Warkah buatmu teman

Thursday, August 26, 2010

Assalammualaikum...

Teman, kau mungkin berfikir aku mencari kesempurnaan dalam dirimu. Dan aku tidak menemui kesempurnaan itu dalam diri. Lantas ku pergi meninggalkan kamu. Tidak temanku. Mencari kesempurnaan dalam diri manusia yang penuh dengan kelemahan dan kealpaan, umpama mencari semut hitam di dalam gelapnya malam. Sukar, atau lebih tepat, mustahil untuk ditemui. Aku tidak mencari kesempurnaan dalam dirimu kerana aku jua manusia lemah yang serba kekurangan.

Teman, kutemui kamu di salah satu lorong hidupku. Mengenali kamu adalah rahmat buatku. Kau mengajarku bahawa kehidupan tidak pernah sunyi dari dugaan dan ujian. Aku melihat jalan suram yang telah kau lalui. Aku kagum, kau melaluinya dengan tabah. Terima kasih kerana mengajar aku menjadi lebih kuat.

Teman, meski kehidupan lampau mu tiada keindahan, tidak mustahil kau menemui kebahagiaan di masa depan mu. Aku melihat air mata penyesalan mu, meski kau cuba sembunyikan di sebalik kepulan asap rokok mu. Dan aku terlihat cahaya cerlang dalam dirimu, sebuah keikhlasan.

Temanku, insan yang baru kau kenali ini melihat potensi cemerlang dalam dirimu. Lantas lidah ini tidak mampu berdiam. Maaf andai teguranku mengguris hatimu. Sebagai insan, aku menyayangimu.  Aku hanya ingin melihat kau berubah menjadi lebih baik. Aku ingin melihat sinar bahagia dari matamu.

Temanku, kisah silam mu yang kelam, jadikan ia bekalan untuk kau teruskan kehidupan. Mengapa terus hanyut dengan kesilapan semalam? Tentu kau berfikir, apa yang aku tahu tentang kehidupan? Aku menasihati kau seperti aku tahu segala-galanya. Tidak temanku. Terlalu banyak yang aku tidak tahu. Kehidupan adalah perjalanan yang panjang, tanpa henti menuju ke destinasi iaitu alam abadi.

Temanku, aku terpaksa pergi, bukan kerana aku membenci. Maafkan segala salah silap selama menjadi sahabatmu. Perjalanan aku jua masih jauh. Terlalu banyak perkara yang ingin aku pelajari. Hanya satu ingatan untukmu,

‘Manusia dilahirkan dengan fitrah yang suci dan bersih. Selagi pintu taubatNya belum tertutup, kembalilah kepada fitrah, kembalilah kepadaNya…’
Terima kasih kerana menjadi salah satu episod dalam ceritera kehidupanku.


p/s: Buku ini ku hadiahkan  untukmu. Sujud padaNya.



Teman yang menyayangimu.

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Hanya Kau yang mampu

Friday, August 20, 2010


2:15 pagi.

Mataku tak mampu terlelap lagi.
lantas ku bangkit dari pembaringan.
meski ada suara malas bersahutan dalam diri.
ingin sahaja aku turuti.
terus melayani mimpi.
namun hati ini merindui Mu.
begitu rindu ingin berdialog denganMu.
sungguh aku tak berdaya tanpaMu.

Ku sucikan diriku.
moga bersih juga hatiku.
kerna ku tahu.
Kau hanya memandang hati hambaMu.
bukan luaran yang sering menipu.
Oh Tuhan,
moga aku layak menghadapMu.
Engkau yang Maha Menyayangi.

Ku berdiri menghadapMu.
mengharap ketenangan dari kalimahMu.
mengharap keampunan untuk setiap kelalaianMu.
sungguh aku hanya hambaMu yang lemah.
ampuni daku ya Tuhan yang Maha Pengampun.

Ku sujud padaMu Tuhan.
rendahkan diriku dihadapan Mu.
kerna ku tahu siapa aku di sisiMu.
hambaMu yang hina, sering khilaf,
sering jua terlupa untuk bersyukur
pada nikmat yang Kau anugerahkan.
dalam sujud yang panjang.
ku berserah padaMU Tuhan.

Aku mencari diriku sendiri.
dalam kepekatan malam.
mengharap sinar petunjuk dariMu.
tunjukkan daku ke jalan redhaMu.
bimbing daku ya Tuhan.
iringi langkah ku di persinggahan ini.
agar aku kuat di kesesatan.
tidak tersungkur di lembah kehinaan.

Dalam doa yang panjang.
ku mengadu padaMu.
jerih perih hidupku.
hidup yang Kau takdirkan untukku,
bukan mudah.
ujian yang Kau hamparkan buatku,
sering membuat aku lemah.
lantas aku memohon kekuatan dariMu.
kerna hanya Kau yang mampu.
membuat ku tersenyum dalam tangisan.

Oh Tuhan,
dunia yang fana menjadi taruhan.
segala amalan jadi hitungan.
layakkah aku menghuni syurgaMu Tuhan?
kerna ku tak mampu.
merana di nerakaMu.
Tuhan,
meski sujud ku terkadang cacat.
tidak sesempurna sujud kekasihMu.
doa ku tidak indah.
seperti doa para wali.
terimalah penyerahan ini.
kerna hanya Kau yang mampu.

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Coretan 5 minit

Monday, August 9, 2010

Assalammualaikum semua =)

Apa tu coretan 5 minit???hehe tak ada apa2. Cuma saya ada 5 minit saja untuk update blog ni. Lately sangat busy walaupun kadang2 rasa malas nak wat apa2. Sebab tulah kadang2 saya post video youtube je kat blog nih. ada maksud sebenarnya lagu2 tuh...tapi biar saya je yang tahu...hehe

InsyaAllah, kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia. Dah setahun tak jumpa. Teringat saya pada Ramadhan yang lepas. Ada dugaan yang agak berat untuk saya hadapi. Andai kata berlaku pada bulan2 yang lain, tentu saya sudah hilang sabar... tapi kerana kita berada di bulan Ramadhan yang mulia, berpuasa di siang hari dan beribadat di malam hari, alhamdulillah saya mampu bersabar dan tersenyum pada insan2 yang dihantar sebagai dugaan dalam hidup saya. Mendekatkan diri dengan Allah menjadikan kita lebih tenang dan sabar dalam meharungi kehidupan.


Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dan andai ada lagi dugaan untuk saya dan kita semua, semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua.Selamat berpesta ibadah...=)




penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Asma Ul Husna (Dr. Ary Ginanjar)

Tuesday, August 3, 2010

Anda serabut??? Mari menenangkan jiwa...hehe





penajannah
...takkan berhenti menari!!!

p/s: rindu la...lg seminggu je nk jumpa 'dia'...

 
penaJannah - Templates para novo blogger