Salam Perkenalan...

Friday, August 29, 2008

Teman...
kadang kala hidup ini sukar di tafsirkan. Tatkala kita mengharapkan kemanisan, mungkin realiti yang datang cukup pahit untuk ditelan. Hingga sesekali kita melatah. sesekali kita terlupa pada matlamat kita dijadikan Tuhan. Bukankah Dia menjadikan kita untuk beribadat padaNya? Bukankah kita hanya hambaNya yang lemah? Hamba? Kitalah hamba yang paling bertuah, bebas membuat pilihan, kiri atau kanan...syurga atau neraka. Hamba yang diberi segala-galanya...mata untuk melihat...akal untul berfikir...iman untuk mentafsir.... Dengan segala anugerah yang Dia kurniakan...mengapa kekadang kita terlupa untuk mengucapkan syukur?

hm...post pertama..tapi telah meninggalkan banyak persoalan. Mungkin saya bukan insan sempurna yang punya banyak pengetahuan dan pengalaman hidup. Sekadar ingin berkongsi ilmu dan pengalaman serta pendapat. Mungkin ada di kalangan kita terlupa, terleka dengan nikmat dunia. Saling mengingati antara kita, itulah tandanya ikhlas sebuah persahabatan. Caring is loving...right?

Setakat ini sahaja waktu yang saya ada. Post seterusnya akan menyusul...insyaAllah...

"When the going gets tough, the tough gets going"

0 comments:

 
penaJannah - Templates para novo blogger