Wahai hiasan terindah....

Monday, November 3, 2008


Assalammualaikum....
Hiasan terindah..siapa lagi kalau bukan wanita...
Pernah dengar lagu Wanita nyanyian Siti Nurhaliza dan satu lagi nyanyian de Hearty??
Dua lagu yang berkongsi tajuk yang sama tetapi maksud berbeza....

Wanita versi Siti Nurhaliza:

Aku wanita punya hati nurani
yang tak dapat dibohongi
pabila cinta telah membutakan mata
dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
pilihan hati
belahan jiwaku ini...

Cintaku ini anugerah terindah
dari yang Maha Kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
meskipun kita berbeza...

Aku wanita aku kaum hawa
yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
selayaknya manusia

Ku wanita...
yang hanya perlu kau fahami...

Wanita versi de Hearty:
Kau digelar penyeri dunia
hadirmu melengkap hubungan manusia
bukan sahaja dirindui yang biasa
malah Adam turut sunyi tanpa hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkan ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua dihati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
bukannya harta ataupun pujian
Kalau tidak menderita mengharap pada yang binasa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Hm...cuba hayati lirik lagu-lagu ini.

Luahan rasa seorang wanita yang punya cinta dihati...tulus kasihnya dipamerkan melalui kesetiaan... tetap menyinta biarpun berbeza... Kesetiaan seorang isteri buat suami yang tercinta...
Hati wanita sememangnya rapuh...namun itu bukan kelemahan, tetapi keistimewaan... kerana kelembutan hatinya, wanita diberi tanggungjawab melahirkan pewaris agama...menjaga dan mendidik...bukankah itu tugas yang berat???

Namun...jangan dibiar hati yang rapuh menjadi buta kerana cinta pada manusia. kuatkan hatimu dengan ilmu yang luas... teguhkan hatimu dengan keimanan padaNya...

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua dihati untuk dikasihi

sedarlah wahai kaum Adam...

Didiklah wanita dengan keimanan
bukannya harta ataupun pujian

Wahai hiasan terindah...
seindah-indah hiasan adalah wanita solehah...yang sujudnya hanya pada Allah yang satu... yang membawa malu sebagi perisai diri... melabuhkan hijab dari pandangan lelaki ajnabi...
jangan menjadi racun dan fitnah buat dunia... Rasullulah sendiri bimbang pada fitnah wanita akhir zaman... sungguh...seorang wanita solehah lebih baik dari seribu lelaki soleh...

Jaga iman...terjagalah maruah...
Malu pada Tuhan...terhiaslah peribadimu indah
Sujud padaNya...syurga janjiNya

Sekian...

0 comments:

 
penaJannah - Templates para novo blogger