Hilangkan ‘kalau’ dari hati kami…

Thursday, July 29, 2010


ishhh...lama tak p pantai..huhu


KALAU’… Saban hari, dalam sedar atau pun tidak, perkataan ini sering terbit dari bibir kita .


Seorang isteri merungut: ‘Kalaulah saya tak bersuamikan abang…


Seorang pekerja berkata: ‘Kalaulah aku tak terima kerja ni…’


Seorang ayah bersuara: ‘Kalaulah aku bertegas dengan anak-anak…


Seorang pelajar mengeluh: ’Kalaulah aku tak ambil course ni…


(Sila sambung sendiri yer…=))


Dan macam-macam ‘kalau’ lagi dapat didengari atau terbaca di dada akhbar hampir setiap hari. Perkataan ‘kalau’ sering digunakan untuk meluahkan kekesalan setelah kenyataan tidak berlangsung seindah impian. Dengan kata mudahnya, apabila kita ditimpa musibah.


Saya ambil empat contoh di atas. Si isteri mula bersungut kerana mendapat suami yang pemalas atau kaki pukul atau kaki judi, atau mungkin miskin dan mungkin juga kerana suaminya sakit. Seorang pekerja mula menyesal tindakannya menerima kerja tersebut mungkin kerana mendapat bos yang cerewet dan menyusahkan atau mungkin kerana terlalu banyak dilambakkan di hadapan anda sehingga tiada masa untuk berehat, anda terasa seperti mesin bernyawa. Si ayah mula bersungut, “Kalaulah aku bertegas dengan anak-anak, tentu tak ada anak aku yang masuk pusat serenti, menconteng arang ke muka aku.” Dan sebagai pelajar,”Apasal la aku ambil course ni? Bukan minat sangat pun. Dah la susah nak score. Kalaulah la aku ambil course lain…”


Rungutan demi rungutan saban waktu. Saya sendiri tak terkecuali dari merungut serta menyesali tindakan lampau. Setiap kali kita dihadapkan dengan masalah atau musibah dan kita merungut…pernahkah rungutan itu meringankan beban dihati? Atau selesaikah masalah dengan bersungut? Jawapan: TIDAK… malah dengan merungut, beban yang kita pikul semakin berat.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


“…Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata, sekiranya(kalau) aku melakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku, tetapi katakanlah, itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendakiNya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan”-Riwayat Muslim
Dengan itu, pabila kita dilanda musibah, redhalah dengan ketentuan takdirNya kerana Allah tidak akan memberikan ujian melebihi kemampuan hambaNya. Semaikan dalam hati bahawa Allah menurunkan ujian pada kita atas rasa cintaNya supaya kita menjadi hambaNya yang lebih tabah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:


“Pada saat Allah jatuh cinta pada sekelompok orang, maka Allah akan mengujinya. Kerananya, siapa yang bersabar (menerima ujian Allah itu), maka dia akan mendapatkan (pahala) kesabarannya itu. Siapa yang berputus asa, maka dia mendapat keputusannya.” –Riwayat Ahmad


‘Kalau’ juga sering digunakan dalam ayat seperti:


Kalaulah aku kaya…’ atau


Kalaulah aku bijak…’ atau


Kalaulah aku cantik…’ dan macam-macam lagi. Sepertinya kita tak bersyukur dengan apa yang telah kita miliki.


Ada individu telah usaha semaksima mungkin dalam kerjaya, tetapi masih ditakuk lama, tak juga berjaya atau kaya seperti orang lain. Ada anak-anak yang menyesali nasibnya yang memiliki keluarga yang miskin. Tak mampu membeli apa yang diingini, tidak seperti rakan-rakan sebaya yang lain. Ada individu yang merasa rendah diri kerana dirinya yang kurang bijak atau ‘lampi’(lambat pick up) berbanding yang lain. Dan ada yang merasa kurang yakin kerana dirinya yang tidak cantik(secara fizikalnya).


Sekali lagi, perkataan ‘kalau’ yang digunakan member kesan negatif pada kita.


Dilahirkan miskin, bagi saya adalah anugerah yang tak mampu dinilai dengan mata kasar manusia tetapi perlu dilihat dengan hati. Dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan menjadikan seseorang individu itu lebih berdikari, lebih matang dan lebih kreatif. Berapa ramai remaja yang telah terlibat dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah, bukan sahaja tidak mengabaikan pelajaran tetapi berjaya mengurangkan beban keluarga. Saya teringat kata-kata mak sewaktu saya di bangku sekolah:”Mak dengan pak hang tak dak harta nak bagi kat hangpa semua. Kalau hangpa nak berjaya, nak senang nanti, hangpa belajaq la sungguh-sungguh. Ilmu ja boleh ubah nasib kita.” Kemiskinan adalah azimat untuk berjaya di masa depan.


Kepandaian. Bagaimana mengukur kepandaian seseorang? Melalui peperiksaan? Kepandaian dari segi akademik mungkin dapat diukur melalui pencapaian dalam peperiksaan atau CGPA. Tetapi kebijaksaan seseorang terlalu subjektif, terlalu luas tak mampu dinilai melalui peperiksaan sahaja. Lain padang lain belalang. Setiap individu memiliki kelebihan atau kebolehan masing-masing. Tidak cemerlang dalam pelajaran, bukan bermakna kita gagal dalam kehidupan. Tidak berada dimenara gading bukan bermaksud kita takkan berjaya dalam hidup. Berapa ramai graduan university yang gagal dalam hidup? Dan ramai usahawan yang berjaya dalam peniagaan tanpa perlu memiliki segulung ijazah. Bersyukur dengan kelebihan yang kita miliki dan gunakan kelebihan itu untuk Berjaya dalam hidup.


Kecantikan. Saya pernah dengar kaset ceramah motivasi oleh Dato’ Dr Fadhilah Kamsah tentang kelemahan diri(saya tak ingat tajuknya…huhu) Antara intipati ceramah beliau:


‘Bersyukurlah kerana anda tidak cantik kerana orang yang cantik ni banyak masalah. Cuba baca novel, tengok filem/drama di tv, semua pasal orang cantik. Yang terlibat dalam cinta tiga segi, orang cantik. Macam-macam konflik dalam novel pun semua melibatkan orang-orang cantik.’ (hehe…betulkah ayatku ini..)


Ada lagi individu yang merungut: ‘Saya tak cantik, susah nak cari pasangan hidup.’ Allah menjadikan manusia berpasang pasangan dan masih ramai celik hatinya, memilih kecantikan dalaman yang kekal berbanding kecantikan luaran yang bakal punah dimamah usia. Dan bersyukurlah anda tidak cantik kerana jika ada insan yang menyayang anda, kasih sayangnya bukan kerana paras rupa.


Perghhh…macam buat karangan Bahasa Melayu SPM dah nih.huhu….(dengan ayat yang skema…jannah jannah…=P)


Apa-apapun, ini ingatan untuk semua termasuk diri saya sendiri. Hilangkan ‘kalau’ dalam kamus kehidupan kita. Bersabar dan tabah menghadapi musibah serta bersyukur dengan segala yang kita miliki.


Akhir kata…”Sayangilah usia kita kerana sekali ia pergi tidak akan ada pengulangan kembali…”=D


penaJannah


…takkan berhenti menari!!!


Ku terkenang....

Friday, July 23, 2010

Assalammualaikum semua=)
Semoga sentiasa tenang dibawah lindungan Dia yang Maha Penyayang.

'Ku terkenang'...
Pantas benar masa berlalu. Tanpa sedar, fasa demi fasa kehidupan telah dilalui. Setiap fasa yang ditinggalkan bersama secubit kenangan. Pahit atau manis atau mungkin tanpa rasa, namun semuanya berharga. Entah kenapa hari ini saya terkenangkan siapa saya 5 tahun dulu, atau mungkin 10 tahun yang lalu.

Imbas semula....jeng jeng jeng =p
5 tahun yang lalu. Baru berusia 20 tahun(muda lg masa nih...kihkihkih) Tahun ke-2 di UPM dalam jurusan Sains Komputer pengkhususan Kejuruteraan Perisian.
Siapa saya masa tu?
  • Seorang anak yang baru 2 tahun tinggal berjauhan dengan keluarga...Saya tinggal di asrama selama 6 bulan sahaja.hehe...bahagia tau tinggal kat rumah bila abg dan adik tinggal di asrama. terasa macam anak tunggal.
  • Seorang pelajar universiti, yang baru kenal alam universiti. Masih teraba-raba mencari arah tuju masa depan. Seriously, saya tak ada impian sejak kecil lagi. Saya ke sekolah kerana saya suka belajar dan berkawan. Saya ke universiti juga kerana saya suka belajar. Pelik kan? Memilih jurusan Sains Komputer kerana 'Kejuruteraan Perisian' atau 'Software Engineering'..bunyi macam best..hehe...Walaupun tanpa impian, saya tetap teruskan kehidupan dan tidak melepaskan peluang yang datang sebab saya percaya, peluang kedua jarang muncul dan setiap kejadian ada sebabnya. Jadi, saya selalu mengambil setiap peluang yang tiba di depan mata. Dan saya sentiasa percaya, satu hari saya akan temui 'sesuatu' yang saya akan lakukan setulus hati saya. Alhamdulillah. 'Sesuatu' itu telah kutemui di sebalik rona-rona kehidupan sebagai pelajar. Apakah 'sesuatu' itu??? hehe...ada la...
  • Dan juga seorang insan yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Kesilapan..atau mungkin lebih tepat disebut kelalaian. hurmmm...Bila mengingatkan semula kesilapan yang ku lakukan tanpa sedar, terasa menyesal. Namun, manusia takkan pernah sunyi dari terlupa dan melakukan kesilapan. Apa yang penting ada belajar dari kesilapan kan?
ok itu jer...

 
Imbas semula ke-2...zaman sekolah...hehe..zaman yang buat saya tersenyum meleret bila terkenangkan. nanti-nanti la saya cerita...

Apa motif saya terkenang-kenang nih?
Kadang kala, bila kita berada di tempat yang sama (walaupun situasi berbeza) dan melalui kehidupan yang hampir sama(walaupun sebenarnya berbeza), kita tak sedar banyak perkara telah berubah. Yelah, dari umur 20 ke 25 tahun, secara fizikalnya tak banyak yang berubah.

Ku berpaling ke belakang
cuba menyingkap sejarah silam
bukan niat untuk mengenang
cuma mencari diri yang hilang.

Telah jauh aku melangkah
tanpa sedar...
rupanya kakiku tak pernah berhenti
meski sesekali aku terasa kaku tanpa nadi.

Kenangan oh kenangan...
datang dan pergi
kesannya kekal di hati...
namun
ku kan terus berlari
tanpa henti...


ok..itu jer...(apa yang ku bebelkan nih....?huhu)



penajannah
...takkan berhenti menari!!!

Maaf

Maaf...andai lidah ini terlalu lancang menutur kata,
tanpa sedar ada yang terluka,
 
Maaf...sesekali aku berdiam,
ku tinggalkan soalan tanpa jawapan,
kerna kadang kala perit untuk meluahkan,
tanpa ku sedar ada yang bimbang...
 
Maaf...andai ada keputusanku di luar dugaan,
terpaksa kuteruskan meski dalam sedar
mengguris rasa...
 
Maaf...pernah aku tiada saat kau mencariku,
saat kau berduka
mendambakan kekuatan dariku...

Maaf...kerna aku tak mampu menjadi teman seindah impianmu
Maafkan daku...


penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

The view is great...

Saturday, July 17, 2010

I can almost see it.
That dream I'm dreaming, but
There's a voice inside my head saying
You'll never reach it
Every step I'm takin'
Every move I make
Feels lost with no direction,
My faith is shakin'
But I gotta keep tryin'
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down, but
No I'm not breaking
I may not know it, but
These are the moments that
I'm gonna remember most
I've just gotta keep goin', and
I gotta be strong
Just keep pushing on, but

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waitin' on the other side
It's the climb



p/s: i love the movie and the song...'There's always gonna be another mountain'

penajannah
...takkan berhenti menari!!!

susun silang kata terakhir

Saturday, July 10, 2010

Assalammualaikum~
i like this song very much before...but i like it even more cause somebody sing this song all day, with me. it is nice...enjoy the song!! ^__^




penajannah
...takkan berhenti mengingati!!!

kembali merindu

Thursday, July 1, 2010

Assalammualaikum... ^__^/

'kembali merindu'...sekali lagi macam tajuk lagu da...lagu slam..hehe (ada 5 minit je tok post nih, mana idea ni???)
ok. mari menjawab soalan.

Merindu saper?
-insan-insan tersayang kat penang dan kl jugak la...dah sedara bersepah-sepah kat malaysia(nasib baik kat malaysia jer..hihi)
-dan kawan-kawan jugak...bila nak reunion nih???

kenapa merindu?
- sebab dah kembali ke 'medan perjuangan'...huhu Terus terang la kan, kadang kala rasa macam nak berputus asa.(ayat ni lebih senang ditulis dalam bahasa Inggeris..kan?) tapi, selalu ada 'tapi' dalam fikiran nih. dan setakat ni walaupun banyak penyesalan yang tersembunyi di hati ini, menyerah kalah tidak sekali, terutama dalam sesuatu yang saya minati, iaitu belajar. Jadi saya tiada pilihan lain selain menamatkan apa yang telah saya mulakan. hurmmm....dan doa insan-insan tersayang mengiringi setiap langkah saya.

ok itu sajer post kali ni~enjoy da song....

penajannah
...takkan berhenti menari!!!

 
penaJannah - Templates para novo blogger