Doa Insan Berkasih

Monday, January 25, 2010


Assalammualaikum semua...
Moga sentiasa di bawah lindungan rahmatNya...

Doa Insan Berkasih, begitulah tajuk novel yang baru sahaja saya baca. Hasil penulisan anak kelahiran Muar,Johor, Aminah Mokhtar ini menarik perhatian saya untuk membacanya. Melihat tajuknya sahaja , Doa Insan Berkasih, mengetuk pintu hati saya untuk menyelak sehelai demi sehelai lembaran novel ini.

Novel terbitan PTS ini mengisahkan tentang seorang anak nelayan yang miskin harta tetapi punya cita-cita dan impian. Malah kisah dimulakan dengan pemergian bonda tercinta sekaligus menjadikan Siti Musalmah yatim piatu pada usia 15 tahun. Keadaan yang melanda mengheret dirinya kepada satu amanah di mahligai indah milik Tuan Malik, pemilik empayar besar LumpurEmas sdn bhd. Ternyata indahnya kota Johor Bahru tidak mampu menggugah iman yang tebal di dada Siti Musalmah. Melihat kemungkaran di depan mata, hatinya tekad untuk melaksanaan tugas sebagai khalifah di mahligai indah itu. Seruan demi seruan dibalas dengan cacian dan tengkingan. Namun, alunan merdu yang bergema saban malam mengundang rasa sebak dan sayu di hati anak-anak Tuan Malik yang tidak pernah mengenal manisnya Islam. Belum sempat perubahan bermula, musibah menimpa, Siti Musalmah terpaksa pulang ke kampung nelayan. Putera puteri Tuan Malik mula mencari kebenaran setelah satu demi satu dugaan menimpa. Impian arwah ayah mula dikejar. Satu persatu kejayaan diraih saban hari meskipun banyak halangan menimpa Siti Musalmah. Kampung Nelayan berubah wajah.

Namun, ada doa yang mengiringi langkah Siti. Ada rindu disudut hati. Hamzah, jejaka yang bertamu dihati Siti, mencipta kejayaan dari setiap kerinduannya pada Siti Musalmah. Hamzah tekad menanti gadis pujaannya meski ibunya sendiri menghalang. Derita dihati meski tak mampu di tanggung, akhirnya mengundang bahagia untuk keduanya.

Apa yang saya belajar dari novel ini?
  • Harta yang paling berharga adalah ilmu dan iman. Buktinya pada kehidupan Tuan Malik sekeluarga. Harta yang bertimbun tidak mampu membeli kebahagiaan dan ketenangan malah kasih sayang. Tuan Malik angkuh, sombong dengan kekayaan dan kejayaan yang dimiliki hingga lupa pada kuasa Tuhan.
  • Kemiskinan tidak diwarisi. Ini jelas pada kehidupan Siti Musalmah dan orang-orang kampungnya yang terus berusaha untuk memperbaiki kehidupan yang daif. "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka berubah nasib mereka sendiri."
  • Setiap kejayaan akan lebih manis jika dikongsi bersama. Hamzah dan Siti Musalmah tidak mahu berjaya sendiri malah usaha membawa orang-orang kampung bersama.
  • Cinta sejati pasti membawa kejayaan bukan kelalaian. Cinta ada anugerah Tuhan yang paling indah. Hamzah dan Siti Musalmah telah membuktikan cinta yang hadir dalam hati mereka tidak melalaikan malah menjadi pendorong untuk berjaya.
Semoga lebih banyak novel islamik yang menarik dan dekat dihati masyarakat kita.

Sekian...

penajannah
...takkan berhenti menari!

2 comments:

Al-kiSahNyer areG... said...

akak...nk pinjm buku ni jugakk...bleh yerr.... (^_^)--zila

jannah said...

yelahhh...nanti dah bukak sem bagitau ye...^__^

 
penaJannah - Templates para novo blogger