Ku tersenyum

Thursday, May 13, 2010

Ku tersenyum
dalam payah
dalam resah
dalam susah
kerana Kamu...

Ku melangkah
dalam lelah
dalam lemah
jua kerana Kamu...

Ku bangkit
dari sendu semalam
kerana Kamu
melenyapkan air mataku
menghadirkan secangkir ketenangan
disudut hatiku
menghadiahkan secebis ketabahan
di jiwaku...

Ku kan terus melangkah
menyambung impianku
impian indahku
hanya Kamu yang tahu...

Pintaku di setiap doa ku
jangan Kamu menjauh dariku...
terus disisiku
membuat aku tersenyum...

penajannah
...takkan berhenti menari!!!


2 comments:

Anonymous said...

i like....:-)

jannah said...

tq 'insan tak bernama' sb sudi singgah dan baca...=)

 
penaJannah - Templates para novo blogger