Thursday, July 29, 2010
ishhh...lama tak p pantai..huhu |
‘KALAU’… Saban hari, dalam sedar atau pun tidak, perkataan ini sering terbit dari bibir kita .
Seorang isteri merungut: ‘Kalaulah saya tak bersuamikan abang…’
Seorang pekerja berkata: ‘Kalaulah aku tak terima kerja ni…’
Seorang ayah bersuara: ‘Kalaulah aku bertegas dengan anak-anak…’
Seorang pelajar mengeluh: ’Kalaulah aku tak ambil course ni…’
(Sila sambung sendiri yer…=))
Dan macam-macam ‘kalau’ lagi dapat didengari atau terbaca di dada akhbar hampir setiap hari. Perkataan ‘kalau’ sering digunakan untuk meluahkan kekesalan setelah kenyataan tidak berlangsung seindah impian. Dengan kata mudahnya, apabila kita ditimpa musibah.
Saya ambil empat contoh di atas. Si isteri mula bersungut kerana mendapat suami yang pemalas atau kaki pukul atau kaki judi, atau mungkin miskin dan mungkin juga kerana suaminya sakit. Seorang pekerja mula menyesal tindakannya menerima kerja tersebut mungkin kerana mendapat bos yang cerewet dan menyusahkan atau mungkin kerana terlalu banyak dilambakkan di hadapan anda sehingga tiada masa untuk berehat, anda terasa seperti mesin bernyawa. Si ayah mula bersungut, “Kalaulah aku bertegas dengan anak-anak, tentu tak ada anak aku yang masuk pusat serenti, menconteng arang ke muka aku.” Dan sebagai pelajar,”Apasal la aku ambil course ni? Bukan minat sangat pun. Dah la susah nak score. Kalaulah la aku ambil course lain…”
Rungutan demi rungutan saban waktu. Saya sendiri tak terkecuali dari merungut serta menyesali tindakan lampau. Setiap kali kita dihadapkan dengan masalah atau musibah dan kita merungut…pernahkah rungutan itu meringankan beban dihati? Atau selesaikah masalah dengan bersungut? Jawapan: TIDAK… malah dengan merungut, beban yang kita pikul semakin berat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“…Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata, sekiranya(kalau) aku melakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku, tetapi katakanlah, itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendakiNya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan”-Riwayat MuslimDengan itu, pabila kita dilanda musibah, redhalah dengan ketentuan takdirNya kerana Allah tidak akan memberikan ujian melebihi kemampuan hambaNya. Semaikan dalam hati bahawa Allah menurunkan ujian pada kita atas rasa cintaNya supaya kita menjadi hambaNya yang lebih tabah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Pada saat Allah jatuh cinta pada sekelompok orang, maka Allah akan mengujinya. Kerananya, siapa yang bersabar (menerima ujian Allah itu), maka dia akan mendapatkan (pahala) kesabarannya itu. Siapa yang berputus asa, maka dia mendapat keputusannya.” –Riwayat Ahmad
‘Kalau’ juga sering digunakan dalam ayat seperti:
‘Kalaulah aku kaya…’ atau
‘Kalaulah aku bijak…’ atau
‘Kalaulah aku cantik…’ dan macam-macam lagi. Sepertinya kita tak bersyukur dengan apa yang telah kita miliki.
Ada individu telah usaha semaksima mungkin dalam kerjaya, tetapi masih ditakuk lama, tak juga berjaya atau kaya seperti orang lain. Ada anak-anak yang menyesali nasibnya yang memiliki keluarga yang miskin. Tak mampu membeli apa yang diingini, tidak seperti rakan-rakan sebaya yang lain. Ada individu yang merasa rendah diri kerana dirinya yang kurang bijak atau ‘lampi’(lambat pick up) berbanding yang lain. Dan ada yang merasa kurang yakin kerana dirinya yang tidak cantik(secara fizikalnya).
Sekali lagi, perkataan ‘kalau’ yang digunakan member kesan negatif pada kita.
Dilahirkan miskin, bagi saya adalah anugerah yang tak mampu dinilai dengan mata kasar manusia tetapi perlu dilihat dengan hati. Dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan menjadikan seseorang individu itu lebih berdikari, lebih matang dan lebih kreatif. Berapa ramai remaja yang telah terlibat dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah, bukan sahaja tidak mengabaikan pelajaran tetapi berjaya mengurangkan beban keluarga. Saya teringat kata-kata mak sewaktu saya di bangku sekolah:”Mak dengan pak hang tak dak harta nak bagi kat hangpa semua. Kalau hangpa nak berjaya, nak senang nanti, hangpa belajaq la sungguh-sungguh. Ilmu ja boleh ubah nasib kita.” Kemiskinan adalah azimat untuk berjaya di masa depan.
Kepandaian. Bagaimana mengukur kepandaian seseorang? Melalui peperiksaan? Kepandaian dari segi akademik mungkin dapat diukur melalui pencapaian dalam peperiksaan atau CGPA. Tetapi kebijaksaan seseorang terlalu subjektif, terlalu luas tak mampu dinilai melalui peperiksaan sahaja. Lain padang lain belalang. Setiap individu memiliki kelebihan atau kebolehan masing-masing. Tidak cemerlang dalam pelajaran, bukan bermakna kita gagal dalam kehidupan. Tidak berada dimenara gading bukan bermaksud kita takkan berjaya dalam hidup. Berapa ramai graduan university yang gagal dalam hidup? Dan ramai usahawan yang berjaya dalam peniagaan tanpa perlu memiliki segulung ijazah. Bersyukur dengan kelebihan yang kita miliki dan gunakan kelebihan itu untuk Berjaya dalam hidup.
Kecantikan. Saya pernah dengar kaset ceramah motivasi oleh Dato’ Dr Fadhilah Kamsah tentang kelemahan diri(saya tak ingat tajuknya…huhu) Antara intipati ceramah beliau:
‘Bersyukurlah kerana anda tidak cantik kerana orang yang cantik ni banyak masalah. Cuba baca novel, tengok filem/drama di tv, semua pasal orang cantik. Yang terlibat dalam cinta tiga segi, orang cantik. Macam-macam konflik dalam novel pun semua melibatkan orang-orang cantik.’ (hehe…betulkah ayatku ini..)
Ada lagi individu yang merungut: ‘Saya tak cantik, susah nak cari pasangan hidup.’ Allah menjadikan manusia berpasang pasangan dan masih ramai celik hatinya, memilih kecantikan dalaman yang kekal berbanding kecantikan luaran yang bakal punah dimamah usia. Dan bersyukurlah anda tidak cantik kerana jika ada insan yang menyayang anda, kasih sayangnya bukan kerana paras rupa.
Perghhh…macam buat karangan Bahasa Melayu SPM dah nih.huhu….(dengan ayat yang skema…jannah jannah…=P)
Apa-apapun, ini ingatan untuk semua termasuk diri saya sendiri. Hilangkan ‘kalau’ dalam kamus kehidupan kita. Bersabar dan tabah menghadapi musibah serta bersyukur dengan segala yang kita miliki.
Akhir kata…”Sayangilah usia kita kerana sekali ia pergi tidak akan ada pengulangan kembali…”=D
penaJannah
…takkan berhenti menari!!!
7 comments:
dah grad nanti tulih buku pulak noo.. baguih
sblm tulih buku kena la abiskan cerpen2 dalam blog ni dlo...lama btl tertangguh...
xsabo nk dgr supervisor ckp 'kamu blh mula writing'hehe...paiting paiting =D
takkan tunggu writing thesis kot.. tak tulis conference/jurnal paper? bagus untuk memudahkan masa menulis thesis...
research paper dah tulis. skang pon ngah tulis jurnal, lg 2 rsnya sblm tulis tesis. menulis bkn kerja mudah kan?
mmg tak mudah. especially nak masuk jurnal bukan senang.. kena teliti..
jangan kecewa saat terima komen2 reviewer...
paiting paiting =D
p/s: nak mintak tolong cek paper pun buleh..
wah...ada org volunteer nk jd supervisor saya...suka3...hehe
eh.. bukan supervisor (bukan bidang saya). Tapi kalau nak tolong sikit bg idea atau cek paper boleh lah.. FOC.
p/s: kadang2 kita tak nampak kesalahan dalam paper kita melainkan selepas bagi orang lain baca...
Post a Comment