Masalah

Wednesday, June 2, 2010

Assalammualaikum~

lama tak menulis di sini. Sibuk pindah ke tempat baru, saya harap lebih baik dari tempat lama.
Kadang2 sesuatu yang kejadian yang membuat kita sedih, menangis, rasa lemah, sebenarnya membawa kebaikan untuk kita kan. Kadang kala kita terlalu fokus pada kelemahan, keburukan dan kesalahan sesuatu tanpa sedar kita terlepas pandang kecantikan, keindahan, dan kebaikan. Satu kertas putih bersih, bila kita conteng sedikit saja, kita akan fokus pada contengan yang sedikit itu kan, dan melupakan banyak lagi ruang kosong yang masih putih bersih, tak tercemar.

Bukan itu yang saya nak bebelkan di sini, mungkin ada kaitan...

Masalah... itu tajuknya. Skop terlalu luas kan?
 Kerna tiada seorang manusia pun di atas muka bumi ini yang tidak pernah 'tiada masalah'. Jika anda bermasalah, tahniah2..anda insan normal... =P

dan jika anda masih tenang dalam susah, anda adalah insan normal dan hebat. (dah macam buku motivasi pulak...)

Macam2 cara kita uruskan atau selesaikan masalah masing2. Cara saya???
Saya selalu diam bila bermasalah.
diam saya bermaksud 'SAYA SEDANG BERFIKIR'...heee atau 'SAYA SEDANG BERUSAHA UNTUK BERTENANG'...haha...kenapa saya diam???
sebab 'terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata,hurmmmm...'
tapi itu tak bermakna saya akan pendam masalah saya sampai basi. Manusia biasa yang lemah macam saya ni, tak mampu hidup sendiri. masalah mungkin takkan selesai dengan meluahkan perasaan tapi bercakap dengan seseorang buat kita rasa tenang..kan? sama jugak macam membebel di sini...hehe
Kadang2 kita tak nak atau tak mampu luahkan masalah kita pada orang lain sebab selalu fikir 'AKU YANG TANGGUNG MASALAH NI, BEBAN NI, AKU SAHAJA YANG PAHAM'. Pernah rasa macam tu???

saya sendiri pernah rasa macam tu..
tapi...orang luar yang tak menanggung masalah kita, beban kita, kesedihan kita, akan faham masalah kita secara logik bukan emosi, kerana dia bukan di tempat kita. Emosi...kadang kala menghalang mata kita dari melihat jalan yang terang di depan.

hmmm...dah lewat dahhh...Selamat malam...(^__^)/
maaf..ayat saya tak berapa tersusun...hehe

penajannah
..takkan berhenti menari!!!

0 comments:

 
penaJannah - Templates para novo blogger