Kau tak nak bangun ke???

Tuesday, January 26, 2010


Assalammualaikum...Nursakinah...
Dah pukul 4 pagi, kau tak nak bangun? Kan kau selalu bangun waktu ni? Kata kau ingin bertahajud, solat malam kan amalan Rasul dan para sahabat... Bangunlah...sudah lama kau tidur? Apa kau sudah lupa pada nikmatnya sujudmu di waktu bening ini? Nursakinah, namamu indah, cahaya ketenangan. Bangunlah...cari ketenangan itu...Nursakinah....

Masa merangkak pergi...

Tepat 6.08 pagi, suara berkumandang lagi. Nursakinah...bangun sayang... Solat subuh. Kau sendiri tahu, solat itu tiang agama, goyah tiangnya, goyahlah imanmu. Aku masih ingat pada hari itu, kau masih kecil, baru 9 tahun, namun kau sungguh lincah sayang. Kau bangun lewat, pukul 8 pagi. Kau jadi kaget tatkala matamu melihat jam di meja itu. Hatimu seperti mau menjerit. Kau sudah lewat, ya kau sudah lewat, Nursakinah. Kau tidak bangun untuk solat subuh tadi. Kau letih sekali. Hari itu hari Ahad, kau penat kerana aktiviti sekolahmu, ada acara sukan hari Sabtu. Kau aktif bersukan, wakil rumah malah wakil sekolah olahraga. Ibumu cuba mengejutkan kau tapi kau terlalu letih untuk bangun. Hati seorang ibu jadi belas melihat rautmu keletihan, lantas dibiarkan saja kau tidur. Kau lewat, kau tidak solat subuh... Tiba-tiba matamu basah. Air matamu mengalir. Kau rasa bersalah kan? Padahal kau tak sengaja. Kau yang baru 9 tahun itu tahu pentingnya solat. Hidupmu takkan lengkap tanpanya kan... Jadi bangunlah Nursakinah... Kau bukan kanak-kanak lagi, harus disuruh itu dan ini. Ibumu jua tiada disampingmu kini. Nursakinah yang sudah 23 tahun, masakan tak tahu bangun sendiri??? Bangunlah... bangun sayang...

...bersambung

...penajannnah
takkan berhenti menari!!!

0 comments:

 
penaJannah - Templates para novo blogger