Sungai.Buluh.Pohon

Monday, January 24, 2011

Assalammualaikum semua=)

Semoga hari ini, esok dan hari-hari mendatang menjanjikan yang terbaik untuk kita, insyaAllah dengan belas ihsan Allah yang Maha Penyayang.

Tahukah anda, hanya 10% ilmu pengetahuan diperolehi melalui pendidikan secara formal seperti di sekolah, kolej atau universiti? Walaupun kita telah memiliki deretan Ph.D, ilmu itu hanya 10%... Lantas, di mana lagi 90% ilmu? Jawapannya: Disekeliling kita, dari pengalaman hidup dan pemerhatian sendiri.

Salah satu sumber ilmu adalah alam semesta, di sekeliling kita. Allah menjadikan alam ini untuk hambaNya yang mahu berfikir.

Jom belajar!!!!

Sungai oh Sungai....


Sungai yang mengalir deras, tanpa henti
tanpa jemu, tak pernah merungut lelah
kau mengalir terus ke depan
tanpa menoleh ke belakang
meski sesekali laluanmu berhadang
kayu kayan, batu batan,
biar sebesar mana,
biar seberat mana,
kau mengalir tanpa jemu...


Itulah kehidupan...
berjalan tanpa henti
jadilah seperti sungai
meski berjuta halangan menghadang di hadapan
teruskanlah melangkah tanpa henti
meski sesekali ujian terasa membeban
kaki terasa berat
kehidupan takkan berhenti
jangan sia-siakan kehidupan ini
hanya kerana sebuah kekecewaan...


Buluh yang degil...


Hujan sangat lebat..
angin kuat melanda alam
ribut mula datang...
kau tegar wahai buluh
kau degil...
meski angin membawa kau ke kiri ke kanan
kau mengikut arah angin
namun kau tidak dipatahkan angin
kau tegar...
kau degil...


Jadilah sedegil buluh
andai kau dilimpahi dengan harta
jangan kau biarkan duit mengaburi matamu
andai kau diuji dengan kejayaan
jangan kau lupa pada pemberi kejayaan
andai kau sering dipuji
jangan kau alpa dan leka
andai kau dihimpit kemiskinan
jangan pernah mengalah pada kepapaan
tegarlah seperti buluh...
jadilah hamba-Nya yang bersyukur
dan tidak mengalah pada cabaran..


Rendangnya si pohon...


Pohon yang rendang
bukan sahaja sejuk mata memandang
bukan hanya hiasan
tetapi kau tempat berteduh
tempat insan berlindung dari panas mentari
akarmu mencengkam kuat
kau tegak berdiri
tetapi dedaunmu tetap sujud pada Ilahi..




Ingin sekali menjadi seperti kau
yang tegak berdiri
kau yang melindungi insan lain
dari kecewa dan air mata
ingin sekali menjadi sahabat dan teman
menyayangi dan mengasihi temannya
ingin sekali seperti kau
yang tidak pernah lupa pada Ilahi
berdiri tegak berakarkan iman dihati.




"Berfikir sesaat lebih baik dari beribadah selama setahun."


penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

0 comments:

 
penaJannah - Templates para novo blogger