Diari 1 Syawal

Wednesday, August 31, 2011

Suara azan sayup kedengaran. Entah mengapa laungan azan dari masjid kedengaran lebih kuat daripada bunyi 'alarm' di telefon bimbitku. Hati tersenyum tanda suka. Jiwa tenang tanda gembira. 1 Syawal sudah menjelma!!! Hari kemenangan untuk umat yang berjuang di bulan yang mulia. Hari bahagia untuk insan yang tidak melupakan-Nya. Hari gembira saat menatap wajah keluarga tercinta. Aku tersenyum lagi. 

Namun tiba-tiba ada hiba hinggap di jiwa. Tibanya Syawal, berakhirnya Ramadhan. Apabila dikenangkan, bagai baru semalam ia tiba. Tanpa kita sedari, masa cepat berlari. Sempurnakah Ramadhan ku tahun ini? Biar Tuhan yang maha mengetahui. Aku hanya insan biasa, tidak mampu lari dari alpa dan leka.

Ramadhan...bukan sahaja bulan yang penuh keberkatan, tetapi juga bulan yang penuh ujian untuk diriku. Aku sering kehilangan insan tersayang pada bulan Ramadhan. Semoga roh mereka dirahmati Allah swt. Mereka insan bertuah, yang mengadap-Nya di bulan yang mulia. Bagaimana pula denganku? Hanya Dia yang tahu... 

Ramadhan tahun ini aku diuji dengan kesibukan bekerja. Aku sengaja memilih bekerja di syarikat swasta, bukan kerajaan. Memilih bekerja dengan syarikat bukan bumiputra. Kenapa? Biarlah rahsia... Tetapi aku gembira dengan pekerjaanku kini. Penuh dengan kesibukan dan cabaran. Betul-betul seperti yang aku inginkan. Alhamdulillah...Allah yang maha mendengar, memakbulkan doaku. 

Ramadhan telah berakhir... Semoga bertemu lagi tahun depan... Aku pasti merindui kamu...

Ramadhan dan Syawal datang dan pergi. Itu tandanya umur makin bertambah. Tanggungjawab makin bertambah. Tanggungjawab sebagai hamba Allah, kepada diri sendiri serta keluarga. Jika dihitung jasa ku kepada ibu bapa, terlalu sedikit berbanding jasa mereka melahirkan dan membesarkan aku. Terasa kecewa juga dengan diri sendiri. Namun, masa yang berlalu usah dijadikan batu penghalang untuk mengecapi kebahagiaan masa depan. InsyaAllah, andai diizinkan Allah, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, akan kucuba sedaya yang termampu membahagiaan kedua orang tua ku serta ahli keluargaku. Setinggi mana aku terbang, aku sentiasa ingat jalan pulang, insyaAllah...

1 Syawal berakhir sudah. Bertemu sanak saudara yang telah lama tidak bersua, menambah indahnya berhari raya. Bertemu sahabat handai yang jauh dimata, mengubat rindu di jiwa. 
1 Syawal berakhir kini...Semoga semuanya diberkati...Andai ada salah dan silap harap dimaafi...Aku hanya insan kerdil perhiasan duniawi... 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN
jemput makan..... jangan terlebih makan sudahh =P


penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

7 comments:

Putera Bongsu said...

Buatlah open house

jannah said...

pintu rumah akan terbuka untuk tetamu...

Putera Bongsu said...

cuma masa saya pi tu tutup ja pintu tu..

jannah said...

tuan umah p berhari raya...hehe.
sorry la yer....

Putera Bongsu said...

sy bertandang bukan sengaja. Nak melihat orgnya dan penjaganya sekali.. Tapi, nampaknya tiada perkhabaran.. Fahamlah..

jannah said...

apakah maksud kamu?? penjaga sy?? sape? my brother?

Putera Bongsu said...

untuk anak-anak yang belum berkahwin, dan untuk perempuan, bila masih ada ayahnya.. pastilah penjaganya ialah si Ayah

Selamat Hari Ulang tahun kelahiran ke-xx

 
penaJannah - Templates para novo blogger