Hanya Kau yang mampu

Friday, August 20, 2010


2:15 pagi.

Mataku tak mampu terlelap lagi.
lantas ku bangkit dari pembaringan.
meski ada suara malas bersahutan dalam diri.
ingin sahaja aku turuti.
terus melayani mimpi.
namun hati ini merindui Mu.
begitu rindu ingin berdialog denganMu.
sungguh aku tak berdaya tanpaMu.

Ku sucikan diriku.
moga bersih juga hatiku.
kerna ku tahu.
Kau hanya memandang hati hambaMu.
bukan luaran yang sering menipu.
Oh Tuhan,
moga aku layak menghadapMu.
Engkau yang Maha Menyayangi.

Ku berdiri menghadapMu.
mengharap ketenangan dari kalimahMu.
mengharap keampunan untuk setiap kelalaianMu.
sungguh aku hanya hambaMu yang lemah.
ampuni daku ya Tuhan yang Maha Pengampun.

Ku sujud padaMu Tuhan.
rendahkan diriku dihadapan Mu.
kerna ku tahu siapa aku di sisiMu.
hambaMu yang hina, sering khilaf,
sering jua terlupa untuk bersyukur
pada nikmat yang Kau anugerahkan.
dalam sujud yang panjang.
ku berserah padaMU Tuhan.

Aku mencari diriku sendiri.
dalam kepekatan malam.
mengharap sinar petunjuk dariMu.
tunjukkan daku ke jalan redhaMu.
bimbing daku ya Tuhan.
iringi langkah ku di persinggahan ini.
agar aku kuat di kesesatan.
tidak tersungkur di lembah kehinaan.

Dalam doa yang panjang.
ku mengadu padaMu.
jerih perih hidupku.
hidup yang Kau takdirkan untukku,
bukan mudah.
ujian yang Kau hamparkan buatku,
sering membuat aku lemah.
lantas aku memohon kekuatan dariMu.
kerna hanya Kau yang mampu.
membuat ku tersenyum dalam tangisan.

Oh Tuhan,
dunia yang fana menjadi taruhan.
segala amalan jadi hitungan.
layakkah aku menghuni syurgaMu Tuhan?
kerna ku tak mampu.
merana di nerakaMu.
Tuhan,
meski sujud ku terkadang cacat.
tidak sesempurna sujud kekasihMu.
doa ku tidak indah.
seperti doa para wali.
terimalah penyerahan ini.
kerna hanya Kau yang mampu.

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

7 comments:

Putera Bongsu said...

salam.. tgk tajuk ingatkan lagu Aizat..

jannah said...

salam...
put jgn tertipu...hehe

Putera Bongsu said...

apa cerita 2.15 pagi ni.. tahajjud ka terkejut.. hehe..

jannah said...

can be both... eh empat la...
terkejut..tahajud...research...sahur..hehe

Putera Bongsu said...

wow hebat... berapa banyak paper dah siap ni...

Inspire by Alia_Zairi said...

tatkala hati tgh resah...gelish...sakit dgn dugaan yg ditimpakan...pabila terbaca nukilan akak, hati ni terfikir seketika..sy hanya insan yg amat lemah dan bodoh kerana meratapi dugaan yg di hadiahkn olehNYA dgn menangis...amatlh bodoh...tp kuat ker sy terima semua dugaan yg dtg???

jannah said...

putera~tengah usaha siapkn jurnal sebelum cuti raya...hehe kalau tak siap tak senang hati nak raya...

Alia~apsal nama alia????hehe akak tak pasti masalah apa yang kamu hadapi sekarang. akak baca status fb kamu macam sangat berat masalah tu. kalau nak luahkan apa2 akak ada kat UPM(sementara akak ada upm lg kan..hehe)

Dugaan atau ujian dari Allah SWT untuk menguji kekuatan iman hambaNya. Tanpa ujian dariNya mungkin tak nampak potensi yang tersembunyi dalam diri kita. Menangis bila hadapi ujian bukan bermakna kita lemah. Lepaskan kesedihan tu. Menangis salah satu cara untuk melepaskan kesedihan. tapi jangan sampai jadi kasim selamat pula.hehe... akak nak alia ingat satu perkara, "Allah memberi ujian mengikut kemampuan hambaNya." Alia dipilih untuk diuji, bukan akak atau orang lain, sebab cuma Alia mampu hadapi ujian ini. Alia ada kekuatan untuk menempuhi ujian ini. Akak tak salah kan???

beberapa tips dari akak macam mana nak berdepan dengan ujian berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain:
-bertenang. Cara paling efektif untuk dapat ketenangan adalah dengan Solat. jaga solat fardhu dan perbanyakkan solat sunat. kedua, baca atau dengar bacaan Al-Quran. Kenapa hanya mendengar? kadang2 kita terlalu sedih sampai tak mampu untuk membaca al-Quran dengan betul. ketiga, jangan memendam perasaan. cerita masalah pada sahabat2 yang kamu percayai. seorang wanita akan mudah stress bila terlalu memendam perasaan/masalah. jadi luahkan... dan sekiranya sampai satu tahap tak ada manusia dalam dunia ni yang bersedia jadi pendengar masalah kamu, jangan lupa pada Dia yang Maha Mendengar. Luahkan pada Dia yang takkan jemu mendengar.

satu je tips akak bagi???hehe

pada akak "Jiwa yang tenang mampu mengharungi segala dugaan."

ok??? kalau ada apa2 datang jumpa akak...(^_^)/

 
penaJannah - Templates para novo blogger