Naik Turun

Monday, August 15, 2011

Assalammualaikum semua =) 


Semoga semua diberi kekuatan oleh Allah SWT bagi menjalani pesta ibadat di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Ingat!!! Bulan Ramadhan belum tamat lagi... Dalam sibuk membuat persiapan hari raya, Ramadhan jangan diabaikan... (Peringatan ini khas untuk saya...=__+)


Naik Turun...


Bukan harga barang atau harga minyak ye...Kalau harga barang...kena tukar tajuk: Naik tak turun turun..hehe~ gurau jer....


Dua perkara pada diri kita yang selalu naik turun...naik balik...kemudian turun lagi...dan lagi.......Apa itu????


Pertama: IMAN
Kita insan biasa. Naik turun iman itu perkara biasa. Pernah rasa, hari ini baca Quran habis satu juzuk. Tiba-tiba esok, buka Quran pun tidak. Hari ini, solat terawih 20 rakaat campur 3 rakaat solat Witir. Esok? Lepas Isyak terus tertidur...ish3... Kejap naik kejap turun kan? Tetapi takkan berterusan begitu? Kita kena berusaha supaya NAIK lebih...TURUN kurang. 


Saya bukan ustazah. Tetapi satu tips saya... Sentiasa menambah ilmu agama. SENTIASA ye! Bukan kadang-kadang... jarang-jarang atau setahun sekali. Jangan merasa cukup dengan ilmu yang ada kerana ilmu Tuhan itu sangat luas. Ilmu agama amat penting. Pertama sekali untuk memastikan ibadat seharian kita dilakukan dengan betul. Kedua, bagi menambahkan keinginan untuk beribadat dengan mengetahui ganjaran kebaikan yang diperolehi melalui ibadat tersebut. Contohnya solat terawih, selalu peringatkan diri kita tentang kelebihan solat terawih agar fizikal dan hati kita terdorong untuk menunaikan terawih setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. 


Di mana nak cari ilmu agama? Di mana saja... majlis ilmu, dengan membaca buku-buku agama, artikel agama dan sebagainya...  Sumber dari internet pun banyak... iLuvIslam.com, Fikrahislam.com... dan banyak lagi blog-blog yang berguna. Ah, lagi satu, tak faham apa-apa silalah bertanya ustaz dan ustazah ye.. ramai di Malaysia ni. Penat mereka belajar agama bertahun-tahun lamanya.


Ilmu tidak datang sendiri, ia perlu dicari...(^__^)




Kedua: SEMANGAT
Semangat belajar, semangat bekerja, semangat bersahur, semangat berbuka...eh! ada ke orang berpuasa tak bersemangat untuk berbuka? hehe~ (orang pun tak puasa pun bersemangat masa berbuka, maksud saya kanak-kanak....=P)


Naik turun semangat untuk bekerja atau belajar, dan yang paling penting semangat untuk meneruskan perjalanan di dunia yang fana ini. 


Langkah 1: Kenapa hilang semangat untuk hidup, bekerja atau belajar?
Banyak sebab. Lain orang, lain skrip kehidupannya. 
Kadang kala apabila seseorang diuji dengan kesakitan, kesusahan, kemiskinan, kelaparan dan kegagalan, semangat yang tinggal bagai melayang dari batang tubuhnya. Terasa bagai ingin jatuh dan tak ingin bangkit lagi. Andai ujian Tuhan yang membuat kita lemah semangat, ingatlah, Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan kita. Kesakitan adalah penghapus dosa. Kemiskinan dan kelaparan adalah ujian kesabaran. Kegagalan adalah ujian kecekalan dan kehilangan ujian keredhaan kepadaNya. Ingat! Putus asa bukan sifat orang mukmin....


Langkah 2: Tingkatkan motivasi diri
Tidur dengan pemikiran positif. Set dalam diri kita, bahawa esok akan berusaha dengan lebih gigih!
Bangun pagi dengan semangat yang jitu. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
Banyakkan membaca buku-buku atau artikel tentang motivasi diri. Kalau malas sangat nak membaca silalah mencari video-video motivasi di youtube...banyak jer...


Langkah 3: Kawal emosi
Jangan kalah dengan emosi sendiri ye. Kita yang sepatutnya mengawal emosi, bukan emosi yang mengawal kita. Terutamanya, perasaan marah. Marah yang berlebihan menyebabkan kita hilang kawalan diri. Bukan sahaja mengeluarkan ucapan yang kesat dan menyakitkan, kadang kala tangan kaki pun naik sekali. ish3... Setiap kali saya rasa nak marah, saya ingat kata-kata kawan lama saya, marah tu sifat syaitan, awak manusia kan? Terus tak jadi marah...hehe Lagipun, semua orang cantik nampak buruk ketika marah...^_^






Ok..itu sahaja untuk kali ini. Selamat menjalani ibadah puasa dengan jayanya....


penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

0 comments:

 
penaJannah - Templates para novo blogger