Adil ke?

Monday, May 14, 2012

Assalammualaikum semua =) 
Semoga sihat sejahtera, fizikal, mental dan iman. Sila cari ubat kalau sakit. 


'Adil'.....
Bukan mana-mana parti politik ye... tiada kaitan langsung! Nama je sama...
Sedikit luahan rasa dari saya.(untuk yang merindui luahan penajannah yang sudah lama tidak menari...hehe)


Pernah dengar rungutan ini... "Dunia ini memang tidak adil!"
 atau yang ini... "Kenapa orang yang bersalah terlepas? Yang tidak berdosa dihukum?"
 mungkin juga yang ini..."Apa salah aku sampai orang aniaya aku macam ni? Aku hanya mencari rezeki yang halal. Tak pernah ganggu sesiapa..."


Dan banyak lagi...


Pembaca-pembaca sekalian,
Di atas adalah rungutan insan-insan yang teraniaya. Yang tidak berdosa. Dalam bahasa Omputihnya..Innocent... (ecehhhh...)
Mereka dilanda kesedihan kerana insan-insan yang sudah hilang sifat 'insan' dalam dirinya. Manusia yang tega menfitnah manusia lain untuk mengejar harta dan keagungan dunia. Manusia yang tega menjerat insan tidak berdosa, semata-mata ingin menutup kesalahan sendiri. Dunia oh dunia...


Wahai insan teraniaya...
Berjuanglah menuntut keadilan di dunia. Andai tiada keadilan untuk kalian, bersabar dan ingatlah, dunia cuma sementara. Sampai masa setiap insan akan kembali kepada-Nya. Kematian bukan pengakhiran, tetapi permulaan kehidupan yang kekal abadi, akhirat namanya. Mahkamah dunia belum tentu adil. Namun, hakim mahkamah akhirat...sentiasa adil. Bersabar dan pohon kekuatan yang Maha Berkuasa. Bukankah doa insan-insan teraniaya di makbulkan Tuhan?


Insan teraniaya...
Bersyukurlah kerana kau insan yang difitnah, bukan memfitnah.
Kau insan yang berkata benar, bukan penipu.
Kau insan tidak berdosa...
Percayalah, Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui
Dia melihat setiap air mata yang kalian titiskan di saat mengadu kepada-Nya
Dia tahu kalian menderita...
Dia tahu setiap gerak hati kalian, meski kalian tidak bersuara..
Percayalah...
Allah tidak pernah mensia-siakan kesabaran hamba-Nya...
Satu ketika...kebenaran akan terserlah jua...


Walau insan yang tega menfitnah...
Sementara nyawa masih dikandung badan...
Bertaubatlah....






Sekian...


Jaga hati...
Jaga iman...
Jaga amal...


penaJannah
...takkan berhenti menari!!!



1 comments:

Anonymous said...

Di aniaya atau teraniaya satu ungkapan yang agak sukar untuk ditafsirkan. Kekadang kita pernah menganiaya org lain dan ALLAH membalas kita atau mungkin juga dari Doa Orang yang teraniaya itu sendiri. Kekadang ia satu cubaan dari ALLAH untuk menguji keimanan kita. Sebab itu hidup kita harus seimbang. ALLAH ada berfirman dalam hadis Qudsi yang berbuyi "Sombong itu pakaianKU, Kemegahan itu selendangKU, Barangsiapa yang memakai antara keduanya nescaya akan AKU humban kedalam neraka". Moralnya hendaklah selalu tawaduk dan merendah diri serta selalu bersyukur diatas apa jua nikmat dari NYA kerana ALLAH berfirman didalam AL-Quran "Barang siapa bersyukur atas nikmatKU maka akan AKU tambahkan lagi, tetapi barangsiapa yang kufur atas nikmatKU maka azabKU amat pedih". Kunci utama untuk mencari keredhaan ALLAH adalah HATI. Suci HATI maka suci DIRI.

 
penaJannah - Templates para novo blogger