Teringat sesuatu~

Thursday, May 20, 2010

Assalammualaikum~

Teringat sesuatu...ada seseorang pernah tanya, 'Kenapa semua novel/filem islamik mesti ada perkataan cinta? Ketika Cinta Bertasbih. Ayat-ayat Cinta. Sajadah Cinta. Syurga Cinta dan banyak lagi..'(kemudian seseorang itu ketawa)

(=___=)dan saya lupa nak jawab soalan seseorang itu...hurmmm...

Jawapannya:

'Cinta itu indah dan Allah suka pada keindahan'

Islam merupakan agama syumul yang mengajak pada kebenaran dan menolak kepalsuan. Mengajar umat manusia berkasih sayang bukan bermusuhan. Mengajar kita bermaafan bukan saling berdendam.
Novel/filem yang dinyatakan diatas ingin menonjolkan 'cinta' dalam erti kata sebenar, menurut Islam, bukan sekadar perasaan halus antara wanita dan jejaka.

Cinta pertama-Cinta pada Tuhan yang Satu.
Rasa cinta pada Ilahi akan membawa kita jauh dari perkara yang dikeji olehNya, sepertimana yang Dia perintahkan. Rasa cinta inilah yang memberi cahaya kepada insan-insan yang sesat dan lupa diri. Manusia yang dijadikan tidak pernah sunyi dari melakukan kesilapan. Kadang kala kita terlupa dan alpa dengan dunia yang sementara. Namun, selagi ada secebis rasa cinta pada Tuhan yang Esa, insyaAllah, kita akan menemui jalan pulang dilorong kesesatan.

Cinta kedua-Cinta pada kedua orang tua yang melahirkan dan membesarkan kita.
Insan yang melahirkan dan membesarkan kita dengan segala khudrat dan upaya mereka, bukan sahaja banyak berkorban, malah syurga kita terletak ditelapak kaki bonda. Tersayat hati melihat semakin ramai anak yang bukan sahaja melupakan orang tua masing-masing, tetapi semakin biadap dan berani menderhaka pada ibu bapa sendiri. Terdetik di hati ini, 'Tak takut dosa agaknya mereka ini..'
Pesan saya untuk semua dan diri sendiri, berbaktilah pada mereka yang paling berjasa dalam hidup kita.

Cinta ketiga-Cinta sesama manusia
Kepada sahabat, kepada rakan seperjuangan, kepada pelajar, kepada semuanya. Dan bila bercakap soal cinta sesama manusia, kita tak dapat lari dari persoalan cinta kepada pasangan dan juga persoalan 'jodoh'. Saya teringat kata-kata seseorang, " Jodoh akan datang bila kita bertemu dengan orang yang betul, pada masa yang betul, dalam situasi yang betul" (the right person, the right time , the right place) Dan saya nak tambah, 'Dengan cara yang betul'...

Sedikit nasihat untuk kita:

Jangan diletak bahagia pada sang bunga
kelak ia kan layu...
Jangan mengharap kasih pada manusia
kelak ia kan pergi jua..
Pohon kebahagiaan dari Dia yang Maha Mengasihi
sungguh Dia takkan pernah mengecewakan..
Letak harapan pada Dia yang kekal abadi
InsyaAllah kau kan temui cinta sejati~

penajannah
...takkan berhenti menari!!!



p/s: saya suke lagu ini (^__^)

Pendidik~

Sunday, May 16, 2010

Assalammualaikum semua~

16 May-hari guru~ Selamat Hari Guru!!!! =)

Guru adalah lilin...bla..bla...bla...( sila sambung sendiri ye.hehe)
ok...saya malas nak cerita tentang pengorbanan guru sebab kita semua sudah sedia tahu. Banyak memang banyak...Saya nak cerita tentang pendidik~

Kenapa perkataan 'pendidik' yang saya guna, bukan 'guru', 'cikgu' atau 'ustazah'? 'Pendidik' lebih umum, tidak terikat pada kerjaya seseorang. 'Pendidik' tak semestinya guru atau cikgu atau pensyarah. Tugas mendidik tidak terhad pada tempat seperti sekolah, kolej, universiti, maktab dan sebagainya. Proses mendidik boleh berlaku di mana sahaja. Bila si ibu mengajar anaknya melayan tetamu di rumah, di situ berlaku proses mendidik. Bila si abang mengajar adiknya melukis, di situ jua proses mendidik berjalan.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
Sampaikanlah olehmu yang datang dariku meskipun hanya satu ayat

Sifat mendidik perlu ada dalam diri setiap individu...  =)

Ada kisah yang saya ingin kongsikan. Tentang seorang individu bergelar guru.

Cikgu: Sue, dapat u mana?
Sue: UTM, cikgu. Johor.
Cikgu: Hang mintak course apa?
Sue: IT, cikgu.
Cikgu: la...awat ambik course tu. Susah nak dapat gheja nanti. Awat hang tak minta pendidikan ja? Cikgu tgk hang sesuai jadi cikgu.
Sue: Saya tak minat jadi cikgu, cikgu.
Cikgu: Awat? Gaji cikgu sikit?
Sue: Bukan pasai gaji cikgu. Saya tak minat ja.
Cikgu: Tak payah ada minat. Hang ajaq ja ikut silibus tuh. Cukup bulan dapat gaji. Gheja pon senang. Tak payah susah-susah interview sana sini.
Sue: Cikgu, saya daftar minggu depan. Cikgu doakan yang terbaik untuk saya na?
Cikgu: Ha lah. Dok tempat orang tu elok-elok.
Sue hanya menganguk. 'Ni ka cikgu? Tak dan aku masuk u lagi dah bagi aku lemah semangat'...

--Tamat---
kihkihkih~kesimpulan dari kisah di atas...ikhlaskan hati mu wahai pendidik...=)


Dan Rasulullah s.a.w bersabda: “Bahwasanya jika kamu mengajar seseorang, lalu dia mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya”.

Itu jer untuk kali ini. Terima kasih.=)

p/s: saya nak jadi pendidik di universiti. nak tahu kenapa???? lain kali la saya citer.  heee

penajannah
...takkan berhenti menari!!!

Ku tersenyum

Thursday, May 13, 2010

Ku tersenyum
dalam payah
dalam resah
dalam susah
kerana Kamu...

Ku melangkah
dalam lelah
dalam lemah
jua kerana Kamu...

Ku bangkit
dari sendu semalam
kerana Kamu
melenyapkan air mataku
menghadirkan secangkir ketenangan
disudut hatiku
menghadiahkan secebis ketabahan
di jiwaku...

Ku kan terus melangkah
menyambung impianku
impian indahku
hanya Kamu yang tahu...

Pintaku di setiap doa ku
jangan Kamu menjauh dariku...
terus disisiku
membuat aku tersenyum...

penajannah
...takkan berhenti menari!!!


Sepatah dua

Monday, May 3, 2010

Assalammualaikum~


Tak tahu kenapa, tangan ini galak sangat ingin menari di dada keyboard ini, mencoret sesuatu di blog ini. Walaupun sekejap cuma. 


Sepatah dua...
Alhamdulillah
sepatah kata untuk yang Esa
atas pemberian nyawa,
secarik ilmuMu menghiasi dadaku
secangkir ketabahan mengharungi duka
sebuah senyuman tanda ku tenang
disamping Mu
doaku
moga Kau terus bertakhta di hatiku.


Terima kasih...
dua patah kata
untuk dua insan tua jauh di mata
kerna melahirkan insan lemah ini
kerna mendidik anakmu ini
kerna mengajar daku mengenal dunia
kalian mengajarku untuk berdiri dan berlari
moga sejahtera menaungi kalian 
dunia, akhirat.


Tiada kata...
untuk sahabat yang setia mendampingi
dalam susah payah ku
sedia mengelap air mata ku
setia memelukku erat
hanya sekalung doa
mengiringi langkah kalian 
moga impian di minda kalian
menjadi nyata...


penajannah
...takkan berhenti menari!!!

aku...DIA...dan kamu

Sunday, May 2, 2010

aku kenal Dia sebelum aku kenal kamu

aku tahu Dia tak pernah jauh dari aku

aku yakin Dia tetap bersama aku

walau sesekali aku terlupa

Dia ada...terlalu dekat dengan aku



dan kamu

aku temui di salah satu lorong hidupku

aku kenali dalam pencarianku

ku mencari kasih yang Dia janjikan untukku



kamu tahu

andai ada rasa antara kamu dan aku

Dia yang menghadiahkan rasa itu

andai ada keindahan yang kamu lihat pada wajah ku

Dia jua yang menganugerahkan keindahan itu

kamu tahu itu

benar-benar tahu

tapi kamu lupa

aku juga alpa



dan kuleraikan jalinan tak bertali

antara kamu dan aku

kerna ia membawa aku jauh dari Dia

kutitip sekalung doaku untuk kamu

mengiringi setiap langkah kamu

andai ada jambatan antara kamu dan aku

jambatan itu hanya Dia...



penjannah
...takkan berhenti menari!!!

 
penaJannah - Templates para novo blogger