Wednesday, November 26, 2008
Puteri Humairah merasa lega. Buah fikirannya akhirnya diterima juga oleh Baginda Sultan Aminuddin. Puas Puteri Humairah memujuk. Hati seorang ayah, masakan tega melepaskan puterinya jauh dari pandangan mata. Sejak kemangkatan Raja Permaisuri, Baginda Sultan seperti kehilangan sebelah tangan. Puteri Humairah saja menjadi tempat Baginda meluahkan rasa kasih dan sayang. Baginda Sultan sungguh setia pada Raja Permaisuri, hingga tidak sanggup beristeri lagi meskipun telah berkali Puteri Humairah mendesak. Ramai juga pemerintah negara jiran yang datang menawarkan puteri masing-masing untuk dijadikan Permaisuri baru kerajaan Sriandalas. Namun semuanya ditolak dengan berhemah oleh Baginda Sultan. Katanya, Raja Permaisuri satu-satunya wanita dihatinya dan kasihnya kini hanya untuk puteri tunggalnya. Kata-kata itu amat menyentuh hati Puteri Humairah. Sungguh tulus kasih ayahandanya. Itulah yang menjadi impian Puteri Humairah kini, mencari cinta sejati kerana Allah SWT, insyaAllah...
Melor : Assalammualaikum sahabatku Puteri Humairah...
P.Humairah : Wa'alaikummussalam temanku
Melor: Lama kita tunggu Melor. Melor kemana?
Melor : Melor menemani ibu ke majlis akad nikah sepupu Melor, Puteri. Maaf ya?
P.Humairah : Tidak apalah, Melor. Kita cuma bertanya. Sepupu Melor...Megat Umar?
Melor : Ya Puteri, Megat Umar sudah selamat menjadi suami orang.
P.Humairah : Alhamdulillah... Kita senang mendengarnya. Lebih senang andai pengantin perempuannya sahabat kita ini.
Melor : Puteri ni. Ada-ada sahaja. Megat Umar seperti abang saja, tidak lebih dari itu. Lagi pula, bukankah pernikahan antara sepupu tidak digalakkan dalam Islam.
P.Humairah : Tidak digalakkan, bukannya haram, Melor. Kita bercanda saja. Jangan pula terasa hati ya?
Melor : Tidaklah. Melor tahu Puteri cuma bercanda. Puteri sering begitu. Oh ya, gerangan apa Puteri mencari Melor? Ada putera raja datang melamar?
P.Humairah : Tidak ada. Mungkin ramai yang sudah takut untuk melamar kerna sudah ramai yang kita tolak.
Melor : Puteri ni memilih sangat. Entah-entah, Putera Kayangan yang ditunggu?
P.Humairah : Putera Kayangan pasti memilih Puteri Kayangan juga, masakan kita layak bergandingan dengannya.
Melor : Lantas... gerangan apa Melor dicari?
P.Humairah : Melor ingat lagi kata-kata kita semalam? Kita sudah khabarkan pada ayahanda dan ayahanda bersetuju.
Melor : Baginda setuju? Baginda benarkan Puteri berlayar? Takkanlah...
P.Humairah : Kita tidak berbohong Melor. Berbohong kan sifat orang munafik... Puas juga kita memujuk, akhirnya ayahanda bersetuju...tetapi dengan syarat..
Melor : Apa syaratnya??
P.Humairah : Melor dan bapa Melor, Panglima Sunan mesti turut serta. Lagipun kita perlukan pertolongan Melor.
Melor : Pertolongan yang bagaimana?
Puteri Humairah tersenyum. Harapannya kian berbunga kini. Melor, anak kepada Panglima Sunan yang amat berjasa kepada kerajaan Sriandalas, bukan sahaja sahabatnya tetapi telah dianggap seperti adindanya sendiri. Sementelah Puteri Humairah tidak memiliki adik beradik yang lain. Puteri Humairah yakin, Melor tidak akan menghampakan permintaannya. Pencarian Puteri Humairah akan bermula sepurnama lagi. Moga Allah SWT permudahkan percariannya, Amin.
Apa permintaan Puteri Humairah???? Nantikan episod seterusnya.
Selamat membaca...
penaJannah
0 comments:
Post a Comment