Ku mahu kau tahu...

Thursday, April 1, 2010

Tahu tak?
hidup ini
bukan kisah dongeng
bukan kisah khayalan
yang pengakhirannya
bahagia...
kau
bukan Cinderella
aku
bukan 'puteri salju'
yang indah rupa...
malah
bukan Bawang Putih
yang merdu suara...
kita cuma watak
di pentas sementara
kisah terindah
cerita yang panjang
penuh mencabar...
pengakhirannya???
entah...

Kau tentu tahu..
ada waktu
kita tersenyum
ada ketika
kita ketawa
sampai satu detik
kita menangis...
kau tentu pernah merasa
gembira tidak terkata
bersyukur tidak terhingga
hingga mengundang
air mata bahagia
manis kan?
sebuah kebahagiaan...
Dan
kau pasti pernah merasa
sakitnya terjatuh
tersungkur menyembah bumi
kudratmu bagai lenyap
ditelan debuan tanah
tiada daya
untuk kembali menapak
perit
pedih
lemah
air matamu
tak mampu mengalir...

Namun...
Aku mahu kau tahu
Dia yang Maha Tahu
tidak pernah lena
tidak pernah leka
Dia yang Maha Mendengar
takkan pernah lupa mendengar rintihanmu
takkan pernah beralih dari sisimu

Kau perlu tahu...
Dia yang memberi ujian
Dia jua yang menghadiahkan kekuatan
Dia yang mencipta skrip derita
Dia jua yang mengarahkan pengakhiran bahagia

Kini kau tahu...
usah ditanya
mengapa ada derita
sedang
Dia pernah menitip senyuman di bibirmu
Dia menguji
kerana kasih
bukan benci.........

penajannah
...takkan berhenti menari!!!


0 comments:

 
penaJannah - Templates para novo blogger