Bila harus memilih

Friday, June 18, 2010


Assalammualaikum semua~hehe


Tajuk kali ni 'Bila harus memilih' hehe...macam tajuk lagu pun ada kan. hidup ini dipenuhi dengan proses membuat keputusan atau membuat pilihan..kan? Bangun tidur je dah kena pilih: nak bgn ke tak nih? (padahal tak ada pilihan pun sebab kena bangun solat subuh dan pergi kerja untuk yang bekerja, pergi kelas untuk yang masih belajar...huhu) Buka mata je, proses membuat keputusan pun bermula. Ada seorang teman (yang lebih banyak pengalaman hidup dari saya) pernah berkata, 'Cuba cari jalan supaya kita tak perlu buat banyak buat pilihan.' Betul ke ayat nih???huhu
'Macam mana tuh???' saya bertanya kepada beliau.
'Susah nak terangkan.' Jawapan beliau. cehs...=___="

Saya faham apa yang cuba beliau katakan, tetapi kita memang dihadapkan dengan bermacam pilihan dalam mengharungi hidup ini. Dari sekecil-kecil perkara (seperti nak makan ke nak diet) hinggalah ke perkara yang besar (seperti nak kawin dengan si A ke dengan si B)haha... Pada saya, kita tak boleh lari dari membuat pilihan, dan pilihan itulah yang menentukan masa depan kita...

Pernah tak dihadapkan dengan pilihan yang sama atau hampir sama, tetapi cara kita membuat pilihan kadang kala berlainan? Sudah banyak kali terjadi pada saya. Dihadapkan dengan pilihan yang sama, situasi pun hampir sama, tapi cara saya menghadapinya sangat berlainan. Kenapa??? Sebab pengalaman banyak mengajar dan mengubah cara kita berfikir. Dan pengalaman yang paling berharga adalah pengalaman membuat pilihan yang salah. Pilihan yang salah ada impak negatif dan positif dalam hidup saya. Impak negatif, buat saya takut untuk membuat pilihan, risau, banyak berfikir. Impak positif, saya belajar dari kesilapan. Seingat saya, dulu, lebih kurang 5,6 tahun yang lepas, saya sangat mudah dan cepat dalam membuat keputusan atau pilihan, sangat yakin dengan pilihan saya. Walaupun, ada suara-suara yang meningkah pilihan saya. Saya ikut kata hati. Kata hati tak pernah menipu... Menyesal??? Tak... Sebab kita perlu membuat beberapa pilihan yang salah untuk membuat satu pilihan yang betul. beberapa pilihan yang salah telah mengajar saya erti BERSABAR dalam membuat keputusan... 

Teringat lagu di bawah..hehe.. suratan atau kebetulan...tiada yang kebetulan dalam pengaturanNya.=)
Jadi nasihat untuk semua dan diri sendiri, jangan takut untuk membuat pilihan!!!
Walau ada yang akan terluka, kadang kala kita tak mampu melihat keindahan disebalik kelukaan.
ok itu je...i need to recharge..so i'm going HOME!!!! haha... lebih tepat lagi, saya mencari ketenangan untuk teruskan langkah ini...mencari kekuatan dari wajah-wajah yang tersayang...
Sekian...

penajannah
...takkan berhenti menari!!!



6 comments:

shu said...

aku dapat ketenangan bile bagi ikan kat bwh blog ko ni mkn...muahahahahahahhaahhaha

jannah said...

sila la bg ikan2 tersebut mkn lg...haha

محمد امين الدين مراد said...

lagu yang bagus... ^__^

jannah said...

selamat mendengar ^__^\/

bada said...

shu, ko tipu la...

ak xtenang pn bg ikan kt bawah nie..
diorg xtgk ak pun..penat ak bg...

jannah said...

ye la cik kema...nanti saya bela biawak lak dlm blog ini...huhu

 
penaJannah - Templates para novo blogger