Sunan is back!!!

Friday, March 26, 2010





Assalammulaikum~ selamat pagi!!!

Baru beberapa minggu lepas saya tamat membaca novel 9 Nyawa hasil karangan Ramlee Awang Mursyid, novelis yang terkenal dengan trilogi Bagaikan Puteri-Cinta Sang Ratu-Hijab Sang Pencinta. Novel terbaru beliau telah muncul lagi sempena Pesta Buku Antarabangsa 2010, PWTC. Bertajuk, Cinta Sufi, novel ini mengembalikan watak utama trilogi Bagaikan Puteri, Saifudin atau lebih dikenali sebagai Laksamana Sunan. Watak yang di'mati'kan dalam Hijab Sang Pencinta sebagai pengakhiran kepada trilogi Bagaikan Puteri.

Sinopsis Cinta Sufi:

Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugis yang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaan berjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja. Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilah di Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Ketika sampai ke Melaka, Portugis sedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina. Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangan termasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan Puteri Kober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab Sang Pencinta. Anak keponakan Taming Sari hulubalang terbilang Majapahit itu dibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak.

Saifudin pula kehilangan kudrat kerana mengalami proses transformasi dari abad ke 21 yang telah memecahkan sel-sel dalaman. Luna pula muncul menagih kasih kepada Saifudin iaitu bangsa manusia pertama yang berjaya menambat hatinya. Begitu juga dengan Catalina yang lama-kelamaan menyenangi Saifudin kerana akhlak lelaki itu. Kesimpulannya – banyak nyawa terkorban dalam mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka. Persoalannya – siapa Maryam bersama rahsia besarnya? Mengapa Saifudin digelar ‘lelaki bertanduk dua’? Apakah Taghut mampu dibunuh? Bagaimana dengan campur tangan Luna dalam peperangan antara sesama bangsa manusia? Apakah Saifudin berupaya bangkit menjadi Laksamana Sunan semula? Mengapa Taghut terlalu mendendami Saifudin? Siapakah yang mampu menjinakkan Puteri Gunung Ledang yang terkenal sakti itu? Dan...banyak lagilah.http://www.kelabram.com/


Membaca sinopsisnya saja membuat hati saya melonjak girang. Buku ini masih baru di pasaran. Harap maklum.


Terima kasih.


p/s: cuba tahan diri..huhu tak dapat pergi Pesta Buku...huhu


penajannah

...takkan berhenti menari!!!

0 comments:

 
penaJannah - Templates para novo blogger