[Cerpen] Pelayaran ku... episod 1

Tuesday, November 18, 2008

Kala senja merangkak pulang, hati baginda tidak mampu bertenang. Bukan masalah negara yang menjadi bebanan tetapi perihalnya Puteri tunggal yang memberatkan fikiran. Sultan Aminuddin Shah, pemerintah empayar besar Sriandalas, memiliki seorang Puteri yang bernama Puteri Humairah. Nama itu diambil sempena nama isteri kesayangan Rasulullah SAW, Saidatina Aisyah. Baginda amat berharap puterinya akan memiliki akhlak seindah akhlah puteri Abu Bakar itu. Syukur ke hadrat yang Maha Kuasa, Puteri Humairah memiliki perilaku yang amat menyenangkan hati ayahandanya. Malah, Puteri Humairah memiliki wajah yang sungguh jelita. Pasti terpesona barang siapa yang memandang dan kecantikannya telah menjadi buah mulut rakyat jelata hinggakan ramai putera raja datang melamar. Namun, entah mengapa, semuanya ditolak dengan cara yang baik oleh Puteri Humairah. Perihal inilah yang merunsingkan Baginda Sultan…

P.Humairah: Assalammualaikum, ayahanda…

Sultan: Wa’alaikummussalam anakanda… Ke mari puteriku…

P.Humairah: Gerangan apa yang merunsingkan ayahanda? Hingga bermuram sebegini? Adakah masalah negara atau rakyat jelata? Khabarkan pada anakanda, insyaAllah…anakanda boleh membantu.

Sultan: Bukan perihal negara yang membuat ayahanda bermuram durja, tetapi ayahanda bimbang tentang anakanda…

P.Humairah: Tentang jodoh anakanda?

Sultan: Benar anakanda. Mengapa anakanda menolak semua lamaran yang tiba? Tidakkah ada yang berkenan dihati?

P.Humairah: Ayahandaku. Ampunkan anakanda kerna merunsingkan fikiran ayahanda. Anakanda tidak berniat ingin melukakan hati ayahanda jauh sekali ingin membuat ayahanda bimbang.

Sultan: Anakanda tidak bersalah. Hanya…katakan anakanda, lelaki bagaimana yang anakanda idamkan? Katakan…

P.Humairah: Ayahanda…anakanda hanya menginginkan seorang lelaki yang menyintai anakanda kerana Allah…bukan kerana kecantikan anakanda…atau kekayaan… Semua lamaran yang tiba anakanda tolak kerana mereka hanya inginkan kecantikan dan kekayaan anakanda.

Sultan: Tiada salahnya mereka memandang semua itu. Anakanda memiliki segalanya…

P.Humairah: Ayahanda… andai anakanda dicintai kerana rupa yang cantik, apa mungkin anakanda akan terus dicintai bila anakanda sudah tua…sudah hodoh? Dan andaikata anakanda disayangi kerana harta dan kuasa… apakah anakanda akan terus disayangi jika anakanda sudah papa? Ayahandaku, anakanda tidak sanggup semua itu terjadi…

Sultan: Baiklah anakanda. Ayahanda mengerti sayang. Anakanda mencari cinta sejati. Tapi bagaimana anakanda ingin mencari lelaki seperti itu?

P.Humairah: Ayahanda, anakanda sudah berfikir semasaknya. Anakanda amat berharap ayahanda akan bersetuju.

Sultan: Katakanlah anakanda…

P.Humairah: Benarkan anakanda berlayar…mengembara ke negara lain.

Sultan: Bersendirian?

P.Humairah: Tidak ayahanda. Begini…

Apa rancangan Puteri Humairah?? Apakah baginda akan membenarkan puterinya berlayar??? Nantikan episod seterusnya….

p/s:Cerita ini hanya rekaan semata-mata…tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang telah kembali kpdNya…

penaJannah…

0 comments:

 
penaJannah - Templates para novo blogger