Dialog Berulang

Friday, March 25, 2011

Assalammualaikum semua=)
Kabare?hehe.. Semoga sihat semuanya.

'Kalau tiada fitnah dan hasad dengki, bukan dunia namanya.'

Ini petikan dialog dari filem 'Hang Jebat', filem lama tapi masih tetap di ulang tayang di kaca tv. Inilah kata-kata sahabat Hang Tuah yang telah difitnah oleh pembesar Melaka dan dihukum bunuh oleh Sultan Melaka. Seingat saya, cerita ini sudah berulang kali diulang tayang dikaca tv. Kadang kala tertanya sendiri, masih relevankah kisah lama seperti ini diungkit dan diulang berkali-kali? Sejarah, masa lampau yang mengandungi pengajaran buat generasi masa kini. Mungkin itu tujuan kisah ini diulang-ulang, untuk memberi peringatan dan pengajaran. Berkesankah? Jawablah sendiri soalan itu...

Fitnah dan dengki, dialog berulang sejak manusia dijadikan Tuhan. Seawal pembunuhan Habil dan Qabil, kisah Nabi Yusoff, air mata Saidatina Aisyah, Hang Tuah dan ramai lagi. Terlalu ramai hingga tidak mampu ditanggung memori saya yang lemah. Dialog yang tidak pernah ditelan zaman, tidak pernah lapok dek teknologi dan peradaban manusia. Malah teknologi kian membangun, fitnah makin menjadi-jadi. 

Fitnah melibatkan manusia dan manusia yang lain. Tidak terjadi di kalangan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Oleh itu dosa ini digolongkan dosa sesama manusia. Maka dosa  ini tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan meminta ampun orang yang difitnah. Kini, menyebar fitnah seolah-olah perkara yang kecil bagi manusia sekarang. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 

Betapa besar hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang menjadi penyebar fitnah.Tidak takutkah? Tidak gerunkah golongan-golongan penyebar fitnah ini dengan hukum Allah? Saya teringat kata-kata panel dalam rancangan Halaqah minggu lepas. 

'Orang yang melakukan dosa tanpa rasa bersalah adalah orang yang gagal membayangkan seksaan api neraka yang dasyat. Jika mereka mampu membayangkan seksaan neraka Allah, pasti sekecil-kecil dosa juga akan ditinggalkan.'

Oh..kurang daya imaginasi rupanya mereka ini!!!!

Siapa yang selalu difitnah?

Kata HM Tuah dalam salah satu buku beliau (tak ingat dah buku mana, banyak sangat buku Tuah nih)
'Orang yang difitnah adalah orang berpotensi tinggi untuk berjaya dalam hidup, melebihi orang yang memfitnahnya. '

Betul kan? Hanya orang yang hebat akan difitnah. Lihat saja Rasulullah SAW, manusia terhebat di dunia, tidak terhitung kata-kata fitnah sepanjang riwayat hidup baginda. Hingga kini, pabila baginda sudah tiada di muka bumi ini, fitnah ke atas baginda masih bermaharajalela.

Jika kita termasuk dalam golongan yang difitnah, bersyukurlah, kerana kita ada potensi yang hebat. Potensi itu amat digeruni orang yang memfitnah. Teruskanlah menjalani kehidupan dengan ikhlas dan jujur kerana yang benar tetap benar, tiada yang mampu menyangkal. Walaupun kita dikeji di mahkamah dunia, percayalah kita akan dimuliakan di mahkamah akhirat. Di sisi Allah sebaik-baik tempat kembali...

p/s: salah satu kisah fitnah...(^__^)

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

0 comments:

 
penaJannah - Templates para novo blogger