Showing posts with label theBook. Show all posts
Showing posts with label theBook. Show all posts

7 dalam 1~

Sunday, July 31, 2011

Assalammualaikum semua~
Semoga sihat semuanya, fizikal, mental dan spiritual, di bawah limpahan rahmat Ilahi, insyaAllah.


Lama penajannah tidak menari. Maaf, kesibukan mula menghambat saya. Namun, penajannah takkan  berhenti menari, selagi kudrat masih ada, selagi tubuh masih bernyawa. 


7 dalam 1??? Macam iklan syampu...( Ada ke syampu 7 dalam 1???hehe~) Sebenarnya banyak perkara yang bersarang dalam fikiran, tetapi gagal diluahkan dalam bentuk kata-kata dalam blog ini. Jadi, saya kompil 7 kisah dalam 1 post..itulah 7 dalam 1..~Kenapa 7? Sebab sekarang masih bulan Julai...


Mari mulakan!!!!!


SATU: Kita lain....
Saya bukan pakar komunikasi tetapi ilmu tentang komunikasi penting untuk semua. Semua orang perlu berkomunikasi dalam kehidupan. Dengan pengalaman yang tidak seberapa, saya dapat simpulkan tiga perkara asas yang perlu ada dalam minda kita apabila berkomunikasi. 


Pertama, orang lain tiada kuasa membaca pemikiran kita. Oleh itu, luahkan apa yang ingin kita sampaikan. Jangan memendam rasa. Rasa marah, tidak puas hati, geram atau benci... zahirkan dalam bentuk kata-kata. Apabila si A marah pada si B dan si A memendam rasa. Si A cuba menunjukkan dalam bentuk bahasa tubuh atau body language, dengan menarik muka semasam cuka dan sebagainya, si B belum tentu akan faham. Bukan semua orang faham bahasa tubuh. Kalau faham sekali pun, mungkin si B jenis yang tidak ambil kisah. Apa jadi? Si A akan menanggung beban perasaan sendirian. 


Kedua, belajar mendengar. Komunikasi dua hala memerlukan proses bercakap dan mendengar. Pada saya, proses mendengar sangat penting. Dengan mendengar dengan baik, salah faham dapat dielakkan.


Ketiga, tiada dua manusia sama dalam dunia ini. Kita semua unik, bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi cara berfikir. Setiap orang ada persepsi sendiri kerana kita dilahirkan dalam keluarga yang berbeza, dibesarkan dengan cara berbeza, memiliki pengalaman hidup yang berbeza. Kita lain... Jadi, jangan terlalu berharap orang lain berfikir sama seperti kita. Masalah kecil untuk kita, mungkin masalah besar untuk orang lain. Jangan cepat melatah apabila berdepan dengan perbezaan pendapat. Kita lain...


DUA: Teruskanlah....
Tajuk lagu Agnes Monica.... ya betul!!! Tapi tiada kaitan dengan post ini. Harap maklum. 
Teruskanlah berjalan tanpa henti walau apapun yang terjadi... kita layan lagu dulu!!!!





TIGA: Persoalan...
A: Awak dulu sekolah agama ke?
B: Tidak. Kenapa awak ingat saya sekolah agama?
A: Awak nampak macam budak sekolah agama. Banyak yang awak tahu pasal agama.
B: Banyakkkkkk lagi yang saya tak tahu. Kena jadi pelajar sekolah ke untuk belajar agama? Bukankah ilmu agama tu wajib dituntut oleh setiap umat Islam?
A: Betul jugakkkk...
B: =___=


EMPAT: Baru dan lama...
Untuk pengetahuan semua, saya baru memulakan kehidupan baru di tempat lama. Bahagianya dapat kembali ke negeri sendiri, Pulau Pinang... Ada apa di Pulau Pinang yang KL tak ada? Harga barang di sana mahal... di sana tak ada monorel...klcc...midvalley...dan macam-macam lagi. For me, doesn't matter where you're, its who you with... Insan-insan kesayangan saya di sini, sebab itu, its feels like heaven...(^__^)/


LIMA: Research oh research...
For your information,for those who don't know, i've studied in UPM, Serdang, Master in Computer Science and i'm doing research. 
Well, what is research actually? Put it in simple word...developing new things...that's research. I've spend 4 years doing research for my study (what a long period~~~~). Within that time, i keep searching for a good motivator to continuously doing research. Research required a lot of reading, thinking, experiments...writing, get scold with your supervisors...and redo your work again and again. Very tedious work... I need a good motivator...

  • For study?? To get master or Ph.D? I don't think so...
  • To get high salary??? Definitely no...
After a month in working area, which i need to do research works again and again, I've found a great motivator. Well, research always comes with development, Research and Development. It's good to know that research going to be a product in market, which people can use and evaluate, rather than doing research, write a thesis and then obtain your Ph.D. Opss...I'm talking about research in IT field only. 


R&D is very important for all country in the world. That's why the government allocate huge amount of money for R&D. Researchers keep working every day and night to develop the country. Such a waste when your research only exist in your thesis!!!


SIX eh...ENAM: Jodoh???
Saya hampir lupa umur makin bertambah, maklumlah saya nampak muda..hehe~ Sejak kebelakangan ini persoalan berkenaan kerap hadir tanpa diundang... Terus terang, hati saya belum terbuka untuk sesiapa...Mungkin belum masanya. Saya percaya apabila tiba masanya, Dia akan permudahkan segalanya. Lagipun, banyak perkara yang belum diselesaikan. Ada juga suara sumbang bertanya, "Tak takut jadi andartu ke?" 
Jawapan saya mudah: "Mestilah tak... Jadi andartu bukan masuk neraka..."
Apa-apapun, doakan saya bertemu jodoh yang soleh dan berilmu, yang mampu menjadi imam saya di dunia dan di akhirat~


TUJUH: Rindunya..........
11 bulan berpisah... Tak sabarnya nak jumpa... rindu sangat....T__T...Siapa??? Bulan ramadhan la...bulan penuh barakah... Semoga ramadhan kali ini menjadi lebih baik untuk kita semua. Nak berkongsi bahan bacaan...

Travelog Ramadan Al-Mubarak: Menyingkap Tabir Hamba Dan Pencipta



http://www.pts.com.my/index.php/buku/travelog-ramadan-menyingkap-tabir-hamba-dan-pencipta/


Satu ayat yang terngiang-ngiang di minda saya: 
"Kalau dalam bulan Ramadhan tak berubah menjadi lebih baik, bila lagi?" Saya sokong!!! Universiti Ramadhan... bulan untuk kita semua muhasabah dan mentarbiyah diri. 
"Nak berubah, tapi tak tahu kenapa tak boleh.." inilah antara jawapan apabila ditanya, "Bila nak berubah ni?" 

Apa kata gunakan kesempatan di bulan Ramadhan ini, untuk berubah menjadi lebih baik. Bulan di mana rahmat Tuhan mencurah-curah. Syaitan hilang kuasa menghasut minda dan hati kita. Tinggallah nafsu yang sering beraja di jiwa. Mari berubah!!!!

Ok...akhirnya tamat jua post '7 dalam 1'. Susah jugak menulis panjang-panjang ni. Sempena kedatangan Ramadhan al-Mubarak, saya mohon ampun dan maaf andai ada hati yang tersinggung dengan kata-kata saya. 

Last but not least...
Selamat menjalani pesta ibadah di bulan Ramadhan... 
"Beribadatlah seperti ini Ramadhan yang terakhir untuk kita.."

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Jom Belajar Sejarah!!!

Wednesday, September 22, 2010


Abdul Latip Talib atau lebih dikenali sebagai Pak Latip, nama yang tidak asing lagi dalam arena penulisan novel sejarah di Malaysia, sehingga diiktiraf sebagai Penulis Novel Sejarah No. 1 Malaysia. Umar Abdul Aziz, Bayangan Khalifah al Rasyidin telah diterbitkan sebanyak dua kali pada tahun 2010. Novel sejarah yang mengandungi 28 bab ini menceritakan tentang Umar Abdul Aziz dan mengapa beliau dianggap sebagai bayangan Khalifah al Rasyidin.

Sinopsis Buku:
Semasa hidupnya, Khalifah Umar al Khattab selalu berdoa. “Wahai Tuhanku, kurniakan aku zuriat yang menguatkan Islam.”

Doa Khalifah Umar al Khattab termakbul dengan lahirnya Umar bin Abdul Aziz atau nama sebenarnya Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakan bin Ash bin Umaiyah bin Abdi Syams. Ibunya bernama Laila Ummu Asyim binti Asyim bin Umaral Khattab, khalifah al Rasyidin yang kedua.
Beliau lahir pada tahun 63 hijrah/684 masihi di Kota Madinah ketika tentera Yazid bin Muawiyah dari Damsyik menyerang kota suci tersebut.

Selepas menjadi khalifah, Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangkan menyamai keadilan pada zaman datuknya, Khalifah Umar al Khattab yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim.

Umar Abdul Aziz sebagai khalifah:

•    Beliau seorang yang mentaati perintah Allah SWT dan berusaha keras menjauhi laranganNya. Mendirikan solat merupakan nasihat/perintah beliau kepada semua rakyat terutama kepada pembesar dan tentera Islam. Daripada Zaid bin Aslam menceritakan yang Anas bin Malik berkata, “Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah yang mana solat imam itu menyamai solat Rasullulah, melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah.”
•    Beliau seorang pemerintah yang amanah. Beliau tidak pernah menggunakan harta baitulmal untuk kegunaan peribadi serta menegah sekerasnya ahli keluarga beliau mengambil harta baitulmal hatta sebiji epal sekali pun. Beliau juga telah memulangkan semua tanah yang dirampas oleh pemerintah sebelumnya kepada pemilik asal tanah berkenaan atau kepada baitulmal.
•    Keadilan merupakan keutamaan dalam pemerintahan beliau. Beliau adil dalam pembahagian harta baitulmal, memulangkan tanah atau harta yang dirampas, memecat pegawai yang tidak amanah dan kejam terhadap rakyat. Keadilan beliau tidak terbatas pada rakyat yang beragama Islam sahaja tetapi jua kepada bukan Islam di bawah pentadbiran beliau.
•    Beliau sangat menghormati para ulama. Beliau sering meminta pendapat dan nasihat para ulama tentang pentadbiran negara.
•    Beliau seorang pemerintah yang tegas. Beliau telah memecat ahli keluarga Bani Umaiyah yang tidak adil dalam pentadbiran. Memulangkan harta yang telah dirampas kepada rakyat yang dianiaya. Tindakan beliau mengundang rasa tidak senang di kalangan ahli keluarga Bani Umaiyah sendiri.

Sumbangan Umar Abdul Aziz:
•    Beliau telah membasmi amalan bidaah yang berleluasa ketika itu, iaitu amalan mengutuk ahli keluarga Rasulullah(Ali bin Abi Talib)
•    Beliau telah mengarahkan pengumpulan hadis Rasullulah.
•    Beliau menggalakkan penyebaran ilmu dikalangan negara Islam dengan mengarahkan buku-buku diterjemahkan ke Bahasa Arab.

Sepanjang melusuri kisah mu tuan,
hati ini tidak berhenti bersyukur,
hadirnya kau, pemimpin yang adil,
umpama permata yang dicari,
kerna mencari insan seperti tuan,
lebih payah dari mencari mutiara putih di dasar lautan,
kami rindu pada keadilan,
kami dambakan keamanan,
sungguh kami benci melihat kemungkaran,
meluat melihat kemaksiatan,
kekejaman tanpa sempadan,
hatiku tertanya sendiri,
apakah ada insan seperti tuan lagi?
andai ada, hadirkan dia di sisi kami,
membela yang lemah,
hapuskan yang mungkar,
menguatkan Islam yang kian terdampar...

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Why Mars and Venus Collide?

Monday, March 22, 2010


Assalammualaikum~

Within this 3 months, i'm going to be very busy regarding my research project. Uhh i never talk about my research in this blog right...maybe later, let me finish it first =P
so currently i already let go almost everything i like to do, no more watching tv or video or series drama, no more gaming (only play Sudoku to keep my brain working..haha) and no more short story writing(need to finish my thesis writing first..huhu)
but there's one thing i can't let go in any circumstances, its book =P what to do, reading...already in my blood since the day i was bond...and it does reduce my stress level...=___=

theBook i'm reading currently is Why Mars and Venus Collide written by John Gray,PhD. Gray is a psychologist in private practice and a leading authority on communication and relationships. His famous multi-million-copy bestseller book, Men Are From Mars, Women Are From Venus, have sold over 10 million copies worldwide and have been translated into 37 languages. WOW!!! Unfortunately, i haven't read that book, not yet.haha...

Why Mars & Venus Collide...well men and women are different, we all know that pretty well, but if our genes have stood still than social changes have not. Overworked, stressed-out and time-poor, we can barely keep up with the frenzied pace of our lives -and our relationships are breaking down as a result.

Breaking down is tiring and it does hurt so much. Try hard to avoid it but sometimes it is written. Men and Women are different, face the fact, but i believe the differences are purposely to complete each other...the relationship turn out to be more interesting. This book, explain how men and women cope with stress. I don't know much about Mars but nowadays Venus stress level is increasing, with working, home, kids and partner, the burden is heavier than traditional women. Instead of asking why women end up like this, a better question is, how women cope with their modern life and how their partner can help or at least, understand the situation well, (if you can't help, at least don't make it worse). It is the same situation for Mars, the modern life make the burden heavier, make the stress level getting higher.

As i go through this book, so far just finish Chapter 3, understand how your partner handle stress, what they really need when difficult situation came out, how they react to solve a problem, might help us to help them without increasing our own stress. Let me quote something from this book...

Our greatest challenge today is that men and women cope with stress differently.

The problem is never just our partner but our own ability to cope with stress.

Women mistakenly expect men to react and behave the way women do, while men continue to misunderstand what women really need.

Men need to feel needed, and women need to feel they are not alone.

last but not least...

Real love does not demand perfection but actually embraces imperfection.

That's all for now. Love to share something with someone. Sharing is loving right. The conclusion, learn to understand each other in order to love each other.

Do visit this website for more information: http://www.marsvenus.com

Thank you.

penajannah
...takkan berhenti menari!!!

This research does make me tired..huhu but with full support, i feel like on top of the world.haha Pray 4 me...

Diari Sufi

Saturday, February 20, 2010


Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat...

Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu...
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang...
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum sudah...

Bila hati kita terguris,kita kata... 'Mak memang tak faham.'
Bila hati kita terhiris,kita kata... 'Ayah memang tak ambil kisah.'

Tetapi...

Bila hati mak kita guris, mak kata... 'Tak apa, dia masih muda.'
Bila hati ayah kita hiris, ayah kata... 'Tak apa, belum sampai akalnya.'

Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki...
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal...
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga...

Assalammualaikum dan salam ukhwah.
Demikian adalah sedikit coretan dari buku yang sedang saya baca. Diari Sufi hasil karya Siti Munazakiah, terbitan mustread sdn bhd..(mustread...teringat 'wajib tayang' dalam filem papadom..hehe)
Buku yang kecil, ringkas, gaya bahasa yang puitis. Gaya penulisan seperti sebuah diari, namun dipenuhi dengan doa-doa harian yang ringkas dan berguna, hadith serta terjemahan beberapa ayat Al-Quran. Menarik.

Boleh dijadikan peringatan kepada diri yang sering lupa.

Sekian...

penajannah...
...takkan berhenti menari!!!

Syabab Musafir Kasih...

Thursday, January 28, 2010


Assalammulaikum...salam penuh ukhwah...

Baru 2 hari lepas, aku ada menonton filem Islamik Indonesia, Ketika Cinta Bertasbih 2... Sudah lama menunggu kemunculan filem itu di YouTube(kerana tak ditayangkan di Malaysia...)
Cerita dari novel dijadikan filem...agak menarik. Aku terfikir, kalau ada satu novel yang aku ingin jadikan filem...novel apa ya???

Aku teringat pada satu novel terbitan Telaga Biru, Syabab Musafir Kasih hasil penulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin...

Syabab bermaksud pemuda. Tiba-tiba tanganku kaku, tak tahu bagaimana harus ku ulas tentang novel ini...

Syabab,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan berbuah kematangan.
Wahai Syabab,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta gelombang,
Ayuh, Syabab!
------Sinopsis oleh penulis.

Dengan lambakan novel dipasaran, hampir semuanya berkisah tentang wanita. Wanita yang cantik, wanita yang miskin jadi kaya, wanita yang baik sering diduga. Untuk pertama kali aku bertemu dengan novel yang berkisah tentang Syabab...pemuda... Syabab, bukan saja miskin harta tetapi ilmu. Dibesarkan dalam keluarga yang serba tidak kena. Abang-abang dan kakak yang pemalas. Namun Syabab insan bertuah kerna berjirankan seorang kakak yang penyayang, Nur Mumtazah menyayangi Syabab, kadang kala melebihi adik-adiknya sendiri. Nur Mumtazah dapat melihat keunggulan dalam diri si yatim itu, dalam segala kemiskinan, Syabab menjadi anak yang kuat dan berdikari. Nur Mumtazah menjadi satu-satunya pendidik Syabab. Namun, jarak memisahkan keduanya. Syabab jua hampir kecundang di uji masa, hampir tersasar dari jalan yang benar. Kehadiran Nur Mumtazah sekali lagi mengubah Syabab menjadi pemuda...

Entah... bagaimana harus aku ulas tentang novel ini...sepertimana penulisnya cuba menyemai harapan lahirnya ramai pemuda seperti Syabab, aku jua merindui pemuda sepertinya. Aku teringat pada kata-kata "Jatuh bangun sesebuah negara terletak pada tangan si pemuda.."(betul ke ayat ni???)

Kenapa tidak novel seperti ini dijadikan filem atau drama. Ia akan jadi wadah untuk mendidik masyarakat. hmmm......

Sekian...


...Penajannah
takkan berhenti menari!!!
p/s: petang-petang ni memang 'blur' la...


Doa Insan Berkasih

Monday, January 25, 2010


Assalammualaikum semua...
Moga sentiasa di bawah lindungan rahmatNya...

Doa Insan Berkasih, begitulah tajuk novel yang baru sahaja saya baca. Hasil penulisan anak kelahiran Muar,Johor, Aminah Mokhtar ini menarik perhatian saya untuk membacanya. Melihat tajuknya sahaja , Doa Insan Berkasih, mengetuk pintu hati saya untuk menyelak sehelai demi sehelai lembaran novel ini.

Novel terbitan PTS ini mengisahkan tentang seorang anak nelayan yang miskin harta tetapi punya cita-cita dan impian. Malah kisah dimulakan dengan pemergian bonda tercinta sekaligus menjadikan Siti Musalmah yatim piatu pada usia 15 tahun. Keadaan yang melanda mengheret dirinya kepada satu amanah di mahligai indah milik Tuan Malik, pemilik empayar besar LumpurEmas sdn bhd. Ternyata indahnya kota Johor Bahru tidak mampu menggugah iman yang tebal di dada Siti Musalmah. Melihat kemungkaran di depan mata, hatinya tekad untuk melaksanaan tugas sebagai khalifah di mahligai indah itu. Seruan demi seruan dibalas dengan cacian dan tengkingan. Namun, alunan merdu yang bergema saban malam mengundang rasa sebak dan sayu di hati anak-anak Tuan Malik yang tidak pernah mengenal manisnya Islam. Belum sempat perubahan bermula, musibah menimpa, Siti Musalmah terpaksa pulang ke kampung nelayan. Putera puteri Tuan Malik mula mencari kebenaran setelah satu demi satu dugaan menimpa. Impian arwah ayah mula dikejar. Satu persatu kejayaan diraih saban hari meskipun banyak halangan menimpa Siti Musalmah. Kampung Nelayan berubah wajah.

Namun, ada doa yang mengiringi langkah Siti. Ada rindu disudut hati. Hamzah, jejaka yang bertamu dihati Siti, mencipta kejayaan dari setiap kerinduannya pada Siti Musalmah. Hamzah tekad menanti gadis pujaannya meski ibunya sendiri menghalang. Derita dihati meski tak mampu di tanggung, akhirnya mengundang bahagia untuk keduanya.

Apa yang saya belajar dari novel ini?
  • Harta yang paling berharga adalah ilmu dan iman. Buktinya pada kehidupan Tuan Malik sekeluarga. Harta yang bertimbun tidak mampu membeli kebahagiaan dan ketenangan malah kasih sayang. Tuan Malik angkuh, sombong dengan kekayaan dan kejayaan yang dimiliki hingga lupa pada kuasa Tuhan.
  • Kemiskinan tidak diwarisi. Ini jelas pada kehidupan Siti Musalmah dan orang-orang kampungnya yang terus berusaha untuk memperbaiki kehidupan yang daif. "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka berubah nasib mereka sendiri."
  • Setiap kejayaan akan lebih manis jika dikongsi bersama. Hamzah dan Siti Musalmah tidak mahu berjaya sendiri malah usaha membawa orang-orang kampung bersama.
  • Cinta sejati pasti membawa kejayaan bukan kelalaian. Cinta ada anugerah Tuhan yang paling indah. Hamzah dan Siti Musalmah telah membuktikan cinta yang hadir dalam hati mereka tidak melalaikan malah menjadi pendorong untuk berjaya.
Semoga lebih banyak novel islamik yang menarik dan dekat dihati masyarakat kita.

Sekian...

penajannah
...takkan berhenti menari!

 
penaJannah - Templates para novo blogger