Wednesday, November 26, 2008
"Wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan sebaliknya... Jadikan dirimu terbaik untuk mendapat yang terbaik... "
P.Humairah: Wa'alaikummussalam Panglima. Silakan...
P.Sunan : Terima kasih Puteri.
P.Humairah : Kita yang harus berterima kasih kerna Panglima sudi bersama kita dalam perjalanan yang entah bila sudahnya. Tanpa kesudian Panglima tentu saja ayahanda kita tidak akan bersetuju dengan permintaan kita. Terima kasih sekali lagi Panglima.
P.Sunan : Patik hanya menjalankan perintah Baginda Sultan dan Tuan Puteri jua. Menjaga keselamatan Tuan Puteri adalah tugas patik, Tuan Puteri.
P.Humairah : Kita tahu Panglima dan jasa baik Panglima tidak akan kita lupakan. Oh ya, Melor sudah khabarkan pada Panglima mengenai permintaan kita? Apa fikiran Panglima? Molekkah kita berbuat begitu?
P.Sunan : Tuan Puteri, ampunkan patik sekira apa yang patik bakal katakan sebentar lagi menyinggung Tuan Puteri.
P.Humairah : Tidak mengapa. Katakan Panglima.
P.Sunan : Tidak molek rasanya andai Tuan Puteri menyamar sebagai Melor dan Melor pula mengambil tempat Tuan Puteri. Itu menipu namanya Tuan Puteri. Andai rancangan Tuan Puteri terbongkar, tentu saja Tuan Puteri dan Baginda Sultan malah kerajaan Sriandalas bakal mendapat malu.
P.Humairah : Benar kata Panglima. Tetapi kita tidak berniat untuk menipu. Kita hanya ingin mengetahui sifat sebenar putera-putera raja itu. Dengan menjadi orang biasa, kita tidak akan mendapat layan istimewa sebagai Puteri Raja. Kita akan dapat menilai sifat sebenar mereka. Itu sahaja niat kita, Panglima. Apa kata Panglima?
P.Sunan : Carilah kejujuran dengan kejujuran Tuan Puteri. Sememangnya niat Tuan Puteri tiada salahnya. Namun bukankah lebih molek andai kita berlaku jujur, moga mendapat keredhaan Allah dan orang lain.
P.Humairah : Benar kata Panglima. Terima kasih mengingatkan kita. Kita kadang lupa bahawa niat tidak menghalalkan cara.
P.Sunan : Sama-sama Tuan Puteri. Janganlah Tuan Puteri khuatir. Tiada siapa yang mengenali Tuan Puteri, malah wajah Tuan Puteri berpurdah. Negara yang akan kita tujui juga jauh dari sini.
P.Humairah : Kita akan ke utara, ke negara Menora, bukan begitu Panglima.
P.Sunan : Benar Tuan Puteri. Negara Menora juga dibawah jajahan empayar Sriandalas.
P.Humairah : Kita pernah dengar, negara Menora tidak aman. Banyak lanun dan kejadian rompakan. Apa benar begitu?
P.Sunan : Memang benar Tuan Puteri. Tetapi keadaan di Menora semakin baik sejak Almarhum Sultan Khalid mangkat dan puteranya, Putera Ali menaiki takhta.
P.Humairah : Alhamdulillah. Kita senang mendengarnya. Apa yang Putera Ali lakukan hingga Menora semakin aman?
P.Sunan : Putera Ali telah menjalankan undang-undang Islam dalam pemerintahannya. Hukum hudud dilaksanakan sebaik sahaja Baginda menaiki takhta.
P.Humairah : Undang-undang Allah SWT adalah undang-undang yang sempurna dan sangat berkesan. Lihat saja kerajaan kita, Sriandalas, aman dan damai, tiada perbalahan dan kekejaman. Kita senang sekali bila ada negara lain yang manjalankan hukum Islam. Tapi kita pelik memikirkan ada juga yang mengatakan undang-undang Islam tidak sesuai lagi pada zaman sekarang, hanya sesuai dipakai semasa zaman Rasulullah SAW dan khuafa' arrasyiddin sahaja. Kita amat tidak bersetuju dengan pendapat sebegitu.
P.Sunan : Lain padang, lain belalangnya, Tuan Puteri. Lain orang, lain juga pandangannya. Patik juga sependapat dengan Tuan Puteri dan patik kagum dengan ayahanda Tuan Puteri yang berani menegakkan hukum Allah SWT dalam kerajaan Sriandalas.
P.Humairah : Ayahanda amat takut pada hukum Allah. Kata ayahanda, sebagai pemimpin sebuah negara Islam, kita wajib menegakkan hukum Islam, jika tidak tunggulah balasan di akhirat kelak. Seorang pemimpin besar tanggungjawabnya, Panglima.
P.Sunan : Dunia ini hanya jambatan ke akhirat. Tuan Puteri, patik ingin meminta diri untuk keluar melihat anak-anak kapal kita bekerja. Bimbang ada yang curi tulang atau berlaku kesalahan.
P.Humairah : Baiklah Panglima, kita izinkan.
P.Sunan : Terma kasih Tuan Puteri.
P.Humairah : Oh ya Panglima!
P.Sunan : Ada apa Tuan Puteri?
P.Humairah : Panglima sudah kita anggap seperti ayahanda kita. Sepanjang kita berada ditempat orang, andai ada tingkah laku kita yang tidak molek dimata Panglima, kita harap Panglima sudi menegurnya. Kita jua insan biasa yang tidak sunyi dari berbuat silap. Tegurlah sebagai seorang ayah. Bolehkan Panglima?
P.Sunan : InsyaAllah Tuan Puteri. Patik minta diri dulu. Assalammulaikum...
P.Humairah : wa'alaikummussalam...
'Untungnya punya seorang lagi ayahanda..'bisik hati Puteri Humairah....
Bertemukah apa yang dicari??? Putera Ali??? Mungkin ya, mungkin tidak... Ikuti episod seterusnya...
Selamat membaca...
penaJannah