Wednesday, June 8, 2011
Astaghfirullah.. Astaghfirullah..
Astaghfirullahal ‘adzhim.. Al ladzii laa illa ha illaha..
Huwal hayyul qayyuum.. Wa atubu illaik..
Amin… amin… amin… amin…
Ku bermohon pada Mu yaAllah..
Tetapkan iman ku sentiasa pada Mu
Berserah pada Mu
Sesungguhnya
Solat serta ibadahku
Hidup dan matiku
Hanyalah untuk Mu
Hanyalah untuk Mu
Ya Allah..
Laillahaillalah.. Laillahaillalah.. Laillahaillalah..
Ku bermohon pada Mu
Tiap detik ku mengharap kebaikan Mu
Lindungilah aku selamatkanlah
Dari seksaan mu yang azab sengsara
Laillahaillalah.. Laillahaillalah.. Laillahaillalah..
Ku bermohon pada Mu
Permudahkanlah segala urusan
Rahmatilah segala pemberian
Kurniakanlah aku dunia dan akhirat
penaJannah
...takkan berhenti menari!!!
Pernah kita merasa sendiri, dalam sepi nasib ditangisi, walhal, kita tidak pernah dibiarkan keseorangan. Setiap langkah dalam hidup ini sentiasa dilihat-Nya. Setiap nafas yang dihembuskan adalah anugerah dari-Nya. Setiap titis air mata adalah kasih sayang-Nya. Setiap kesedihan dan kepayahan adalah ujian-Nya. Kita tidak pernah sendiri kerana Dia sentiasa ada, sangat hampir dengan kita, tetap dihati kita yang paling dalam. Cuma kita, manusia ciptaan-Nya, hamba yang sesekali lupa dan leka. Lupa untuk bersyukur pada-Nya. Leka mengejar dunia yang seketika cuma. Sedang Dia sentiasa menanti tanpa jemu. Hamba-Nya menadah tangan, memohon kepada-Nya... Cuba dan cuba, memohon pada-Nya, sesungguhnya Dia Tuhan yang maha pengasih dan maha penyayang...(^__^)
0 comments:
Post a Comment