Motivator Terbaik

Tuesday, January 4, 2011

Assalammualaikum semua =)


Semoga sentiasa sihat fizikal, mental dan spiritual. Ah, selamat menyambut tahun baru 2011!!! Cepat betul masa berlalu kan? 2011, usia, keimanan dan kematangan, harap-harap berkadar langsung ye. Semakin matang dalam meniti usia.


Apa tajuk post kali ini??? Ada beberapa penulis yang saya kenali, mula menulis karyanya dahulu. Setelah siap karya tersebut, barulah terkulat-kulat cari tajuk buku. Bagus idea itu. Meletakkan tajuk pada sesebuah karya hanya akan mengehadkan kreativiti seorang penulis. Dengan itu, post ini tiada tajuk pada asalnya. Nanti bila telah tamat menulis, baru saya terkulat-kulat cari tajuk.hehe=)


Ada beberapa perkara yang buat saya berfikir sejak kebelakangan ini. Antaranya:-
-Kemalangan jalan raya yang kerap berlaku dewasa ini.
-Kematian secara mengejut tanpa mengenal tempat dan usia.


Dua perkara ini saja la...(sebab idea tiba-tiba tak nak keluar. degil kamu yer=_=")


-Kemalangan jalan raya, nak cerita satu-satu, tak cukup entry ni. Tapi alhamdulillah tak ada kemalangan parah yang melibatkan insan-insan kesayangan saya. Insan-insan kesayangan saya, sila jaga diri baik-baik ye. Ingatlah saya yang sayangkan kamu semua.
2010, telah banyak mencatatkan kemalangan jiwa melibatkan bas. Amat mengecewakan apabila kejadian ini berlaku disebabkan oleh kecuaian pemandu dan syarikat bas itu sendiri. Pemandu bas, mungkin mereka merasa diri mereka kecil nilainya dalam masyarakat. Yelah, mereka bukan graduan universiti, belajar pun tak setinggi mana. Mereka bukan pegawai kerajaan, jauh sekali menteri di jabatan perdana menteri dan dalam mimpi pun tak mungkin jadi perdana menteri. 


'Ah, aku cuma pemandu bas. Aku cuma tahu bawa bas. Cukup bulan aku dapat gaji. Gaji pun tak seberapa.' Monolog dalaman mereka.


Mereka silap jika berfikiran begitu. Pemandu bas sangat penting. Tanpa pemandu bas, mungkin ramai yang berhari raya di kota raya Kuala Lumpur (yang sangat membosankan dihari raya), bukan semua perantau-perantau di kota memiliki kenderaan sendiri. Seorang pengurus syarikat memerlukan pemandu bas untuk membawanya ke tempat mesyuarat kerana pengurus ini tidak memiliki lesen memandu. (Pengurus berkenaan rabun warna..hehe)


Pada saya, pemandu bas sama pentingnya dengan pemandu kapal terbang, kerana kedua-duanya bertanggungjawab ke atas nyawa penumpang, bukan seorang dua sahaja, tetapi semua penumpang. Pemandu kapal terbang tentulah tanggungjawabnya lebih besar kerana membawa beratus penumpang, perjalanan pun jauh, terbang tinggi lagi. Disebabkan itu kelayakan untuk menjadi pemandu kapal terbang sangat ketat.
Tapi kedua-duanya bertanggungjawab ke atas NYAWA MANUSIA. Nyawa, yang sekali hilang, takkan kembali lagi. Dan setiap nyawa, sama nilainya, tak kira pangkat atau usia. Semoga pemandu bas sedar mereka adalah orang yang penting dalam masyarakat. Kemalangan jiwa yang berlaku pada 2010, janganlah berulang lagi...


"Setiap individu dalam masyarakat dan negara bertindak seperti organ-organ di dalam tubuh manusia. Semua ada fungsinya, ada tugasnya. Apabila semua organ berfungsi dengan baik, tubuh akan sihat dan bertenaga."


-Kematian secara mengejut... Kelmarin kan? Kematian pelakon Faizal Yusoff? Serangan jantung. Baru berusia 32 tahun. Muda kan? Banyak lagi berita di dada akhbar, pelajar yang baru mengambil keputusan pmr mati dilanggar... kanak-kanak berusia 3 tahun, lemas. Setiap kali membaca berita sebegitu, ada satu rasa gerun menghenyak jiwa. Kadang kala tertanya sendiri, masihkah ada esok untuk aku? Sediakah aku untuk mati? Mati itu pasti, bila, bagaimana, di mana? wallahualam... Hanya pemegang nyawa kita yang tahu. Semoga kita semua mati dengan keimanan.


Jadi pembaca semua, tajuk entry kali ini adalah 'mati'!!!!
Kenapa tiba-tiba sebut pasal mati???
Teringat sabda Rasullulah SAW:
 'Orang yang paling cerdik antara kamu adalah orang paling banyak mengingati mati.'
Apabila kita mengingati mati, kita akan sentiasa ingat tugas manusia diutus ke muka bumi, sebagai hamba dan khalifah.
Apabila kita mengingati mati, kita akan merasa takut untuk melakukan dosa, walau sebesar hama kerana bimbang kita tidak sempat bertaubat.
Apabila kita sedar belum tentu hidup esok hari, kita akan berusaha menghargai masa yang ada dengan kebaikan dan ibadah.
Apabila kita tahu malaikat maut mampu menjemput kita bila-bila masa sahaja, kita akan sentiasa muhasabah diri, bertaubat pada-Nya atas segala dosa.
Apabila kita mengingati mati, kita akan sentiasa memaafkan kesalahan yang lain, kerana hidup ini terlalu singkat untuk membenci.
Ingat mati, ingat dosa, itu motivator terbaik kita.


penaJannah
...takkan berhenti menari!!!


p/s: tajuk entry telah diubah di saat-saat akhir agar tidak menggerunkan anda semua...(^___^)/

0 comments:

 
penaJannah - Templates para novo blogger