Teringat sesuatu~

Thursday, May 20, 2010

Assalammualaikum~

Teringat sesuatu...ada seseorang pernah tanya, 'Kenapa semua novel/filem islamik mesti ada perkataan cinta? Ketika Cinta Bertasbih. Ayat-ayat Cinta. Sajadah Cinta. Syurga Cinta dan banyak lagi..'(kemudian seseorang itu ketawa)

(=___=)dan saya lupa nak jawab soalan seseorang itu...hurmmm...

Jawapannya:

'Cinta itu indah dan Allah suka pada keindahan'

Islam merupakan agama syumul yang mengajak pada kebenaran dan menolak kepalsuan. Mengajar umat manusia berkasih sayang bukan bermusuhan. Mengajar kita bermaafan bukan saling berdendam.
Novel/filem yang dinyatakan diatas ingin menonjolkan 'cinta' dalam erti kata sebenar, menurut Islam, bukan sekadar perasaan halus antara wanita dan jejaka.

Cinta pertama-Cinta pada Tuhan yang Satu.
Rasa cinta pada Ilahi akan membawa kita jauh dari perkara yang dikeji olehNya, sepertimana yang Dia perintahkan. Rasa cinta inilah yang memberi cahaya kepada insan-insan yang sesat dan lupa diri. Manusia yang dijadikan tidak pernah sunyi dari melakukan kesilapan. Kadang kala kita terlupa dan alpa dengan dunia yang sementara. Namun, selagi ada secebis rasa cinta pada Tuhan yang Esa, insyaAllah, kita akan menemui jalan pulang dilorong kesesatan.

Cinta kedua-Cinta pada kedua orang tua yang melahirkan dan membesarkan kita.
Insan yang melahirkan dan membesarkan kita dengan segala khudrat dan upaya mereka, bukan sahaja banyak berkorban, malah syurga kita terletak ditelapak kaki bonda. Tersayat hati melihat semakin ramai anak yang bukan sahaja melupakan orang tua masing-masing, tetapi semakin biadap dan berani menderhaka pada ibu bapa sendiri. Terdetik di hati ini, 'Tak takut dosa agaknya mereka ini..'
Pesan saya untuk semua dan diri sendiri, berbaktilah pada mereka yang paling berjasa dalam hidup kita.

Cinta ketiga-Cinta sesama manusia
Kepada sahabat, kepada rakan seperjuangan, kepada pelajar, kepada semuanya. Dan bila bercakap soal cinta sesama manusia, kita tak dapat lari dari persoalan cinta kepada pasangan dan juga persoalan 'jodoh'. Saya teringat kata-kata seseorang, " Jodoh akan datang bila kita bertemu dengan orang yang betul, pada masa yang betul, dalam situasi yang betul" (the right person, the right time , the right place) Dan saya nak tambah, 'Dengan cara yang betul'...

Sedikit nasihat untuk kita:

Jangan diletak bahagia pada sang bunga
kelak ia kan layu...
Jangan mengharap kasih pada manusia
kelak ia kan pergi jua..
Pohon kebahagiaan dari Dia yang Maha Mengasihi
sungguh Dia takkan pernah mengecewakan..
Letak harapan pada Dia yang kekal abadi
InsyaAllah kau kan temui cinta sejati~

penajannah
...takkan berhenti menari!!!



p/s: saya suke lagu ini (^__^)

1 comments:

Inspire by Alia_Zairi said...

sy suka bc bhgian citer ni...so sweet...

 
penaJannah - Templates para novo blogger