Thursday, August 26, 2010
Assalammualaikum...
Teman, kau mungkin berfikir aku mencari kesempurnaan dalam dirimu. Dan aku tidak menemui kesempurnaan itu dalam diri. Lantas ku pergi meninggalkan kamu. Tidak temanku. Mencari kesempurnaan dalam diri manusia yang penuh dengan kelemahan dan kealpaan, umpama mencari semut hitam di dalam gelapnya malam. Sukar, atau lebih tepat, mustahil untuk ditemui. Aku tidak mencari kesempurnaan dalam dirimu kerana aku jua manusia lemah yang serba kekurangan.
Teman, kutemui kamu di salah satu lorong hidupku. Mengenali kamu adalah rahmat buatku. Kau mengajarku bahawa kehidupan tidak pernah sunyi dari dugaan dan ujian. Aku melihat jalan suram yang telah kau lalui. Aku kagum, kau melaluinya dengan tabah. Terima kasih kerana mengajar aku menjadi lebih kuat.
Teman, meski kehidupan lampau mu tiada keindahan, tidak mustahil kau menemui kebahagiaan di masa depan mu. Aku melihat air mata penyesalan mu, meski kau cuba sembunyikan di sebalik kepulan asap rokok mu. Dan aku terlihat cahaya cerlang dalam dirimu, sebuah keikhlasan.
Temanku, insan yang baru kau kenali ini melihat potensi cemerlang dalam dirimu. Lantas lidah ini tidak mampu berdiam. Maaf andai teguranku mengguris hatimu. Sebagai insan, aku menyayangimu. Aku hanya ingin melihat kau berubah menjadi lebih baik. Aku ingin melihat sinar bahagia dari matamu.
Temanku, kisah silam mu yang kelam, jadikan ia bekalan untuk kau teruskan kehidupan. Mengapa terus hanyut dengan kesilapan semalam? Tentu kau berfikir, apa yang aku tahu tentang kehidupan? Aku menasihati kau seperti aku tahu segala-galanya. Tidak temanku. Terlalu banyak yang aku tidak tahu. Kehidupan adalah perjalanan yang panjang, tanpa henti menuju ke destinasi iaitu alam abadi.
Temanku, aku terpaksa pergi, bukan kerana aku membenci. Maafkan segala salah silap selama menjadi sahabatmu. Perjalanan aku jua masih jauh. Terlalu banyak perkara yang ingin aku pelajari. Hanya satu ingatan untukmu,
‘Manusia dilahirkan dengan fitrah yang suci dan bersih. Selagi pintu taubatNya belum tertutup, kembalilah kepada fitrah, kembalilah kepadaNya…’Terima kasih kerana menjadi salah satu episod dalam ceritera kehidupanku.
p/s: Buku ini ku hadiahkan untukmu. Sujud padaNya.
Teman yang menyayangimu.
16 comments:
buku yang bagusss...
mmg bagus...sila la baca...dah macam promoter dahh...hehe
saya sudah baca.. dan review.. dan promote.. haha
http://ibnmurad.blogspot.com/2010/06/iqra-formula-solat-sempurna.html
wahhh...review bergambar...bgs2...marilah kita menggalakkan masyarakat membaca...hehe
adik Jannah.. makasih kerna follow blog pakcik ya..
same2 pakcik.hehe
bila adik balik kmpg? cuti lama?
ahad nih...(^___^)/
lambat.. student lain mesti hari jumaat dah balik.. hehe... selamat jalan!
huhu...xtau nape amik tiket ari ahad...huhu
kalo blh nk blik skang jugak...
mesti adik jannah tak mau amik risiko 'terbalik' awal.. kalau lambat sikit selamat..
manatau kot2 ada perkara urgent kat upm.. biar supervisor cuti dulu.. baru kita boleh cuti.. balik lambat sikit, bila dah sunyi baru ada feel lebih sikit..
lambat2 pun awal la dari golongan yang berkerjaya...hehe
aik.. perli nampak... hehe
biasala.. kalau kerja jumaat baru mula cuti.. isnin dah kerja.. nak cuti awal kena amik cuti sendirian berhad..
mana jurnal article tu? kata nak siap sblm cuti?
bg supervisor baca la...huhu
apa tajuk? mesti dahsyat ni..
Post a Comment