Gemilangkah?

Wednesday, April 20, 2011

Assalammualaikum semua=)

Mulakan harimu dengan puji dan syukur kepada yang tidak jemu memberi meski sering kali hamba-hamba-Nya ini lupa dan leka dalam mengingati-Nya...

Gemilang adalah tajuk drama bersiri yang menjadi tatapan saya dan mungkin ramai lagi penonton TV3 setiap Isnin 9 malam. Ini bukan entry promosi. Untuk apa promosi lagi, drama ini telah melabuhkan tirainya pada Isnin yang lepas. 

Sinopsis

1977 Sekolah swasta yang pertama di pedalaman yang diusahakan oleh seorang anak muda yang berwawasan. Matlamatnya mudah – untuk mengubah nasib anak-anak remaja yang gagal dalam pelajaran – tapi perjalanannya masih belum pasti.

Saifullah membuka Institut Gemilang supaya dia boleh memberi peluang kedua kepada pelajar-pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolahnya.


Dia tahu dia mampu untuk mengubah hidup pelajar-pelajarnya. Kalau bukan semua, sekurang-kurangnya sebahagian daripda mereka. Dia berjanji tidak akan berputus asa terhadap mereka asalkan mereka tidak berputus asa ke atas diri mereka sendiri.
Saifullah, Umar, Asma dan Ruhana adalah guru-guru yang pertama di sekolah itu di mana mereka akan bekerja sebaik mungkin untuk masa depan pelajar-pelajar mereka. Konflik, permusuhan, cinta dan benci akan hadir antara cikgu-cikgu ini.

(Sumber: tv3.com.my)

Drama ini mengingatkan kita betapa sukar dan payahnya datuk nenek kita selepas merdeka satu ketika dulu membina jati diri bangsa, daripada papa kepada berjaya, daripada bodoh kepada bijaksana. Drama ini juga mengingatkan kita jasa guru-guru yang bertungkus lumus mendidik dan mengajar kita serta mengingatkan guru-guru diluar sana akan tanggungjawab sebenar mereka. Watak guru-guru yang berdedikasi seperti Saifullah, Umar dan Asmah, amat dikagumi dan sentiasa diperlukan dalam arena pendidikan, tidak mengira masa, zaman atau  taraf hidup masyarakat.Jika dahulu, guru-guru berusaha memberi pendidikan demi membangunkan agama, bangsa dan negara, kini, dalam peredaran zaman yang kian moden, peranan seorang guru lebih mencabar.

Teringat beberapa dialog dalam drama ini: "Tak sangka kan, pelajar cemerlang seperti Saif, cuma memilih kerjaya cikgu.."dialog Halim, anak cikgu Talib yang juga seorang jurutera. Terasa kerjaya cikgu diperlekehkan atau dianggap kelas kedua berbanding kerjaya professional seperti jurutera, doktor dan sebagainya. Padahal...
"Tanpa guru-guru seperti Saif dan abah sendiri, tak mungkin adanya pelajar bijak pandai seperti Halim, sehingga berjaya menjadi seorang jurutera." dialog Cikgu Talib.

Ini pula dialog di alam nyata: "Saya nak jadi cikgulah. Senang. Masuk maktab dua tahun, dah boleh mengajar. Kerja senang, cuti pun banyak. Masuk universiti pun belum tentu dapat kerja." Cikgu, kerja senang... Mendidik anak bangsa kerja mudah... Berapa ramai agaknya yang berfikiran sebegini? Ramai..tetapi tidak semua...Niat dihati manusia hanya Allah yang tahu, biar Dia yang menilai...

Cikgu berkualiti...

Baru minggu lepas terpampang di dada akhbar dan tersiar di kaca tv, seorang guru membelasah pelajar sehingga koma dan akhirnya meninggal dunia. Beberapa hari lepas, seorang guru ditangkap atas tuduhan mengedar dadah. Dan banyak lagi kes melibatkan guru. Kes-kes ini yang diketahui umum melalui media, banyak lagi kes yang tersembungi. Malah, tingkah laku bakal guru di ipta amat membimbangkan. Bagaimana agaknya, bakal guru yang rosak akhlaknya, ingin mengajar dan mendidik pelajar menjadi pelajar cemerlang dari segi akademik dan sahsiahnya? Seperti ketam mengajar anaknya berjalan kan...

Mendidik bakal pendidik itu lebih susah dan pemilihan bakal pendidik tidak boleh dipandang enteng. Usah memandang kelayakan akademik semata-mata. Kelayakan dari segi agama dan akhlak perlu ditekankan. Ini pendapat orang kecil seperti saya, pemilihan bakal guru perlu melalui beberapa fasa yang lebih kritikal unuk memastikan yang terpilih adalah orang yang benar-benar layak untuk mendidik generasi akan datang... Pilih bakal pendidik seperti kamu memilih ibu untuk anak kamu...

Sekian, coretan untuk kali ini...


penaJannah
...takkan berhenti menari!!!





0 comments:

 
penaJannah - Templates para novo blogger