Terus Berlagu~

Saturday, June 30, 2012



Gelang terpatah,
Gelas teretak seribu
janji dunia musnah
terlepas di tapak tanganmu..

Biarkan menyepi
biarkan masa terhenti
ambil cukup nafasmu
pasti perlahan kau berdiri

Hampir terindah
hampir sudah terapung
harapanmu yang tenggelam dulu
dan hampir tinggi
hampir menyanyi lagi
suara hati yang pernah membisu

Suaranya
yang mampu mengema segenap suasana
hatimu berlagu lalilala
berlagu lalilala lagi

Condong bahumu
menjunjung peti impian
huuu..terus ke hadapan
lelah mu dahpun kau tinggalkan

Hampir terindah
hampir sudah terapung
harapan mu yang tengelam dulu
dan hampir tinggi
hampir menyanyi lagi
suara hati yang pernah membisu

Suaranya
yang mampu menggema segenap suasana
hatimu berlagu lalilala
berlagu lalilala lagi meniti mimpi kita
walau seketika mengejar mimpi sempurna...
Melangkah jauh pergi takkan mengundur
walau untuk sekali

Hampir terindah
hampir sudah terapung
harapan mu yang tenggelam dulu
dan hampir tinggi
hampir menyanyi lagi
suara hati yang pernah membisu
terbuka bebas sinar warnamu....

Suaranya
yang mampu menggema segenap suasana
hatimu berlagu lalilala
berlagu lalilala lagi dengarkan bersama

Suaranya
yang mampu mengema segenap suasana
hatimu berlagu lalilala
berlagu lalilala lagi di mimpi kita...

p/s: Jangan mengalah!

penaJannah
...Takkan berhenti menari!!!


Lebuh Raya Cinta

Thursday, June 14, 2012

Assalammualaikum semua~


Semoga sihat semuanya....=)


Lebuh Raya Cinta...merupakan salah satu tajuk kecil dalam buku 'Di mana Dia dihatiku?' hasil karangan penulis kegemaran saya, Pahrol Mohd Juoi

Buku ini memang mantap habis! Silalah milikinya. RM15 jer... (Promosi percuma)

Ini sedutan daripada buku berkenaan:- (bukan ayat sebenar...)

Lebuh Raya Cinta~

Di lebuh raya, sesak, hujan lebat... Ada 3 golongan pemandu:-

Golongan 1: Golongan yang hilang sabar.
Mereka ini terus memasuki lorong kecemasan dan memecut ke hadapan, memintas orang lain dan melanggar undang-undang. Asalkan matlamat tercapai, apa sahaja sanggup dilakukan. Undang-undang dan saman, tidak menggerunkan mereka.

Golongan 2: Nak redah tapi takut.
Mereka ini memang berniat untuk mengikut jejak langkah golongan pertama. Tetapi masih ada rasa gerun dengan saman dan undang-undang. Jadi, mereka meneruskan perjalanan dengan hati yang terseksa. Menyumpah sepanjang jalan. Hati mereka lebih sesak dari lebuh raya. Jiwa mereka lebih panas dari mentari yang menyimbah jalan raya. Apabila pemandu hilang arah, penumpang akan kena tempiasnya. Mengikut undang-undang kerana terpaksa, diri sendiri yang terseksa!

Golongan 3: Tenang dan senang.
Mereka tenang dalam mengharungi lebuh raya yang sesak. Sesak memang sudah dijangka. Jadi mereka bersedia. Memintas di lorong kecemasan? Tidak sama sekali! Mereka punya prinsip nilai yang tinggi. Siapa pun hendak cepat sampai ke tempat yang dituju. Tetapi apa maknanya jika kita hilang nilai sabar, timbang rasa, tolak ansur dan hormat-menghormati. Mereka tahu apa yang mereka kejar dalam hidup ini. Mereka bahagia, tidak terseksa. Kesusahan memang ada, namun mereka sudah bersedia dengan bahan atau alat-alat tarbiah dan hiburan sebagai bekalan.

Kadang kala terperangkap sejam dua, menghadiahkan masa untuk kita mendapat ilmu melalui ceramah atau kuliah. Malah boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan. Lebih bahagia bila terperangkap dalam kesesakan bersama insan-insan tersayang! Segala beban terasa ringan. Bahang di luar, terasa bagai salji!

Ini juga 3 golongan lebuh raya kehidupan.
Kesusahan, kesedihan, dan kegagalan, kadang kala tidak dapat dielakkan. Sesekali datang tiba-tiba. 

Persoalannya, di mana kita? Apakah golongan pertama yang rakus hidup tanpa nilai?
Golongan kedua, pengecut yang hidup marah-marah tanpa ketenangan?
Atau golongan ketiga yang hidup dengan ketenangan atas keyakinan, ada sesuatu yang lebih berharga dalam litar kehidupan yang tidak sesekali ingin dikorbankan di litar jalan raya.

Life is about choices...
Yang mana satu pilihan kalbu? ^__^/

Sekian...

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!
p/s: The truth will always WIN, its just a matter of time. Kalau tidak di dunia, akhirat kan ada... 

 
penaJannah - Templates para novo blogger