat ahli keluarga Bani Umaiyah yang tidak adil dalam pentadbiran. Memulangkan harta yang telah dirampas kepada rakyat yang dianiaya. Tindakan beliau mengundang rasa tidak senang di kalangan ahli keluarga Bani Umaiyah sendiri.

Sumbangan Umar Abdul Aziz:
•    Beliau telah membasmi amalan bidaah yang berleluasa ketika itu, iaitu amalan mengutuk ahli keluarga Rasulullah(Ali bin Abi Talib)
•    Beliau telah mengarahkan pengumpulan hadis Rasullulah.
•    Beliau menggalakkan penyebaran ilmu dikalangan negara Islam dengan mengarahkan buku-buku diterjemahkan ke Bahasa Arab.

Sepanjang melusuri kisah mu tuan,
hati ini tidak berhenti bersyukur,
hadirnya kau, pemimpin yang adil,
umpama permata yang dicari,
kerna mencari insan seperti tuan,
lebih payah dari mencari mutiara putih di dasar lautan,
kami rindu pada keadilan,
kami dambakan keamanan,
sungguh kami benci melihat kemungkaran,
meluat melihat kemaksiatan,
kekejaman tanpa sempadan,
hatiku tertanya sendiri,
apakah ada insan seperti tuan lagi?
andai ada, hadirkan dia di sisi kami,
membela yang lemah,
hapuskan yang mungkar,
menguatkan Islam yang kian terdampar...

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Ikhlas tapi jauh

Tuesday, September 21, 2010

Bila bila kiranya diriku perlu
Hari yang murung
Terdengar nada yang riang ria

Sekali suara meyakinkan jiwa
Kaku langkah mengaguminya
Kaku menerimanya

Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksamu

Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh ..

Jauh ..

Bila bila kiranya diriku perlu
Hari yang murung
Terdengar nada yang riang

We are so young and free
Full of desire, flying higher and higher
Oooh .. feel so strong ..

Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksamu

Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh ..

Jauh ..

Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksamu

Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh ..

Jauh ..



p/s: Moga satu hari jarak dan masa takkan memisahkan kau dan aku...
penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Cuaca Kehidupan

Sunday, September 19, 2010





Tiap kali ku mendongak ke langit,
ia tak lagi serupa, 
pagi ini ia cerah, cantik membiru,
tengah hari mungkin mendung kan tiba,
dan petang...hujan lebat kan menyimbah bumi,
sampai satu ketika,
mentari muncul kembali,
langit itu cerah lagi..
itulah cuaca kehidupan.

Kita ceria melihat pagi yang gemilang,
tetapi gelisah bila mendung muncul tidak semena,
dan terkadang kita bersedih
melihat hujan yang lebat.

Pagi yang cerah,
itulah rahmat,
permulaan baru yang indah,
mulakan ia dengan mensyukuri nikmatNya.
Namun bila mendung menjengah,
kita tertanya,
'Apakah hujan kan turun?' atau
'Langit kan cerah kembali?'
marilah merenung diri,
menilai kebaikan dan kelemahan,
insafi setiap kesilapan,
kerna masih ada ruang kemaafan.

Mendung bertukar gelap,
lebatnya hujan mengaburi indahnya maya,
'Musibah atau hadiah?',
kita tertanya sendiri,
dalam diam hati berdoa,
semoga Dia menurunkan rahmat
bukan bencana.

Renyai hujan masih bersisa,
kicau burung berkicau riang,
bertasbih memuji keagungan Pencipta yang satu,
Alhamdulillah, mentari muncul lagi.

Hati kecilku berbisik dalam sepi
'Oh Tuhan, 
aku tidak meminta Kau memudahkan perjalanan hidupku,
tetapi ku memohon, merayu padaMu,
titipkan aku keimanan, ketabahan dan kekuatan
untuk ku harungi kehidupan
dalam apa jua rupa langitMU. Amin'.

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

911

Sunday, September 12, 2010

Assalammualaikum semua~ salam aidilfitri!!!!
911??? hehe stand for Sept 11th, my birthday!!!! Alhamdulillah...sudah 25 tahun menjalani kehidupan dan akan teruskan kehidupan tanpa henti. 
one of my family member asked me yesterday,"Hang nak apa?" Then i keep on thinking, what i really want for my birthday...hurrmmmm Guest what, i don't want anything cause i have everyone i love around me... (^___^)/

that's it....
Happy Birthday to Me!!!!
penaJannah
...takkan berhenti menari!!!!

selamat semuanya....

Thursday, September 9, 2010

Raihan & Hujan - Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda Lirik
Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi
Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba untuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban
Tetapi baru kusedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbananmu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya
Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti
Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu
Namun wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andainya anak-anakmu bahagia
Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti




Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin....(^__^)/

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!!

 
penaJannah - Templates para novo blogger