Aku Ingin Mencintai-Mu

Wednesday, January 26, 2011


Tuhan betapa aku malu 
atas semua yang Kau beri 
padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena 
sementara Engkau beri aku kesempatan 
berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia 
untuk menghambakan-MU
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapan-MU
Aku ingin mencintai-MU
setulusnya,
sebenar-benar aku cinta
dalam doa 
dalam ucapan 
dalam setiap langkahku..
Aku ingin mendekati-MU selamanya
sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu dengan-MU 
ya Rabbi


penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Sungai.Buluh.Pohon

Monday, January 24, 2011

Assalammualaikum semua=)

Semoga hari ini, esok dan hari-hari mendatang menjanjikan yang terbaik untuk kita, insyaAllah dengan belas ihsan Allah yang Maha Penyayang.

Tahukah anda, hanya 10% ilmu pengetahuan diperolehi melalui pendidikan secara formal seperti di sekolah, kolej atau universiti? Walaupun kita telah memiliki deretan Ph.D, ilmu itu hanya 10%... Lantas, di mana lagi 90% ilmu? Jawapannya: Disekeliling kita, dari pengalaman hidup dan pemerhatian sendiri.

Salah satu sumber ilmu adalah alam semesta, di sekeliling kita. Allah menjadikan alam ini untuk hambaNya yang mahu berfikir.

Jom belajar!!!!

Sungai oh Sungai....


Sungai yang mengalir deras, tanpa henti
tanpa jemu, tak pernah merungut lelah
kau mengalir terus ke depan
tanpa menoleh ke belakang
meski sesekali laluanmu berhadang
kayu kayan, batu batan,
biar sebesar mana,
biar seberat mana,
kau mengalir tanpa jemu...


Itulah kehidupan...
berjalan tanpa henti
jadilah seperti sungai
meski berjuta halangan menghadang di hadapan
teruskanlah melangkah tanpa henti
meski sesekali ujian terasa membeban
kaki terasa berat
kehidupan takkan berhenti
jangan sia-siakan kehidupan ini
hanya kerana sebuah kekecewaan...


Buluh yang degil...


Hujan sangat lebat..
angin kuat melanda alam
ribut mula datang...
kau tegar wahai buluh
kau degil...
meski angin membawa kau ke kiri ke kanan
kau mengikut arah angin
namun kau tidak dipatahkan angin
kau tegar...
kau degil...


Jadilah sedegil buluh
andai kau dilimpahi dengan harta
jangan kau biarkan duit mengaburi matamu
andai kau diuji dengan kejayaan
jangan kau lupa pada pemberi kejayaan
andai kau sering dipuji
jangan kau alpa dan leka
andai kau dihimpit kemiskinan
jangan pernah mengalah pada kepapaan
tegarlah seperti buluh...
jadilah hamba-Nya yang bersyukur
dan tidak mengalah pada cabaran..


Rendangnya si pohon...


Pohon yang rendang
bukan sahaja sejuk mata memandang
bukan hanya hiasan
tetapi kau tempat berteduh
tempat insan berlindung dari panas mentari
akarmu mencengkam kuat
kau tegak berdiri
tetapi dedaunmu tetap sujud pada Ilahi..




Ingin sekali menjadi seperti kau
yang tegak berdiri
kau yang melindungi insan lain
dari kecewa dan air mata
ingin sekali menjadi sahabat dan teman
menyayangi dan mengasihi temannya
ingin sekali seperti kau
yang tidak pernah lupa pada Ilahi
berdiri tegak berakarkan iman dihati.




"Berfikir sesaat lebih baik dari beribadah selama setahun."


penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Kerana Hati Bicara~

Thursday, January 20, 2011


http://www.filmdalammihrabcinta.com/
Karena Hati Bicara
by Oki Setiana Dewi & Andy Arsyil



Mengharungi samudera mahligai nan suci
Penuh gelombang silih berganti
Semua adalah ujian penguat cinta
Bila hati bicara
Kekadang tak perlu terucap kata kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bahgian hidupku
Karena hati bicara
Kata menjelmakanmu kisah berjutakan cerita
Hadirmu dihidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bica
ra
penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Jodoh~

Thursday, January 13, 2011

Assalammualaikum semua=)


Sihat??? Fizikal...mental...iman...study???hehehe...Kalau sihat, jangan lupa bersyukur pada yang Maha Esa kerna nikmat sihat itu terlalu mahal harganya... Jangan sampai dah sakit, baru terkial-kial nak ingatkan Dia... Kalau sakit, berusahalah untuk sembuh dan sabarlah, kerna sakit adalah ujian dari yang Esa... Apa kaitan sakit atau sihat dengan tajuk post nih??? Tak ada kaitan la... saja je tanya khabar..=p


JODOH~
Tiba-tiba menulis tentang jodoh...layak ke orang bujang macam saya berbicara tentang jodoh? Jodoh sendiri entah di mana, yang paling penting...entah ada ke tidak...huhu...entah-entah memang tiada cinta insani buat diriku di dunia ini... Lebih baik hilang cinta insan, jangan hilang cinta Tuhan...


Apa tu Jodoh?
Jodoh adalah rezeki dari Tuhan. Dan segalanya telah tertulis, tersurat sejak dilahirkan...
Saya pernah berkata pada seseorang: 

"Sayanglah macam mana pun, bercintalah lama mana pun, kalau dia bukan jodoh kamu, satu hari kalian akan terpisah. Tetapi jika dia sememang jodoh kamu, satu dunia menghalang sekalipun, kalian tetap akan bersama."


Apa terjadi pada 'seseorang itu'?
Dia ditakdirkan berkahwin dengan wanita yang tidak dicintainya. Gadis pilihan keluarga. Dan dia terpaksa melepaskan gadis yang dicintainya. Bahagiakah 'seseorang itu'? Entah... Tetapi bahagia perlu dicari, digali dan kebahagiaan hakiki adalah milik Ilahi. Kita hanya merancang, Dia yang menentukan, dan sebaik-baik perancangan adalah dari Dia yang Maha Berkuasa. Percayalah, jodoh yang ditentukan untuk kita, adalah yang terbaik dan yang terindah. Hargailah jodoh yang Dia hadiahkan untukmu. Belajarlah menerima dia apa adanya. Buka pintu hatimu seluasnya untuk dia. Sayangi dia, hargai pengorbanan dan kasih sayangnya. Ingat...dia wanita yang bertaruh nyawa melahirkan zuriatmu.
Cinta lama biarkan menjadi sejarah. Andai benar rasa cinta itu, doakan si dia bertemu jodoh yang lebih baik dari kamu. Bukankah kebahagiaan insan yang disayangi adalah kebahagiaan kamu? Andai ada rasa rindu bertandang di jiwa, jangan dilayan, ingatlah Tuhan. Kadang kala Allah menghadirkan sedikit rasa tetapi syaitan pula menambah-nambah perasa. Jangan kalah dihanyut emosi dan perasaan...


Dan pada gadis yang ditinggalkan...
Tabahlah. Letakkan kepercayaan dan keyakinan kamu hanya pada yang Maha Kuasa. InsyaAllah, kamu akan bertemu jodoh yang lebih baik...


Kepada yang masih mencari cinta...
Teruskan usaha anda...heeee.....jangan putus asa ye...


Ingat janji Allah: "Lelaki yang baik untuk wanita yang baik."


Sekian....takkan ada cinta yang sempurna selain cinta kepadaNya~





penaJannah
...takkan berhenti menari!!!
p/s: Bila saya nak kawen????? Bila tiba masanya...wakakaka~







Andai kupergi by Mirwana~

Monday, January 10, 2011

Cerita hidup kian berlalu membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah kelu lidah untuk bicara 
Langit jingga warna senja pasir bayu membisik duka 
Kealpaan yang semalam inginku lepaskan luka silam. 

Bersama rayu doa damba keampunan-NYA



Andai ku pergi tinggalkan mu
Usah sedih, 
usah sayu

Kerna telah tertulis segala takdir yang Esa.


Kupergi dulu
Tiba waktu
Perjanjian maha agung 

Takkan kembali semula.


Doakan aku sejahtera di sisi-NYA…

Usah gentar usah rindu
Bertarung difikiranku
Wajah ceria senyum manja
Kisah kita menghapus resah.



Maafkan diriku kasih
Kerna buatmu menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata.

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya. 




Andai ku pergi tinggalkan mu
Usah sedih, 
usah sayu
Kerna telah tertulis segala takdir yang Esa.

Kupergi dulu
Tiba waktu
Perjanjian maha agung 
Takkan kembali semula.

Doakan aku sejahtera di sisi-NYA…


Hidup ini sementara 
Ujian pasti setia hati
Padamu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku,menemaniku saat akhir waktu

Kubersaksi diriku hanya Kau Tuhan yang satu
Cintaku rinduku kuserahkan segala kepada-MU.






penaJannah
...takkan berhenti menari!!! (hingga nadi terhenti....)

Motivator Terbaik

Tuesday, January 4, 2011

Assalammualaikum semua =)


Semoga sentiasa sihat fizikal, mental dan spiritual. Ah, selamat menyambut tahun baru 2011!!! Cepat betul masa berlalu kan? 2011, usia, keimanan dan kematangan, harap-harap berkadar langsung ye. Semakin matang dalam meniti usia.


Apa tajuk post kali ini??? Ada beberapa penulis yang saya kenali, mula menulis karyanya dahulu. Setelah siap karya tersebut, barulah terkulat-kulat cari tajuk buku. Bagus idea itu. Meletakkan tajuk pada sesebuah karya hanya akan mengehadkan kreativiti seorang penulis. Dengan itu, post ini tiada tajuk pada asalnya. Nanti bila telah tamat menulis, baru saya terkulat-kulat cari tajuk.hehe=)


Ada beberapa perkara yang buat saya berfikir sejak kebelakangan ini. Antaranya:-
-Kemalangan jalan raya yang kerap berlaku dewasa ini.
-Kematian secara mengejut tanpa mengenal tempat dan usia.


Dua perkara ini saja la...(sebab idea tiba-tiba tak nak keluar. degil kamu yer=_=")


-Kemalangan jalan raya, nak cerita satu-satu, tak cukup entry ni. Tapi alhamdulillah tak ada kemalangan parah yang melibatkan insan-insan kesayangan saya. Insan-insan kesayangan saya, sila jaga diri baik-baik ye. Ingatlah saya yang sayangkan kamu semua.
2010, telah banyak mencatatkan kemalangan jiwa melibatkan bas. Amat mengecewakan apabila kejadian ini berlaku disebabkan oleh kecuaian pemandu dan syarikat bas itu sendiri. Pemandu bas, mungkin mereka merasa diri mereka kecil nilainya dalam masyarakat. Yelah, mereka bukan graduan universiti, belajar pun tak setinggi mana. Mereka bukan pegawai kerajaan, jauh sekali menteri di jabatan perdana menteri dan dalam mimpi pun tak mungkin jadi perdana menteri. 


'Ah, aku cuma pemandu bas. Aku cuma tahu bawa bas. Cukup bulan aku dapat gaji. Gaji pun tak seberapa.' Monolog dalaman mereka.


Mereka silap jika berfikiran begitu. Pemandu bas sangat penting. Tanpa pemandu bas, mungkin ramai yang berhari raya di kota raya Kuala Lumpur (yang sangat membosankan dihari raya), bukan semua perantau-perantau di kota memiliki kenderaan sendiri. Seorang pengurus syarikat memerlukan pemandu bas untuk membawanya ke tempat mesyuarat kerana pengurus ini tidak memiliki lesen memandu. (Pengurus berkenaan rabun warna..hehe)


Pada saya, pemandu bas sama pentingnya dengan pemandu kapal terbang, kerana kedua-duanya bertanggungjawab ke atas nyawa penumpang, bukan seorang dua sahaja, tetapi semua penumpang. Pemandu kapal terbang tentulah tanggungjawabnya lebih besar kerana membawa beratus penumpang, perjalanan pun jauh, terbang tinggi lagi. Disebabkan itu kelayakan untuk menjadi pemandu kapal terbang sangat ketat.
Tapi kedua-duanya bertanggungjawab ke atas NYAWA MANUSIA. Nyawa, yang sekali hilang, takkan kembali lagi. Dan setiap nyawa, sama nilainya, tak kira pangkat atau usia. Semoga pemandu bas sedar mereka adalah orang yang penting dalam masyarakat. Kemalangan jiwa yang berlaku pada 2010, janganlah berulang lagi...


"Setiap individu dalam masyarakat dan negara bertindak seperti organ-organ di dalam tubuh manusia. Semua ada fungsinya, ada tugasnya. Apabila semua organ berfungsi dengan baik, tubuh akan sihat dan bertenaga."


-Kematian secara mengejut... Kelmarin kan? Kematian pelakon Faizal Yusoff? Serangan jantung. Baru berusia 32 tahun. Muda kan? Banyak lagi berita di dada akhbar, pelajar yang baru mengambil keputusan pmr mati dilanggar... kanak-kanak berusia 3 tahun, lemas. Setiap kali membaca berita sebegitu, ada satu rasa gerun menghenyak jiwa. Kadang kala tertanya sendiri, masihkah ada esok untuk aku? Sediakah aku untuk mati? Mati itu pasti, bila, bagaimana, di mana? wallahualam... Hanya pemegang nyawa kita yang tahu. Semoga kita semua mati dengan keimanan.


Jadi pembaca semua, tajuk entry kali ini adalah 'mati'!!!!
Kenapa tiba-tiba sebut pasal mati???
Teringat sabda Rasullulah SAW:
 'Orang yang paling cerdik antara kamu adalah orang paling banyak mengingati mati.'
Apabila kita mengingati mati, kita akan sentiasa ingat tugas manusia diutus ke muka bumi, sebagai hamba dan khalifah.
Apabila kita mengingati mati, kita akan merasa takut untuk melakukan dosa, walau sebesar hama kerana bimbang kita tidak sempat bertaubat.
Apabila kita sedar belum tentu hidup esok hari, kita akan berusaha menghargai masa yang ada dengan kebaikan dan ibadah.
Apabila kita tahu malaikat maut mampu menjemput kita bila-bila masa sahaja, kita akan sentiasa muhasabah diri, bertaubat pada-Nya atas segala dosa.
Apabila kita mengingati mati, kita akan sentiasa memaafkan kesalahan yang lain, kerana hidup ini terlalu singkat untuk membenci.
Ingat mati, ingat dosa, itu motivator terbaik kita.


penaJannah
...takkan berhenti menari!!!


p/s: tajuk entry telah diubah di saat-saat akhir agar tidak menggerunkan anda semua...(^___^)/

 
penaJannah - Templates para novo blogger