Dalam Mihrab Cinta~

Friday, May 6, 2011

Filem Dalam Mihrab Cinta, satu lagi filem yang diadaptasi dari novel karya Habiburrahman El Shirazy, selepas Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. 

Synopsis

Syamsul (Dude Harlino) pemuda 20 -an bertekad menuntut ilmu di sebuah pasentren  di Kediri, meninggalkan kehidupannya yang cukup selesa dan mewah. Di sini dia bertemu dengan Zizi (Meyda Sefira) puteri pemilik pesantren yang pernah ditolongnya ketika dilanda musibah di dalam kereta api. Kejadian tersebut membuat mereka jadi akrab.

Untuk menyempurnakan ilmu agamanya, Syamsul Hadi (Dude Harlino) memutuskan untuk menuntut di sebuah pesantren Al-Furqan di daerah Kediri.

Sayang, kehidupan pesantren, tidak seperti yang digambarkan  selama ini. Burhan (Boy Hamzah), teman sebiliknya di pesantren yang kelihatan baik di depan Syamsul telah memfitnahnya mencuri.

Tuduhan yang dirancang Burhan kepada Syamsul, membuat dirinya rela menerima perlakuan kasar dari semua pelajar di pesantren. Bukan itu saja, Syamsul pun diusir secara tidak hormat dari pesantren. 

Saat kembali ke rumah, keluarganya pun tidak menerima dan percaya atas penjelasannya kejadian sebenarnya. Merasa tidak ada yang mahu percaya terhadap dirinya, Syamsul memutuskan untuk hidup di jalanan.

Lantaran tekanan yang terus menghantui dirinya, akhirnya dia benar-benar mencurit kali ini. Dompet Sylvie (Asmirandah), tunangan Burhan menjadi salah satu korbannya. Mengetahui hal itu, Syamsul pun memiliki niat untuk membalas perlakuan Burhan dulu saat di pesantren.

Berbekal alamat di KTP Sylvie, Syamsul pun nekad mencari rumahnya. Pertemuan pun terjadi antara Sylvie dan Syamsul.

Akankah Syamsul membongkar perilaku Burhan didepan Sylvie? Lantas bagaimana nasib pertunangannya? Atau Syamsul jatuh cinta dengan Sylvie?



Baru sahaja menonton filem ini di 'Youtube' =)
Apa yang disimpulkan???
  • Impak fitnah sangat besar dalam masyarakat. Dalam filem ini, Syamsul Hadi telah difitnah oleh kawan karibnya sendiri. Syamsul yang asalnya lelaki yang soleh, akhirnya telah mencuri.
  • Setiap kesalahan perlu diadili dengan saksama sebelum dijatuhkan hukuman. Kisah ini memaparkan bagaimana penjahat akan melakukan apa sahaja untuk menyembunyikan kejahatannya. Malah mereka tidak takut pada laknat Allah SWT. Oleh itu, kebijaksanaan dan penelitian adalah penting dalam proses menjatuhkan hukuman. 
  • Bertaubat bila berbuat silap. Syamsul Hadi sedar bahawa dia melakukan kesalahan dengan mencuri, lantas insaf dan nekad untuk menjadi orang yang baik. Dia sedar Allah Maha Pengampun, akan mengampun setiap dosa hambaNya yang ikhlas dan nekad bertaubat. 

Setiap insan pernah melakukan kesilapan dan kekhilafan dalam hidup. Kadang kala kerana kebodohan sendiri, kurangnya ilmu agama. Ada juga kerana terdesak oleh keadaan, seperti mencuri kerana lapar. Ada juga antara kita yang melakukan kesilapan dengan sengaja, kerana kurangnya rasa takut pada Allah yang Maha Melihat akan setiap perbuatan hamba-Nya. 

Kesilapan pada masa lalu, biarkan ia berlalu. Jadikan ia pengajaran. Belajar memaafkan diri sendiri. Beri peluang kepada diri sendiri untuk kembali kepada fitrah. Tetapkan nekad dalam hati, aku tidak akan ulangi kesilapan yang sama lagi! Aku ingin jadi baik... lebih baik...

"Kesilapan silam usah dibiarkan membebani hati kerna ia akan mematikan langkah kaki..."

Sekian...

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!    

2 comments:

Anonymous said...

baguih filem ni

jannah said...

(^__^)/

 
penaJannah - Templates para novo blogger