Terima kasih Cinta~

Friday, April 29, 2011

Pagi yang hening, nyaman dan damai. Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah atas nikmat pancaindera yang Kau kurniakan padaku, hamba-Mu yang hina. Nursakinah tersenyum sambil mata kasar menelusuri gelapnya pagi, mata hati bersuara, "Ya Allah, jangan sesekali Kau gelapkan hatiku sepertimana Kau gelapkan malam-malamku."

5:46. Suara azan sayup kedengaran dari masjid berhampiran, masjid yang indah dan unik. 'Itu masjid ke UFO?' Bukan sekali dua komen begitu kedengaran dari orang yang pertama kali melihatnya.Unik dan kreatif, semoga berguna untuk umat.

"Ya Allah, ku bersyukur kerana dibangun bersama nikmat-Mu masih melimpah untukku,tidak berkurang walau satu. Tuhanku, terangilah mata hatiku dengan hidayah-Mu sepertimana Kau menghadirkan cahaya mentari untuk menerangi bumi."

6:15. Tadarus Al-Quran. Nursakinah teringat,dia gagal menghabiskan bacaan juzuk 24 semalam. Perutnya meragam. Itulah akibat dari tabiat makan berlebihan. Nabi Muhammad melarang umatnya makan secara berlebihan. 'Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.' Jangan makan seperti orang kafir, 'Orang Islam makan dengan satu perut.Orang kafir makan dengan tujuh perut.' Namun,kealpaan sering hadir dalam diri manusia. Sesekali kesakitan datang sebagai ujian dan peringatan.

6:45. Ah, Mathurat!!! Baca ke tak?Akhirnya tangan Nursakinah tetap mencapai warkah kecil, tertulis Mathurat Sughra pemberian sahabat yang sama-sama menuntut ilmu dengannya. Membaca Mathurat bukan kebiasaan Nursakinah sebenarnya.Kadang kala saja warkah itu jadi bacaan pagi atau petangnya. Untuk memulakan sesuatu memang payah. 'Langkah seribu bermula dengan langkah pertama.' Meski payah dan terasa renyah pada mulanya, keazaman yang kuat akan memudahkan jalan untukberubah menjadi lebih baik.
'Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu tidak mengubahnya.'
Setiap perubahan bertitik tolak dari diri sendiri, dari hati. Nursakinah tetapkan tekad!

7:20. Sarapan pagi! 'It's the most important meal of the day...' Sambil menjamah roti berinti ikan bilis yang lazat, mata Nursakinah tertancap pada skrin tv,TV9 dihatiku... Rancangan kegemaran insan-insan yang suka bangun pagi, Tanyalah Ustaz. Sudah separuh jalan...tajuk apa ya? 'Disebalik kalimah cinta...' Wah, tajuk menarik! Pandai penerbit cari tajuk... Nursakinah mendengar dengan kusyuk. Persoalan-persoalan yang bersarang di fikirannya seperti terjawab,walaupun tidak kesemuanya.
"Orang yang bangun pagi memang murah rezekinya."Nursakinah tersenyum.

8:15. Pengembaraan bermula! Cuma tiada geng... Sambil menggalas beg laptop yang tiada laptop, Nursakinah memulakan langkahnya. 'Naik bas ke naik teksi? Bas lambat...teksi mahal.' Nursakinah terus berfikir sambil kakinya dihayun pada kelajuan biasa,tidak santai, tidak memecut. 'Baslah...dah lama tak naik bas...'

8.30. Tiba ditempat menunggu,kelihatan beberapa orang telah berada di situ. Setelah lenyap lelah yang tidak seberapa, Nursakinah mencari 'bekalan minda' yang sengaja dibawa bersama. Penantian satu kerugian jika tidak diisi dengan aktiviti berfaedah. 
Kata pepatah Arab,
'Masa lebih berharga dari emas.' 
Mengapa disia-siakan??? 


Hasil karya Dr Danial Zainal Abidin bertajuk 'Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden.' menjadi santapan minda Nursakinah hari ini. Sejak bila Nursakinah berminat dengan ilmu perubatan? Dulu cita-cita hendak jadi doktor agaknya... Anda tidak perlu bercita-cita untuk menjadi  doktor untuk mempelajari ilmu perubatan dan kesihatan. Dan tidak perlu menjadi pakar komputer untuk tahu tentang komputer. Ilmu Allah bukankah luas, seluasnya? Mengapa disempitkan? Mengapa hanya mencari ilmu berkaitan bidang pengajian masing-masing sahaja? 

Masa terasa laju berlalu pergi.Lebih laju dari bas yang membawa Nursakinah dan penumpang lain. Namun, tidak terasa lelah atau mengantuk saat menunggu dan menaiki bas kerana waktu-waktu emas terisi dengan membaca!

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Eh...'Terima Kasih Cinta' nyanyian Afgan!!!! Bait-bait lirik lagu itu dihayatinya. 'Cinta...' kali kedua ungkapan itu menghiasi hari Nursakinah. Satu-satunya kekasih yang takkan jemu mendengar,melihat, menerima dan memaafkan kekasihnya adalah Allah dan rasul-Nya.

Terima kasih cinta kerana tidak pernah meninggalkan aku sendiri.
Tidak pernak letih mendengar keluhan demi keluhan sanubariku.
Tidak pernah jemu memaafkan setiap kesalahanku,meski sudah berulang kali ku ucap kata taubat.
Terima kasih Cinta untuk segalanya....

Dari bas,kini Nursakinah menunggu komuter pula. Penantian kali kedua... Komuter dijangka tiba jam 9:20.
'Perhatian kepada semua penumpang KTM. Perjalanan komuter tergendala sebentar kerana terdapat gangguan teknikal di stesen sentral KL. Harap maklum.'

Gangguan,ujian,dugaan. Semua itu sebahagian dari rencah kehidupan. Tidak semua yang kita rancang akan menjadi seperti yang kita mahukan. Sesekali badan yang sihat menjadi sakit. Harta yang bertimbun kian berkurang. Insan kesayangan dijemput Ilahi,dan berbagai lagi corak ujian yang Allah janjikan untuk hamba-Nya. 'Allah tidak membebankan hamba-Nya melebihi kemampuan mereka.'
Kadang kala perjalanan yang singkat menjadi panjang lantaran ujian dan gangguan ini. 'Ujian adalah didikan Tuhan untuk menjadikan hamba-Nya lebih sabar.'

Sabar.Ucapan ringkas yang sukar diaplikasikan dalam kehidupan harian. Nursakinah masih tekun menghadam 'bekalan minda'nya tadi. Terdengar suara-suara rungutan dan keluhan. Mengeluh...apa yang mampu diubah dengan sebuah keluhan? Diam dan sabar lebih baik... ditambah dengan zikir,jiwa lebih tenang.

9:56. Komuter yang dinanti ramai penumpang tiba jua akhirnya.Alhamdulillah.Allah tidak pernah mensia-siakan kesabaran hamba-Nya.

Tiba-tiba tren berhenti,agak lama. Mungkin masih ada gangguan di stesen sentral KL. Lebih setengah jam tren tidak bergerak. Ujian...kadang kala berulang... Sabarlah hati...

11:26. Nursakinah tiba di destinasi.Perjalanan yang singkat,penuh dengan senyuman kerana adanya secebis kesabaran anugerah Ilahi...

Tamat~

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

0 comments:

 
penaJannah - Templates para novo blogger