Thursday, September 5, 2013
Nursakinah melangkah lesu. Baru pulang dari klinik. Entah fizikal atau mental yang kurang sihat. Mungkin juga jiwa yang kian lemah, letih di henyak dan di lanyak beban kerja. Letih. Mungkin itu perkataan yang tepat. Tiada kerja yang di memenatkan. Tiada kerja yang tidak menghadiahkan tekanan. Yang perlu di minta saat ini bukanlah kehidupan yang mudah, tetapi jiwa yang tabah. Nursakinah sedar, sebagai insan yang telah dewasa, dia perlu memotivasikan dirinya sendiri. Usah mengharap kata-kata hikmah dari insan atasan yang tentu sahaja lebih sibuk berbanding dirinya.
Nafas di hembus kuat. Mungkin lebih mudah di panggil mengeluh. Seperti melepaskan beban di dada. Nursakinah memandang deretan buku di rak serba gunanya. Digelar rak serba guna kerana semua benda disusun di situ. Bukan sekadar buku, alat mekap, barang makanan, dan macam-macam lagi. Kotak ubat gigi pun ada. Serba guna atau serba tidak kena. Kembali kepada deretan buku di rak serba guna. Nursakinah membelek satu-satu tajuk buku-buku itu.
"Success Is Never Ending, Failure Is Never Final!"
"Managing Your Manager."
"Unstoppable"
"Dare To Fail"
"Nota Fikir Untuk Zikir"
"Motivate Like a CEO"
"Sebenarnya..Saya Isteri Dia.." ??? Buku ini untuk hiburan semata-mata. ^__^/
Nursakinah cuba memotivasi dirinya dengan membaca buku-buku ini. Mungkin dengan membaca untuk diri sendiri tidak mencukupi. Tidak mampu meningkatkan motivasi dirinya. Nursakinah tersenyum. Hati bertekad untuk berkongsi hasil bacaannya dengan orang lain. Di blognya...InsyaAllahh...
Sekian.
Ps: Buku terakhir tidak akan di ulas ye. Hiasan semata-mata.
Terima kasih~~~~
penaJannah
--kembali menari!!!!!!!!!!!!!!!
ps: Banyaknya sawang dalam blog~~~