Warkah buatmu teman

Thursday, August 26, 2010

Assalammualaikum...

Teman, kau mungkin berfikir aku mencari kesempurnaan dalam dirimu. Dan aku tidak menemui kesempurnaan itu dalam diri. Lantas ku pergi meninggalkan kamu. Tidak temanku. Mencari kesempurnaan dalam diri manusia yang penuh dengan kelemahan dan kealpaan, umpama mencari semut hitam di dalam gelapnya malam. Sukar, atau lebih tepat, mustahil untuk ditemui. Aku tidak mencari kesempurnaan dalam dirimu kerana aku jua manusia lemah yang serba kekurangan.

Teman, kutemui kamu di salah satu lorong hidupku. Mengenali kamu adalah rahmat buatku. Kau mengajarku bahawa kehidupan tidak pernah sunyi dari dugaan dan ujian. Aku melihat jalan suram yang telah kau lalui. Aku kagum, kau melaluinya dengan tabah. Terima kasih kerana mengajar aku menjadi lebih kuat.

Teman, meski kehidupan lampau mu tiada keindahan, tidak mustahil kau menemui kebahagiaan di masa depan mu. Aku melihat air mata penyesalan mu, meski kau cuba sembunyikan di sebalik kepulan asap rokok mu. Dan aku terlihat cahaya cerlang dalam dirimu, sebuah keikhlasan.

Temanku, insan yang baru kau kenali ini melihat potensi cemerlang dalam dirimu. Lantas lidah ini tidak mampu berdiam. Maaf andai teguranku mengguris hatimu. Sebagai insan, aku menyayangimu.  Aku hanya ingin melihat kau berubah menjadi lebih baik. Aku ingin melihat sinar bahagia dari matamu.

Temanku, kisah silam mu yang kelam, jadikan ia bekalan untuk kau teruskan kehidupan. Mengapa terus hanyut dengan kesilapan semalam? Tentu kau berfikir, apa yang aku tahu tentang kehidupan? Aku menasihati kau seperti aku tahu segala-galanya. Tidak temanku. Terlalu banyak yang aku tidak tahu. Kehidupan adalah perjalanan yang panjang, tanpa henti menuju ke destinasi iaitu alam abadi.

Temanku, aku terpaksa pergi, bukan kerana aku membenci. Maafkan segala salah silap selama menjadi sahabatmu. Perjalanan aku jua masih jauh. Terlalu banyak perkara yang ingin aku pelajari. Hanya satu ingatan untukmu,

‘Manusia dilahirkan dengan fitrah yang suci dan bersih. Selagi pintu taubatNya belum tertutup, kembalilah kepada fitrah, kembalilah kepadaNya…’
Terima kasih kerana menjadi salah satu episod dalam ceritera kehidupanku.


p/s: Buku ini ku hadiahkan  untukmu. Sujud padaNya.



Teman yang menyayangimu.

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

16 comments:

Putera Bongsu said...

buku yang bagusss...

jannah said...

mmg bagus...sila la baca...dah macam promoter dahh...hehe

Putera Bongsu said...

saya sudah baca.. dan review.. dan promote.. haha

http://ibnmurad.blogspot.com/2010/06/iqra-formula-solat-sempurna.html

jannah said...

wahhh...review bergambar...bgs2...marilah kita menggalakkan masyarakat membaca...hehe

Putera Bongsu said...

adik Jannah.. makasih kerna follow blog pakcik ya..

jannah said...

same2 pakcik.hehe

Putera Bongsu said...

bila adik balik kmpg? cuti lama?

jannah said...

ahad nih...(^___^)/

Putera Bongsu said...

lambat.. student lain mesti hari jumaat dah balik.. hehe... selamat jalan!

jannah said...

huhu...xtau nape amik tiket ari ahad...huhu
kalo blh nk blik skang jugak...

Putera Bongsu said...

mesti adik jannah tak mau amik risiko 'terbalik' awal.. kalau lambat sikit selamat..

manatau kot2 ada perkara urgent kat upm.. biar supervisor cuti dulu.. baru kita boleh cuti.. balik lambat sikit, bila dah sunyi baru ada feel lebih sikit..

jannah said...

lambat2 pun awal la dari golongan yang berkerjaya...hehe

Putera Bongsu said...

aik.. perli nampak... hehe

biasala.. kalau kerja jumaat baru mula cuti.. isnin dah kerja.. nak cuti awal kena amik cuti sendirian berhad..

Putera Bongsu said...

mana jurnal article tu? kata nak siap sblm cuti?

jannah said...

bg supervisor baca la...huhu

Putera Bongsu said...

apa tajuk? mesti dahsyat ni..

 
penaJannah - Templates para novo blogger