Kisah-kisah yang ku ambil kisah

Tuesday, April 6, 2010

Assalammualaikum~selamat pagi...heee

Harap semua sedang bermimpi yang indah sekarang bukan jadi 'jaga' seperti saya =(
Saya tak punya banyak masa terluang sekarang, jadi saya ringkaskan entry kali ini. Sejak kebelakangan ini, banyak kisah, cerita insan -insan di keliling saya yang menjengah petak pemikiran saya. Dalam keadaan saya tak nak ambil kisah sebenarnya, tapi mungkin kerana mereka-mereka ini insan yang penting dalam hidup saya. Selamat membaca~~~~

Kisah Pertama: Mahu tapi tak mampu
Saya gelarkan gadis ini sebagai Miss Na(bukan nama sebenar...) Miss Na merupakan anak sulung kepada empat beradik, baru sahaja tamat menduduki peperiksaan SPM tahun lepas. Malangnya, keputusan yang diperolehi tidak melayakkan Miss Na menyambung pelajaran ke IPTA. Untuk pengetahuan semua, Miss Na berasal dari keluarga yang sederhana pada mulanya, namun panas tak sampai ke petang, kewangan keluarga Miss Na semakin goyah. Disebabkan itu, Miss Na terpaksa bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan keluarga terutama adik-adiknya. Kini dengan keputusan yang tidak seberapa, Miss Na hanya boleh melanjutkan pelajaran ke IPTS yang semua sedia maklum, perbelanjaannya sangat besar. Lantas, Miss Na memendam rasa dan impiannya ingin terus belajar seperti teman-teman sebayanya. Namun, pesan ikhlasku untukmu, sabarlah...peluang akan datang menjengah jendela hidupmu...

Kisah Kedua: Hanya Tuhan yang tahu
Miss J(bukan nama sebenarnya~) merupakan pelajar sarjana salah sebuah IPTA di Malaysia. Dengan keputusan yang baik di peringkat ijazah, Permohonan Miss J untuk sambung pengajian di peringkat sarjana mudah sahaja diterima, Alhamdulillah... Namun, hidup tak seindah impian. Satu persatu dugaan singgah diminda dan hati Miss J hingga Miss J hilang pertimbangan, hilang tumpuan pada perjuangannya di medan ilmu. Miss J hampir meninggalkan medan peperangan kerana terlalu kecewa atas sebuah kehilangan. Hampir setahun lebih, Miss J dilanda kemurungan, hanya Tuhan yang tahu, kerna insan keliling Miss J tak mungkin tahu luka disebalik ketenangan Miss J. Mujur Tuhan masih menyayangi perjuangan Miss J di medan ilmu. Hari demi hari, Miss J bangkit dari kecewa, meski kini hidup masih tidak seindah mimpi, namun tekad di hati berbunga kembali. Azam di jiwa terus mekar. InsyaAllah Miss J akan berjaya dengan impiannya. Kerna cintanya pada ilmu Tuhan tak pernah padam. Pray for her~

Kisah Ketiga: Iron lady..
Ini kisah Puan Siti(juga bukan nama sebenar~) Puan Siti merupakan pelajar peringkat ijazah di salah sebuah IPTA. Puan Siti telah berkahwin dan memiliki 3 orang cahaya mata, Alhamdulillah... Sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, Puan Siti pernah bekerja sebagai penolong pegawai di sebuah syarikat swasta. Setelah hampir 4 tahun meninggal alam pendidikan, Puan Siti berazam untuk meneruskan pengajiannya di peringkat ijazah. Terus terang, saya kagum dengan keazaman Puan Siti. Berada di kalangan pelajar lain yang jauh lebih muda dan bertenaga, Puan Siti tidak kalah sebenarnya. Semasa Puan Siti di tahun pertama, Puan Siti sedang mengandung anaknya ke-3. Meski dalam kepayahan dan kesibukan menguruskan rumah tangga, Puan Siti berjaya meneruskan pengajiannya tanpa sedikit pun rungutan. Penat lelah Puan Siti..semoga berbalas satu hari nanti..insyaAllah...

Kisah Keempat: Keputusan itu milikmu~
Ahmad(bukan nama sebenar~) juga pelajar IPTA peringkat ijazah. Apa yang saya dapat gambarkan tentang Ahmad...dia seorang yang bijak dan rajin serta berdedikasi dalam menuntut ilmu. Itu pandangan saya, ketika pertama kali mengenali Ahmad. Jauh disudut hati saya bangga dalam ramainya pelajar IPT yang manja, alpa dan leka, masih ada yang seorang yang bersemangat. Namun, Ahmad telah mengambil keputusan drastik untuk menamatkan pengajiannya yang baru bermula. Mungkin, Ahmad punya sebab tersendiri, kita tak tahu. Kecewa..itu sahaja yang saya rasa. Your LIfe your Decision. Bukan senang membuat keputusan meninggalkan sesuatu yang kita miliki, terutama melupuskan peluang yang diberi. Walaupun kecewa dengan keputusan Ahmad, saya bangga Ahmad mampu membuat keputusan untuk dirinya sendiri, tak semua insan memiliki kemampuan itu. Untuk Ahmad, saya doakan yang terbaik untuk kamu, lakukan yang terbaik untuk apa sahaja yang kamu lakukan..(^__^)

Okeh..cukuplah empat kisah di atas. Semuanya kisah benar. Satu persamaan dalam kisah ini, PERJALANAN MENUNTUT ILMU...
Apa yang saya boleh simpulkan,

Ilmu...
aku
mencari mu
mereka
mengejarmu
mengapa?
tinggikah nilaimu?
ya
kau lebih berharga
dari segunung berlian
kau lebih bernilai
dari selautan permata
kerna itu
perjalanan mencarimu
adalah jihad
tempuh ia dengan iman
sabar
dan tekad...
kalaupun aku rebah
menyembah bumi
mengalah tidak sekali..
InsyaAllah!

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

0 comments:

 
penaJannah - Templates para novo blogger