Sedetik Cuma~

Tuesday, June 21, 2011

11:55 malam. Lagi 5 minit, hari ini akan berakhir. Setiap detik mengalir begitu deras. Tanpa sedar, kita sering terlupa menghargainya. Lebih menyedihkan, bila kita lupa menggunakannya sebaik mungkin. Masa lebih berharga dari emas. Andai terpaksa memilih antara wang ringgit dengan masa, tentu masa yang menjadi pilihan. Kerana masa, sekali ia pergi, tidak akan kembali lagi, biar kadang kala kita cuba menggantikannya dengan wang ringgit. Wang dan masa, nilainya terlalu jauh berbeza...


11:59 malam. Tiap detik yang berlalu, itu kenangan. Tersisip kemas dalam lipatan memori. Tidak kisah kuat atau lemah memori kita. Kenangan manis mengundang senyuman kala duka singgah di jiwa. Kenangan pahit, ingin saja dibuang dari kotak ingatan. Sesekali mengingatinya, dada jadi sesak dan semak. 


Kenangan...pahit atau manis, segalanya berharga... Kerna itu bukti kita berdiri, berjalan dan hidup di bumi Tuhan. Kesilapan dan kealpaan, itu tanda kita hanya manusia biasa... Kegagalan, itu ujian kesabaran. Kehilangan, menjadikan kita lebih redha, teguhkan percaya pada takdir Tuhan... Kejayaan, bukti Tuhan tidak pernah mensia-siakan usaha hamba-Nya. 


12:06 pagi. Saat bertukar minit. Minit menjadi jam... Sesekali memandang ke belakang, ada sesalan menghuni di ruang hati. Masa silam jangan sampai menggoyah tekad diri. Yang berlalu tetap berlalu, tiada siaran ulangan di alam nyata. Hanya sesekali bersiaran dalam ingatan. Masa silam tidak mampu diubah, dan masa depan menanti untuk digubah seindahnya...


12:10 pagi. Siang malam, silih berganti. Lelapkan mata di malam hari dengan doa dan harapan, hari esok akan bersinar cerlang. Bukan kerna mentari pagi, tetapi rahmat Tuhan yang tiada bertepi. Syukurlah kerna masih bernyawa...masih hidup di bumi Tuhan. Selagi nyawa dikandung badan, hidup perlu diteruskan. Dan hidup yang sekali ini... Usah disia-siakan...


12:13 pagi. Selamat malam dan Assalammualaikum~


penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

3 comments:

Zahiruddin Zabidi said...

Assalamaualaikum, dengar khabar duk Penang sekarang? Pelik juga, dah ada MA kenapa tidak jadi pensyarah sahaja....

Nota: Seronok pergi jalan-jalan dengan Ustaz Jet ke Penang, dua malam tidur di Sungai Dua... :)

jannah said...

wa'alaikummussalam, ustaz...
sihat alhamdulillah... aah sekarang bekerja di penang..tepi laut..hehe..
saya nak cari pengalaman dulu dalam bidang IT. Teori dan praktikal berbeza. bekerja lebih banyak kena belajar dari masa belajar dulu...=)

p/s: mak buat mee udang tak???hehe~ rugi kalau tak rasa...

Zahiruddin Zabidi said...

Oh, begitu rupanya. Saya ini mahu sangat jadi pensyarah, sedang berusaha... sasarannya sebelum umur 30 tahun, insya-Allah.

Nota: Tidak buat, cuma makan beberapa pinggan (sampai licin kami bertiga membahamnya) mee goreng, ada juga udang.

 
penaJannah - Templates para novo blogger