Terima kasih Cinta~

Friday, April 29, 2011

Pagi yang hening, nyaman dan damai. Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah atas nikmat pancaindera yang Kau kurniakan padaku, hamba-Mu yang hina. Nursakinah tersenyum sambil mata kasar menelusuri gelapnya pagi, mata hati bersuara, "Ya Allah, jangan sesekali Kau gelapkan hatiku sepertimana Kau gelapkan malam-malamku."

5:46. Suara azan sayup kedengaran dari masjid berhampiran, masjid yang indah dan unik. 'Itu masjid ke UFO?' Bukan sekali dua komen begitu kedengaran dari orang yang pertama kali melihatnya.Unik dan kreatif, semoga berguna untuk umat.

"Ya Allah, ku bersyukur kerana dibangun bersama nikmat-Mu masih melimpah untukku,tidak berkurang walau satu. Tuhanku, terangilah mata hatiku dengan hidayah-Mu sepertimana Kau menghadirkan cahaya mentari untuk menerangi bumi."

6:15. Tadarus Al-Quran. Nursakinah teringat,dia gagal menghabiskan bacaan juzuk 24 semalam. Perutnya meragam. Itulah akibat dari tabiat makan berlebihan. Nabi Muhammad melarang umatnya makan secara berlebihan. 'Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.' Jangan makan seperti orang kafir, 'Orang Islam makan dengan satu perut.Orang kafir makan dengan tujuh perut.' Namun,kealpaan sering hadir dalam diri manusia. Sesekali kesakitan datang sebagai ujian dan peringatan.

6:45. Ah, Mathurat!!! Baca ke tak?Akhirnya tangan Nursakinah tetap mencapai warkah kecil, tertulis Mathurat Sughra pemberian sahabat yang sama-sama menuntut ilmu dengannya. Membaca Mathurat bukan kebiasaan Nursakinah sebenarnya.Kadang kala saja warkah itu jadi bacaan pagi atau petangnya. Untuk memulakan sesuatu memang payah. 'Langkah seribu bermula dengan langkah pertama.' Meski payah dan terasa renyah pada mulanya, keazaman yang kuat akan memudahkan jalan untukberubah menjadi lebih baik.
'Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu tidak mengubahnya.'
Setiap perubahan bertitik tolak dari diri sendiri, dari hati. Nursakinah tetapkan tekad!

7:20. Sarapan pagi! 'It's the most important meal of the day...' Sambil menjamah roti berinti ikan bilis yang lazat, mata Nursakinah tertancap pada skrin tv,TV9 dihatiku... Rancangan kegemaran insan-insan yang suka bangun pagi, Tanyalah Ustaz. Sudah separuh jalan...tajuk apa ya? 'Disebalik kalimah cinta...' Wah, tajuk menarik! Pandai penerbit cari tajuk... Nursakinah mendengar dengan kusyuk. Persoalan-persoalan yang bersarang di fikirannya seperti terjawab,walaupun tidak kesemuanya.
"Orang yang bangun pagi memang murah rezekinya."Nursakinah tersenyum.

8:15. Pengembaraan bermula! Cuma tiada geng... Sambil menggalas beg laptop yang tiada laptop, Nursakinah memulakan langkahnya. 'Naik bas ke naik teksi? Bas lambat...teksi mahal.' Nursakinah terus berfikir sambil kakinya dihayun pada kelajuan biasa,tidak santai, tidak memecut. 'Baslah...dah lama tak naik bas...'

8.30. Tiba ditempat menunggu,kelihatan beberapa orang telah berada di situ. Setelah lenyap lelah yang tidak seberapa, Nursakinah mencari 'bekalan minda' yang sengaja dibawa bersama. Penantian satu kerugian jika tidak diisi dengan aktiviti berfaedah. 
Kata pepatah Arab,
'Masa lebih berharga dari emas.' 
Mengapa disia-siakan??? 


Hasil karya Dr Danial Zainal Abidin bertajuk 'Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden.' menjadi santapan minda Nursakinah hari ini. Sejak bila Nursakinah berminat dengan ilmu perubatan? Dulu cita-cita hendak jadi doktor agaknya... Anda tidak perlu bercita-cita untuk menjadi  doktor untuk mempelajari ilmu perubatan dan kesihatan. Dan tidak perlu menjadi pakar komputer untuk tahu tentang komputer. Ilmu Allah bukankah luas, seluasnya? Mengapa disempitkan? Mengapa hanya mencari ilmu berkaitan bidang pengajian masing-masing sahaja? 

Masa terasa laju berlalu pergi.Lebih laju dari bas yang membawa Nursakinah dan penumpang lain. Namun, tidak terasa lelah atau mengantuk saat menunggu dan menaiki bas kerana waktu-waktu emas terisi dengan membaca!

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Eh...'Terima Kasih Cinta' nyanyian Afgan!!!! Bait-bait lirik lagu itu dihayatinya. 'Cinta...' kali kedua ungkapan itu menghiasi hari Nursakinah. Satu-satunya kekasih yang takkan jemu mendengar,melihat, menerima dan memaafkan kekasihnya adalah Allah dan rasul-Nya.

Terima kasih cinta kerana tidak pernah meninggalkan aku sendiri.
Tidak pernak letih mendengar keluhan demi keluhan sanubariku.
Tidak pernah jemu memaafkan setiap kesalahanku,meski sudah berulang kali ku ucap kata taubat.
Terima kasih Cinta untuk segalanya....

Dari bas,kini Nursakinah menunggu komuter pula. Penantian kali kedua... Komuter dijangka tiba jam 9:20.
'Perhatian kepada semua penumpang KTM. Perjalanan komuter tergendala sebentar kerana terdapat gangguan teknikal di stesen sentral KL. Harap maklum.'

Gangguan,ujian,dugaan. Semua itu sebahagian dari rencah kehidupan. Tidak semua yang kita rancang akan menjadi seperti yang kita mahukan. Sesekali badan yang sihat menjadi sakit. Harta yang bertimbun kian berkurang. Insan kesayangan dijemput Ilahi,dan berbagai lagi corak ujian yang Allah janjikan untuk hamba-Nya. 'Allah tidak membebankan hamba-Nya melebihi kemampuan mereka.'
Kadang kala perjalanan yang singkat menjadi panjang lantaran ujian dan gangguan ini. 'Ujian adalah didikan Tuhan untuk menjadikan hamba-Nya lebih sabar.'

Sabar.Ucapan ringkas yang sukar diaplikasikan dalam kehidupan harian. Nursakinah masih tekun menghadam 'bekalan minda'nya tadi. Terdengar suara-suara rungutan dan keluhan. Mengeluh...apa yang mampu diubah dengan sebuah keluhan? Diam dan sabar lebih baik... ditambah dengan zikir,jiwa lebih tenang.

9:56. Komuter yang dinanti ramai penumpang tiba jua akhirnya.Alhamdulillah.Allah tidak pernah mensia-siakan kesabaran hamba-Nya.

Tiba-tiba tren berhenti,agak lama. Mungkin masih ada gangguan di stesen sentral KL. Lebih setengah jam tren tidak bergerak. Ujian...kadang kala berulang... Sabarlah hati...

11:26. Nursakinah tiba di destinasi.Perjalanan yang singkat,penuh dengan senyuman kerana adanya secebis kesabaran anugerah Ilahi...

Tamat~

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Satu Jalan Satu Pegangan

Monday, April 25, 2011

Asam di gunung, ikan di laut
Dalam hidangan bertemu jua
Pasti yang tersurat
Terbukti akhirnya

Asalnya bayang dari cahaya
Ada bayang zahirnya kita
Ada segala asalnya dia

Hmmmm... Dialah cinta
Kasihnya kita bina selamanya
Bersaksi nafas
Diam terhenti

Kasihnya kita misteri, misteri
Nampak berbeza
Hakikatnya serupa

Kau dan ku rela merasai
Pahit manis cinta di duniawi
Hidup mati jodoh dan pertemuan
Satu jalan dan satu pegangan
Takdirnya Tuhan menentukan

Kita diajar mengenal cinta
bukan seribu janji dan seribu kata
Kau ajarku kasih satu
Yang kunyanyikan sejak dulu
Diruang azali dan ini
Tetap bersatu oh... oh...

Sindiran dan cacian tak tertepis
Bagai angin yang datang
Tergoncangkah imanmu kerna cinta
Yang terpancar cahaya pasti nyata
Kekal abadi... 
ke syurga...



penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Gemilangkah?

Wednesday, April 20, 2011

Assalammualaikum semua=)

Mulakan harimu dengan puji dan syukur kepada yang tidak jemu memberi meski sering kali hamba-hamba-Nya ini lupa dan leka dalam mengingati-Nya...

Gemilang adalah tajuk drama bersiri yang menjadi tatapan saya dan mungkin ramai lagi penonton TV3 setiap Isnin 9 malam. Ini bukan entry promosi. Untuk apa promosi lagi, drama ini telah melabuhkan tirainya pada Isnin yang lepas. 

Sinopsis

1977 Sekolah swasta yang pertama di pedalaman yang diusahakan oleh seorang anak muda yang berwawasan. Matlamatnya mudah – untuk mengubah nasib anak-anak remaja yang gagal dalam pelajaran – tapi perjalanannya masih belum pasti.

Saifullah membuka Institut Gemilang supaya dia boleh memberi peluang kedua kepada pelajar-pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolahnya.


Dia tahu dia mampu untuk mengubah hidup pelajar-pelajarnya. Kalau bukan semua, sekurang-kurangnya sebahagian daripda mereka. Dia berjanji tidak akan berputus asa terhadap mereka asalkan mereka tidak berputus asa ke atas diri mereka sendiri.
Saifullah, Umar, Asma dan Ruhana adalah guru-guru yang pertama di sekolah itu di mana mereka akan bekerja sebaik mungkin untuk masa depan pelajar-pelajar mereka. Konflik, permusuhan, cinta dan benci akan hadir antara cikgu-cikgu ini.

(Sumber: tv3.com.my)

Drama ini mengingatkan kita betapa sukar dan payahnya datuk nenek kita selepas merdeka satu ketika dulu membina jati diri bangsa, daripada papa kepada berjaya, daripada bodoh kepada bijaksana. Drama ini juga mengingatkan kita jasa guru-guru yang bertungkus lumus mendidik dan mengajar kita serta mengingatkan guru-guru diluar sana akan tanggungjawab sebenar mereka. Watak guru-guru yang berdedikasi seperti Saifullah, Umar dan Asmah, amat dikagumi dan sentiasa diperlukan dalam arena pendidikan, tidak mengira masa, zaman atau  taraf hidup masyarakat.Jika dahulu, guru-guru berusaha memberi pendidikan demi membangunkan agama, bangsa dan negara, kini, dalam peredaran zaman yang kian moden, peranan seorang guru lebih mencabar.

Teringat beberapa dialog dalam drama ini: "Tak sangka kan, pelajar cemerlang seperti Saif, cuma memilih kerjaya cikgu.."dialog Halim, anak cikgu Talib yang juga seorang jurutera. Terasa kerjaya cikgu diperlekehkan atau dianggap kelas kedua berbanding kerjaya professional seperti jurutera, doktor dan sebagainya. Padahal...
"Tanpa guru-guru seperti Saif dan abah sendiri, tak mungkin adanya pelajar bijak pandai seperti Halim, sehingga berjaya menjadi seorang jurutera." dialog Cikgu Talib.

Ini pula dialog di alam nyata: "Saya nak jadi cikgulah. Senang. Masuk maktab dua tahun, dah boleh mengajar. Kerja senang, cuti pun banyak. Masuk universiti pun belum tentu dapat kerja." Cikgu, kerja senang... Mendidik anak bangsa kerja mudah... Berapa ramai agaknya yang berfikiran sebegini? Ramai..tetapi tidak semua...Niat dihati manusia hanya Allah yang tahu, biar Dia yang menilai...

Cikgu berkualiti...

Baru minggu lepas terpampang di dada akhbar dan tersiar di kaca tv, seorang guru membelasah pelajar sehingga koma dan akhirnya meninggal dunia. Beberapa hari lepas, seorang guru ditangkap atas tuduhan mengedar dadah. Dan banyak lagi kes melibatkan guru. Kes-kes ini yang diketahui umum melalui media, banyak lagi kes yang tersembungi. Malah, tingkah laku bakal guru di ipta amat membimbangkan. Bagaimana agaknya, bakal guru yang rosak akhlaknya, ingin mengajar dan mendidik pelajar menjadi pelajar cemerlang dari segi akademik dan sahsiahnya? Seperti ketam mengajar anaknya berjalan kan...

Mendidik bakal pendidik itu lebih susah dan pemilihan bakal pendidik tidak boleh dipandang enteng. Usah memandang kelayakan akademik semata-mata. Kelayakan dari segi agama dan akhlak perlu ditekankan. Ini pendapat orang kecil seperti saya, pemilihan bakal guru perlu melalui beberapa fasa yang lebih kritikal unuk memastikan yang terpilih adalah orang yang benar-benar layak untuk mendidik generasi akan datang... Pilih bakal pendidik seperti kamu memilih ibu untuk anak kamu...

Sekian, coretan untuk kali ini...


penaJannah
...takkan berhenti menari!!!





Wangian Kasturi~part 1

Thursday, April 14, 2011

‘Ya Allah, aku kini sendiri. Tiada ayah, tiada ibu. Pada siapa aku ingin mengadu, Ya Allah.’

Muhamad Akmal Hakim merenung rumah usang dan sunyi itu. Rumah yang tiada berpenghuni lagi. Tiada penghuni selain dirinya. Ayahnya telah lama tiada. Sebelum Akmal mampu melihat dunia, dia sudah bergelar yatim. Kini, sudah bergelar yatim piatu. Ibunya pula meninggal akibat kemalangan jalan raya. Langgar lari dan rompakan. Ke mana agaknya hilang keperimanusiaan manusia? Ibunya yang cedera dibiarkan terdampar kesakitan, tiada siapa membantu. Sudahlah begitu, duitnya pula diambil. Akmal menjadi marah dan kecewa pada siapa sahaja yang sanggup melakukan perkara itu pada ibunya. Ibunya gagal diselamatkan kerana cedera di kepalanya terlalu parah. Akmal pasrah dalam kecewa.

“Akmal, pergi ambil pakaian Akmal. Akmal tinggal saja di rumah nenek. Tiada siapa lagi di rumah ini.”

“Nenek pulanglah dulu. Akmal mahu tinggal di sini. Ini rumah Akmal. Ini satu-satunya harta yang ibu tinggalkan untuk Akmal. Akmal ingin terus di sini.”

“Terpulang pada Akmal. Nenek tidak memaksa. Tetapi kalau ada apa-apa yang Akmal perlukan, datang rumah nenek ye.”

Akmal hanya mengangguk. Nenek Salmah, jiran yang paling dekat dengan rumahnya. Nenek Salmah baik orangnya. Begitu juga anak-anaknya, abang Saifuddin dan kakak Fatimah. Mereka berdua juga sepertinya kini, anak yatim piatu.

“Akmal, menangislah kalau Akmal ingin menangis. Menangis sepuas-puasnya. Kakak faham apa yang Akmal rasa. Kehilangan kan? Rasa tak gunanya hidup lagi. Mesti Akmal tertanya-tanya, untuk apa lagi Akmal perlu hidup.” Kata kakak Fatimah ketika di hospital. Akmal tidak mengangguk, tidak juga menggeleng. Hanya pandangannya terpaku pada wajah lembut Fatimah.

“Kakak faham perasaan Akmal. Kakak dan abang Din pernah alami semua ini.”

“Tapi nasib kakak dan abang lebih baik. Kakak masih ada nenek Salmah. Akmal tiada sesiapa lagi.”

“Akmal ada kakak, abang Din dan nenek. Kami kan sudah seperti satu keluarga?”

Akmal diam.

“Akmal, ini adalah ujian untuk Akmal. Tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Percayalah, Allah tidak akan menguji hamba-Nya diluar kemampuan kita. Allah menguji Akmal kerana Akmal cukup kuat untuk hadapinya. Bila kehilangan orang yang kita sayang, kita kena pasrah, kita kena redha dengan ketentuan-Nya. Setiap orang disekeliling kita adalah pinjaman dari Allah, Dia boleh ambil bila-bila masa yang Dia mahu.”

“Terlalu awal kak. Terlalu awal Allah mengambil ayah dan ibu. Belum sempat Akmal mengenal ayah, ayah sudah pergi. Sekarang, Akmal belum puas rasa kasih ibu, ibu juga telah tiada. Terlalu awal, kak. Akmal tak mampu hidup sendiri.”

“Akmal tak pernah sendiri. Allah sentiasa bersama hamba-Nya yang taat, sabar dan tawakal. Percayalah pada-Nya.”

“Akmal tak mampu, kak.”

“Akmal mampu. Kakak percaya Akmal mampu tempuhi semua ini. Kalau kakak dan abang Din, dan ramai lagi anak yatim piatu di luar sana mampu teruskan hidup, mampu berdikari, kenapa tidak Akmal? Bangkitlah, dik. Hidup perlu diteruskan, walau apapun yang terjadi.”

‘Hidup perlu diteruskan, walau apapun yang terjadi.’ Terngiang-ngiang kata-kata itu, bagai kata-kata keramat yang mampu mengubat luka dihati Akmal. Akmal tekad untuk meneruskan hidupnya. Dia pernah berjanji dengan ibunya untuk menjadi insan yang berjaya. Akmal ingin menjadi ahli perniagaan. Dia ingin mengubah nasibnya yang miskin dan hina. Akmal juga berazam ingin mengubah nasib insan-insan sepertinya. Dia ingin menjadi tangan yang memberi bukan lagi tangan yang menerima.

...bersambung

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Dulu-dulu

Wednesday, April 13, 2011

Assalammualaikum semua~

Semoga semuanya ceria dan bahagia di bawah naungan payung rahmat-Nya.(^__^)

Dulu-dulu~nak imbas kenangan lagi...hehe

Kenangan 1
Semalam, atas sebab-sebab tertentu, ku terpaksa buka semula tesis zaman dulu-dulu, iaitu zaman degree.hehe~ Lama tesis berkenaan ku renung...hurmm... Ini tesis yang betul ke? Tangan inikah yang menaipnya? Kenapa aku tak percaya itu hasil kerja sendiri?
  • bahasanya sangatlah teruk. Maksud ku 'broken English'. Banyak errors.
  • format.huhu~ ikut format tapi tak sempurna.
Tesis berkenaan adalah hasil kerja ku selama seminggu (lebih kurang la). Walaupun hasil kerja ini tak sempurna di mata ku sendiri, tetapi berjaya menghabiskannya, menghantar dan disemak dalam masa yang singkat. Kenapa ku tak boleh begitu sekarang? Dan bila meneliti tesis itu dan membandingkan dengan research paper sekarang, sebenarnya banyak improvement, cuma bila kita berada di tempat yang sama, dalam jangka masa yang panjang, ada rasa macam 'tak berkembangnya diriku ini'. 

Moralnya~Sedarlah...banyak yang telah berubah terutama diri sendiri~

Kenangan 2

Sms diterima: Saya minta maaf awak. Hubungan kita hanya setakat ini. (bukan sms sebenar)

Pandangan mataku mula berpinar. Ada air hangat bergenang. Menunggu masa untuk mengalir. Tiba-tiba pintu kamar diketuk. Ah,discussion dengan Aina!!! Hampir terlupa... Aina terus masuk tanpa menunggu aku membukakan pintu. Bilikku umpama bilik Aina jugak... Ku pandang Aina dengan pandangan berkaca. 
"Kenapa nih" tanya Aina.
Aku tidak menunggu lama. Lantas memeluk Aina seeratnya. Ku lepaskan semuanya, air mata mengalir bagai tiada henti. Aina pasti kaget melihat aku seperti anak kecil yang kelaparan. Puas menangis, aku minta izin Aina untuk ke bilik air. Aku kesat air mata dan aku berwuduk. Hatiku tenang semula. Aku kembali ke bilik dengan bekas air mata yang jelas di wajah.
"Sorry pasal tadi. Orang okay dah. Jom buat assignment!"
Aku dan Aina teruskan diskusi kami yang tertangguh beberapa minit lantaran kejadian yang tidak diingini itu. Aina hanya menurut meski dalam benaknya bersarang pelbagai soalan.
-Tamat-
Moralnya:- Saya ingin menjadi secekal, sekental diriku yang dulu. Mampu terus melangkah dalam gundah...kerna yang dulu-dulu itu adalah diriku sendiri bukan orang lain!
Sekian...

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Jendela Hati~Firdaus

Monday, April 11, 2011

Aku ingin hidup secerah mentari pagi
Yang menyinari di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan

Aku ingin segala-galanya damai
Penuh mesra membuahkan ceria
Aku ingin menghapuskan duka dan lara
Melerai rindu di dalam dada

Sedamai pantai yang memutih
Sebersih titisan embun pagi
Dan ukhuwah ini pasti berputik
Menghias taman kasih yang harmoni

Seharum sewangi kasturi
Seindah ceria pelangi
Segalanyakan bermula di sini







p/s: lirik dia...macam kenal..hurmmm...lagu zaman remaja saya kot...hehe~ Enjoy!!! (^___^)/
penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Tanpa Cahaya

Friday, April 8, 2011

Kucuba untuk menawan 
setiap impian
Cuba untuk melawan 
tiap badai yang datang
Mampukah ku bertahan...

Kuteruskan melangkah 
dalam kelamnya malam
walau hatiku lelah
walau diriku lemah
Tuhan....beri aku kekuatan...

Tanpa Engkau aku kehilangan
dalam cerah aku kegelapan
Engkaulah cahaya terangi hidupku
Engkau sinari duniaku
Tanpa Engkau aku keresahan
dalam riuh aku kesunyian
Engkaulah irama
indah berlagu di jiwaku
di setiap nafasku...

Setiap persoalan
Kau berikan jawapan
Setiap keraguan
Kau titip keyakinan...
Teguh aku di sisi-Mu...

Adakala kulupa
pada yang mencipta
Leka dengan dunia
yang sering berdusta
Tuhan..beri aku keampunan...

Siapalah diriku
tanpa kasih sayang-Mu
hinanya diriku
tanpa belas dari-Mu
Tuhan...
bimbing aku ke syurga-Mu





penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Epilog Silam by Haikal

Friday, April 1, 2011


Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...
Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji

Tuhan...
Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...
Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati

Tuhan...
Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...




p/s:
Tuhanku, jangan Kau tarik kembali Hidayah yang telah Kau berikan kepada kami..
Andai kami kalah pada ujian-MU... rebah pada kealpaan...
sedarkanlah...bangkitkanlah kami ya Tuhan...Ampuni dosa-dosa kami...
meski kami tidak layak ke syurga-Mu...titipkan rahmat-Mu untuk ke syurga-Mu
siapalah kami tanpa belas ihsan-Mu Tuhanku..
jangan kau matikan kami dalam kekufuran...Amin...T_T

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

 
penaJannah - Templates para novo blogger