Pelajar Muda VS Pelajar Tua

Thursday, June 16, 2011


Assalammualaikum semua~

Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina…

Carilah ilmu sejak di dalam buaian hingga ke liang lahad…

Jika ingin Berjaya di dunia, carilah ilmu, jika ingin Berjaya di akhirat, carilah ilmu. Jika ingin Berjaya di dunia dan di akhirat, carilah ilmu…

Begitulah beberapa petikan hadis Rasulullah saw yang popular menceritakan tentang kepentingan ilmu. Ilmu yang baik dan diberkati, itulah yang perlu dicari sejak azali hingga penghujung nyawa. Pencintai ilmu tidak mengenal usia, penat dan jemu.

Pelajar Muda VS Pelajar Tua

Pengalaman yang tidak seberapa belajar dan mengajar di menara gading menemukan saya dengan dua kelompok pelajar ini, pelajar muda dan pelajar tua. Siapa pelajar muda dan siapa pelajar tua? Apa kriteria mereka?

Pelajar Muda
Pelajar Tua
  •            Mempunyai matlamat akademik yang jelas
  •            Tidak ponteng kelas
  •            Fokus di dalam kelas
  •            Banyak bertanya
  •            Tidak meniru dalam peperiksaan
  •            Tidak meniru ketika membuat tugasan
  •            Menghormati pengajar


  •            Tidak meletakkan apa-apa matlamat
  •            Selalu ponteng kelas
  •            Tidak focus di dalam kelas
  •            Meniru dalam peperiksaan
  •            Meniru ketika membuat tugasan
  •            Sering mengutuk pengajar



Pelajar muda meletakkan matlamat yang jelas dalam akademik, contohnya ingin mendapat CGPA 4.0, dan matlamat ini adalah matlamat yang tinggi, bukan cukup-cukup makan. Pelajar tua, tidak memiliki matlamat yang jelas. “Dapat 2.0 pun ok dah..”, “Lulus pun dah besar rahmat…” ini kata-kata pelajar tua.

Ponteng kelas, adalah tabiat buruk pelajar tua. Mereka tidak menyedari kepentingan menghadiri kelas atau kuliah. Tidak dinafikan ada pelajar yang mampu memperolehi keputusan cemerlang tanpa menghadirkan diri ke kuliah. Namun belajar berguru bukankah lebih baik dari belajar hanya dari buku? Pensyarah amnya memiliki pengalaman dalam bidang masing-masing. Kelas adalah medium yang terbaik untuk berkongsi pengalaman dengan para pelajar. Pengalaman bekerja atau belajar, kedua-duanya adalah ilmu tambahan yang penting untuk pelajar.

Pelajar muda, amat menghargai keringat pensyarah mengajar di dalam kuliah. Mereka bukan sahaja bersedia untuk belajar, focus pada pengajaran, tetapi juga aktif di dalam kelas. Banyak bertanya menunjukkan pelajar itu telah mengulangkaji pelajaran sebelum memasuki kelas. Pelajar ini menggunakan semaksima mungkin masa kuliah bersama pensyarah bagi memantapkan pemahaman mereka.  
Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.”

Sementara pelajar tua pula sebaliknya, gagal focus di dalam kelas. Lebih banyak melakukan perkara yang membuang masa dalam kelas, contohnya facebook, bermain game dan sebagainya.

Meniru dalam peperiksaan dan tugasan.  Kenapa perlu meniru dalam peperiksaan?
  • Tidak mengulangkaji pelajaran
  • Tidak hadir ke kuliah
  • Tidak membuat tugasan yang diberikan
  • Ingin mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dengan apa cara sekali pun.
Mengapa meniru dalam tugasan?
  • Cara mudah untuk mendapat markah tugasan
  • Tidak cukup masa
Tugasan yang diberikan bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman pelajar dalam setiap topic dan memberi gambaran tentang corak soalan peperiksaan. Merugikan, itulah satu perkataan yang patut diberikan kepada pelajar yang meniru dalam tugasan.

Pelajar muda amat menghormati pengajarnya, tidak kira pensyarah, penunjuk ajar, senior atau rakan-rakan mereka sendiri. Tabiat mengutuk pengajar adalah sikap pelajar tua.


Kesimpulannya, tua atau mudanya seseorang bukan bergantung kepada angka usia, tetapi kepada kematangan fikiran yang diterjemahkan menerusi perbuatan. Muda itu adalah cara bekerja dan berfikir yang sentiasa muda, agresif, segar, matang, tidak kenal letih, bersungguh-sungguh , sabar dan berani. Tun Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri kita salah seorang ‘orang muda’ kerana dalam usia 80-an masih memiliki semangat dan kesungguhan.
“Jangan tua sebelum waktunya...”

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

0 comments:

 
penaJannah - Templates para novo blogger