Terkesima daku~

Wednesday, March 30, 2011

Assalammualaikum~
Semoga tenang dan tabah mengharungi liku-liku hidup di dunia ini.. Dunia kan 'dewan peperiksaan', tempat diuji dengan pelbagai masalah dan persoalan. Sentiasa bersiap sedia untuk di uji semahunya. InsyaAllah, Allah melihat setiap titis air mata dan keringat hamba-Nya, yang lelah dalam susah payah mencari redha-Nya.

Apa yang buat saya terkesima???

Alunan bacaan Al-Quran oleh peserta-peserta peringkat akhir Akademi Al-Quran 5 atau lebih ringkas AQ5. AQ5 telah berlangsung dengan jayanya pada 26hb Mac 2011(hari Sabtu) di PICC, Putrajaya. Saya hanya menonton siaran langsung di TV9,dihatiku...hehe~ Bangga tengok PICC penuh dengan penonton. Alhamdulillah, masih ramai generasi Al-Quran. Semoga golongan ini akan mewarnai kepimpinan negara satu hari nanti. ^__^

Mula-mula berazam ingin menulis/mengedit tesis sambil menonton AQ 5. Alih-alih, tesis entah ke mana perginya... Terkesima dan terpegun dengan alunan ayat Al-Quran yang dibaca oleh keempat-empat finalis AQ 5 yang berjaya ke peringkat akhir. Syabas!!! Anda semua pemenang walaupun tidak dinobatkan sebagai Johan AQ 5. Peserta dari Sabah, Mohd. Syahriansyah Apin, 25, muncul juara. Tahniah!!!
Terasa kerdil pula diri ini. Hanya mampu membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul saja...itu pun sesekali terkandas juga. Sudahlah nafas pendek..huhu~ =__= Namun, jauh di sudut hati saya bersyukur kerana tidak buta Al-Quran. Alhamdullillah... 

Bila bercakap tentang Al-Quran, pasti terkenangkan mak. Mak dan penyangkut baju dan tali pinggangnya.hehe~ Masih terasa sakitnya kena pukul dengan mak sebab anak dia yang nakal dan degil, tak nak pergi mengaji...hehe... Sampai depan tangga surau pun tak nak naik jugak. Ish3...ketegap sungguh... Ini masa kecil ye... Agak-agak kalau tidak dipaksa, dipukul, diheret pergi mengaji, adakah saya akan kenal al-Quran? Terima kasih, mak... ^__^

Adakah lagi ibu bapa seperti ini pada masa kini? Ada, memang ada, masih ramai sebenarnya. Namun agak mengecewakan bila melihat ibu bapa tidak mengendahkan pendidikan agama anak-anaknya. Anak-anak tak pergi kelas tusyen dimarah, dileteri...tapi anak-anak tak pergi mengaji, tak mengapa... Bila anak-anak pandai menyanyi..ibu bapa bangga tak terhingga... Anak-anak pandai mengaji, dipandang sebelah mata... Padahal nyanyian anak-anak tak membawa ibu bapa ke syurga, mengurangkan seksa neraka pun tidak...



Ok..i'm running out of time..kalau ada kesempatan saya sambung...
Terima kasih...

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Dialog Berulang

Friday, March 25, 2011

Assalammualaikum semua=)
Kabare?hehe.. Semoga sihat semuanya.

'Kalau tiada fitnah dan hasad dengki, bukan dunia namanya.'

Ini petikan dialog dari filem 'Hang Jebat', filem lama tapi masih tetap di ulang tayang di kaca tv. Inilah kata-kata sahabat Hang Tuah yang telah difitnah oleh pembesar Melaka dan dihukum bunuh oleh Sultan Melaka. Seingat saya, cerita ini sudah berulang kali diulang tayang dikaca tv. Kadang kala tertanya sendiri, masih relevankah kisah lama seperti ini diungkit dan diulang berkali-kali? Sejarah, masa lampau yang mengandungi pengajaran buat generasi masa kini. Mungkin itu tujuan kisah ini diulang-ulang, untuk memberi peringatan dan pengajaran. Berkesankah? Jawablah sendiri soalan itu...

Fitnah dan dengki, dialog berulang sejak manusia dijadikan Tuhan. Seawal pembunuhan Habil dan Qabil, kisah Nabi Yusoff, air mata Saidatina Aisyah, Hang Tuah dan ramai lagi. Terlalu ramai hingga tidak mampu ditanggung memori saya yang lemah. Dialog yang tidak pernah ditelan zaman, tidak pernah lapok dek teknologi dan peradaban manusia. Malah teknologi kian membangun, fitnah makin menjadi-jadi. 

Fitnah melibatkan manusia dan manusia yang lain. Tidak terjadi di kalangan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Oleh itu dosa ini digolongkan dosa sesama manusia. Maka dosa  ini tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan meminta ampun orang yang difitnah. Kini, menyebar fitnah seolah-olah perkara yang kecil bagi manusia sekarang. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 

Betapa besar hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang menjadi penyebar fitnah.Tidak takutkah? Tidak gerunkah golongan-golongan penyebar fitnah ini dengan hukum Allah? Saya teringat kata-kata panel dalam rancangan Halaqah minggu lepas. 

'Orang yang melakukan dosa tanpa rasa bersalah adalah orang yang gagal membayangkan seksaan api neraka yang dasyat. Jika mereka mampu membayangkan seksaan neraka Allah, pasti sekecil-kecil dosa juga akan ditinggalkan.'

Oh..kurang daya imaginasi rupanya mereka ini!!!!

Siapa yang selalu difitnah?

Kata HM Tuah dalam salah satu buku beliau (tak ingat dah buku mana, banyak sangat buku Tuah nih)
'Orang yang difitnah adalah orang berpotensi tinggi untuk berjaya dalam hidup, melebihi orang yang memfitnahnya. '

Betul kan? Hanya orang yang hebat akan difitnah. Lihat saja Rasulullah SAW, manusia terhebat di dunia, tidak terhitung kata-kata fitnah sepanjang riwayat hidup baginda. Hingga kini, pabila baginda sudah tiada di muka bumi ini, fitnah ke atas baginda masih bermaharajalela.

Jika kita termasuk dalam golongan yang difitnah, bersyukurlah, kerana kita ada potensi yang hebat. Potensi itu amat digeruni orang yang memfitnah. Teruskanlah menjalani kehidupan dengan ikhlas dan jujur kerana yang benar tetap benar, tiada yang mampu menyangkal. Walaupun kita dikeji di mahkamah dunia, percayalah kita akan dimuliakan di mahkamah akhirat. Di sisi Allah sebaik-baik tempat kembali...

p/s: salah satu kisah fitnah...(^__^)

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Sepi itu Indah~

Friday, March 11, 2011

Di dalam cerah ku rasa kelam
dalam riuh ku rasa sunyi
terangnya warna pelangi ku pandang suram
warnanya pudar di mata hati
meski cerlang di mata kasar
apakah yang hilang???
benakku bersuara tanpa henti
jiwaku terus mencari...

Ketenanganku bagai dicarit
kewarasanku makin tergugah
kematanganku kian goyah
hidup memang kian payah
deras mengalir tanpa henti
laluan kian berhalang
haluan kian berliku
bukankah itu kehidupan
tak pernah sunyi dari ujian...
lantas...apakah yang kurang?

Bila mata gagal melihat dalam cerah
kutatap lama sebuah kegelapan
dalam kelam ku mengeluh kesah
hadirkan cahaya dalam kesuraman
kembalikan ketenanganku...
andai dosa semalam jadi taruhan
punca hilang pedomanku
ampunkan aku ya Tuhan
dengan penuh rasa kerdil
dengan penuh rasa hina
kembalikan nur-Mu di hatiku...

Sungguh Kau maha mendengar
tak pernah lena
tak pernah leka
sempurna...itulah Kau...
aku gelisah
rupanya ada rasa rindu dalam diri
rindu pada pekatnya malam
rindu untuk menatap langit tanpa bintang
gelap, sepi, tenang
Oh Tuhan...
bangkitkan aku untuk mengadap-Mu...


penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

Make it REAL...

Friday, March 4, 2011

Assalammualaikum semua=)

Bila pena lama menyepi 
lama tidak menari
langkah sumbang sesekali
namun degil jua hati ini
ingin terus berdiri...

Degil ke??? Dalam loghat utara dipanggil 'ketegaq'...(sound better.haha) Tiga minggu terperuk di rumah. Kenapa??? Saya tidak sihat...kena chicken pox..huhu...but i'm better now~ Adakah ini natijah dari kenakalan sebagai mak menakan menyakat anak menakannya? Oh tidak... ini ujian-Nya...lambang kasih sayang Tuhan. Dia mahu saya menghargai nikmat kesihatan yang Dia sering anugerahkan kepadaku.Ujian itu pengajaran dari Tuhan yang maha penyayang. Jadi sabarlah wahai hatiku~

Kemudian tiba-tiba musibah melanda lagi. Terasa ingin terus duduk, tak ingin bangkit lagi. Tetapi, dalam hidup kita tak diberi pilihan, selain bangkit dan teruskan kehidupan. Teruskan hidup walau pun terasa susah dan lelah. Alhamdulillah, Dia maha pemurah, pemberi kekuatan pada hamba-Nya yang kian lemah, beri ketabahan pada hati yang sering goyah. Bangkit semula untuk kesekian kalinya...(^__^)/ (kadang2 teringin jugak nak kira berapa kali..hehe)

Make it Real???
Apa kaitan tajuk entry ini dengan kisah suka duka saya di atas? Kadang kala, bibir lancar berkata, mulut lancang bersuara. Ini salah, itu tak betul... Kita lancang menegur kesilapan yang lain, terutama yang terjadi depan mata. Tetapi kadang kala tanpa sedar kita jua melakukan kesilapan yang sama. Bukan sekali, malah berkali-kali. Antara sedar atau tidak, kita tidak seperti yang kita sering suarakan. Kita sering bercakap soal kebaikan, tetapi sebaik mana agaknya kita. Sering berkata soal maruah, tetapi sebaik mana kita menjaga maruah kita. Bercakap soal agama, tapi jarang sekali menilik diri sendiri sejauh mana kita mempraktikkan ajaran agama kita. Bercakap soal kerajinan, tanpa sedar kemalasan sering hinggap dalam diri. Jadi, adakah kita perlu berhenti bersuara atau menegur yang lain? Tidak... Tetapi disamping menegur yang lain, belajarlah dari teguran yang kita lemparkan itu. Utamakan menegur diri sendiri disamping menegur yang lain. Dan jangan lupa minta bimbingan-Nya pabila bersuara.

Make it Real...

Itu sahaja yang saya cuba sampaikan di pertemuan yang singkat ini.

Sesekali lidah lancang berkata
maaf ada yang terasa
namun ku bersuara bukan kubenci
tetapi ada rasa kasih menghenyak di kalbu
kasih sesama muslim yang pasti...

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

 
penaJannah - Templates para novo blogger