[Cerpen] Pelangi Petang

Tuesday, February 2, 2010

Dr Hanif keresahan. Meski suasana hospital bukanlah sesuatu yang asing untuk dirinya, namun keadaan hari ini berbeza. Dr Hanif gelisah kerana peranannya hari ini bukanlah sebagai seorang doktor yang setia merawat pesakit, tetapi sebagai seorang ayah yang gelisah menanti kelahiran puterinya,Nursakinah…

***

Nursakinah binti Abdullah…cantik nama tu,bisik hati Dr Hanif sebaik sahaja menerima fail pesakit dari tangan Dr Shahril, rakan seangkatan yang akan bercuti panjang tak lama lagi. Maklumlah, bakal raja sehari. Dr Hanif tumpang gembira.
“Apa penyakit dia?” tanya Dr Hanif.
“Kau ni. Tau la cuti dah lama…takkan dah lupa cara baca fail pesakit kot…?”
“Cakap jelah. Lagi senang aku nak faham.” Sebenarnya aku malas nak baca la…kata hati Dr Hanif.
“Tak sure lagi. Baru seminggu dia kan sini. Aku syak, leukemia. Result blood test akan keluar lusa. Aku harap tanggapan aku salah, Han.”
“Apasal dengan kau ni? Sejak bila pandai ambil berat tentang pesakit? Ingat sikit kau tu dah nak kahwin…”
“Aku ingat la. Kau ni, cuba jangan buruk sangka dengan aku. Nursakinah tu macam adik aku jelah. Aku rasa dia istimewa. Keletah dia…aku rasa kau boleh jatuh cinta kot.” Cinta…? Tak mungkin!
“Han? Kau ok ke? Aku bergurau jelah. Don’t take it seriously.”
“Yelah. Aku pergi jenguk ‘adik kau’ jap.”

***
Suasana hospital ini masih sama, meskipun sudah sebulan Dr Hanif tidak menjengah. Sudah sebulan Dr Hanif bercuti. Sebulan yang sepatutnya membuka lembaran baru dalam hidupnya. Sebulan yang sepatutnya membawa kebahagiaan dalam jiwa lelakinya. Namun kebahagiaan yang di nanti tidak kesampaian. Remuk hatinya tatkala melihat pelamin yang indah terhias terpaksa dirobohkan tanpa sempat dia menjadi raja. Permaisurinya…ops! Bakal permaisurinya entah ke mana… Nurmaisarah, indah nama secantik orangnya, namun mungkin tidak setulus hatinya. Meski pertunangan atas permintaan keluarga, Hanif pernah cuba bersua muka, ingin berkata dari hati ke hati dengan tunangannya itu. Pertemuan yang suram bertambah hambar dengan reaksi Sarah yang acuh tidak acuh. Sarah yang pernah dikenalinya bukanlah seorang gadis yang diam seribu bahasa. Malah lincah berbahas apa sahaja dengannya yang dianggap seperti abang sendiri. Entah ke mana lenyapnya kepetahan Sarah tatkala Hanif menyatakan kesediaan untuk berkongsi hidup bersamanya. Kata-kata Hanif hanya di sambut dengan anggukan lemah tanpa mahu menatap wajah Hanif sedikit pun. Sungguh… Hanif tidak pernah tahu hati kecil Sarah menangis kala itu. Tidak pernah terlintas dibenaknya, hati tunangannya sudah dimiliki oleh orang lain. Sepanjang pengetahuan Hanif, ibu dan bapa Sarah amat tegas dalam mendidik anak-anaknya, malah Sarah tidak dibenarkan sama sekali bergaul rapat dengan lelaki. Hanif sendiri mengenali Sarah kerana bersahabat rapat dengan Syafiq, abang Sarah yang sebaya dengannya. Mungkin banyak yang telah berubah setelah lama Hanif meninggalkan desa mengejar ilmu. Sarah juga manusia. Sarah…maaf kerana tak mampu membaca hatimu. Terlalu besar dosaku pada dirimu hingga lumpur tega dipalitkan pada aku dan keluargaku, juga pada keluargamu, Sarah. Sarah…andai sekali kau luahkan keperitanmu, akan kuleraikan ikatan yang menyeksamu itu kerana antara kita tak pernah ada rasa sayang jauh sekali cinta.

“ADUH! Sakitnya… buta apa? Tercabut pinggang aku…” Sejak bila pinggang boleh dicabut? Bisik hati Hanif sambil cuba menahan tawanya.

“Apa senyum-senyum? Dah la langgar orang… tak nak minta maaf pun, tolong la…eh! macam terbalik je ayat tu?” Haha…sejak bila hospital ni terima pesakit mental ni?

“La…awak ni sakit apa ha? Dari tadi tersengih-sengih macam kerang busuk. Saya yang jatuh dah bangun ni, awak dok macam tu juga. Ish…macam-macam penyakit la dalam dunia ni.”

“Awak tak apa-apa kan. Pinggang berterabur ke?” Haha…macam mana aku boleh terloyar buruk ni?

“Ooo…dah pandai perli saya! Takpe. Mood saya baik hari ni. Saya ok…sentiasa ok. Saya busy nih, malas nak layan pesakit macam awak. Daaaa…” Macam machine gun minah ni cakap. Tak sempat aku nak menyampuk.

“Ha..lagi satu!” Ingatkan dah habis…

“Jangan lupa pulangkan jubah yang awak pakai tu dengan benda yang awak pegang tu. Apa entah nama dia? Nanti Dr tercari-cari pula. Pesakit tu buat la cara pesakit, jangan menyamar jadi Dr. Sekian untuk hari ini. Daa…” Woit! Aku doktor la… Dia yang sakit mengata aku pula. Dr Hanif meneruskan langkahnya yang terhenti. Niatnya ingin melihat perkembangan pesakit bernama Nursakinah. Harapannya cuma satu, ingin membantu setiap pesakit kembali sihat kerna kehilangan orang yang tersayang sangat pedih, dan kepedihan itu dirasainya sejak kecil…

****

Nursakinah melangkah perlahan ke katilnya. Letih amat tubuhnya kini. Seharian Nursakinah melayan kerenah Puan Salmah, nenek tua yang asyik bercerita itu ini. Pengalaman masa zaman Jepun la,tentang anak-anaknya dan tentang cucu-cucunya, termasuk cerita tentang ayam itik dibelakang rumah Nek Salmah. Jenuh juga Nursakinah menadah telinga saban hari mendengar kisah hidup Nek Salmah. Namun Nursakinah gembira menjadi pendengar setia nenek tua itu. Pertama kali Nursakinah terpandang Nek Salmah termenung di wad orang-orang tua, hati Nursakinah tersentuh. Wajah si tua itu muram, kesunyian mungkin. Sapaan pertama Nursakinah mengejutkan Nek Salmah yang ternyata sedang bersedih, hampir menangis mungkin mengenangkan anak-anak yang terlalu sibuk untuk melawat ibu yang sudah tua. Sejak itu, Nursakinah akan menghabiskan seharian waktunya menemani Nek Salmah. Mungkin Nursakinah tidak mampu mengembalikan tenaga muda Nek Salmah yang telah lenyap ditelan usia, namun cukuplah sekadar menghapuskan air mata si tua malang itu.

Nursakinah terus sahaja memanjat katilnya. Hanya satu di fikirannya kini…tidur! Tanpa sedar ada mata yang memerhatikannya, hati yang panas setelah melihat kelibatnya. Sudah berkali-kali Dr Hanif mengunjungi katil pesakitnya yang bernama Nursakinah ini. Sejak dari siang hinggalah hampir senja, hanya katil kosong dan masih kemas menjadi tatapan matanya. Panas sungguh hatinya yang sememangnya cepatmenggelegak. Puas ditanya jururawat-jururawat bertugas, namun jawapannya mengecewakan. Malah pesakitnya ini tidak ingin memakai pakaian yang dikhaskan untuk pesakit. Macam-macam alasan diberi, jaranglah, nipis la… Akhirnya, terpaksa jua Dr Shahril menunaikan permintaan Nursakinah. Mungkin dengan Dr Shahril kau boleh la mengada-ngada, minta macam-macam. Dia tu lembut hati, siap boleh anggap kau macam adik pula. Dengan aku sorry la…desir hati Dr Hanif dengan hati yang kian membahang. Langkahnya dipercepatkan ke arah katil Nursakinah. Ingin dikejut dan dimarahi pesakitnya yang degil itu. Namun langkahnya terhenti tatkala melihat riak wajah Nursakinah yang kepenatan tetapi tenang. Timbul pula rasa belas di hati Dr Hanif. Penat sangat agaknya. Entah ke mana hilangnya gadis ini sepanjang hari…bisik hati Dr Hanif, lantas mengorak langkah menjauh dari pesakitnya. Esok kan masih ada…

***

TO BE CONTINUE…

penajannah...takkan berhenti menari!

0 comments:

 
penaJannah - Templates para novo blogger